Tuesday, June 29, 2010

suratan atau kebetulan..


dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
 
Assalamualaikum wbt.

okey, kali ni, teman bukan nak berkongsi cerita, ke pengalaman ke. tapi teman ada sesuatu yang macam musykil sedikit, dan disini ingin ku bertanya kepada anda2 yang membaca dan mengetahui jawapan untuk persoalan ini.
 
~apa yang dimaksudkan dengan JODOH yang sebenar-benarnya? sebab, ada yang cakap, kalau kita jumpa seseorang, tak kisah la apa jantina sekalipon, tapi, bila kita jumpa dia, sama ada kita kenal dia atau tidak, itu dah dinamakan jodoh. ada pulak pendapat yang mengatakan, apabila kita bertemu seseorang, dan kita mengenali dia, itu yang dinamakan jodoh. sebabnya, ialah kita semua tau, yang jodoh pertemuan, ajal maut tu, cuma Allah swt je yang tau. kita hanya merancang, Dia yang menentukan. 
habis tu, kalau selalu TERSEREMPAK, adakah itu satu kebetulan??masing2 tak kenal ni..
kalau jumpa kat kampus ke, kenal muka je, mesti akan berbalas senyuman.

~pastu, ada pulak yang saya dengar2, dalam Islam ni, takde kebetulan. sebab Allah dah tentukan dengan siapa yang kita akan berjumpa, kat mana, masa bila dan lain2. 

kesimpulannya, apakah jawapannya??

wasalam.




tentang kita..

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Assalamualaikum wbt.

ni post yang ke-40. ruangan ni dibiarkan sepi buat seketika lantaran ketiadaan idea untuk menulis sesuatu yang berfaedah, yang tak membuang masa pembacanya tanpa sebarang ilmu atau pengajaran.

bila akhir2 ni macam dah banyak sangat berjalan untuk menguruskan hal2 yang berkaitan, tiba-tiba pula nak berkongsi tentang aurat wanita tentunya.

kat mana2 pon, mesti ada saudaraku yang tak bertudung. kalau bertudung sekalipun, ada pula kekurangannya. masa tu, terdetik dalam hati ni, sayangnya, cantik orangnya, tapi ditayangkan kecantikkan tu pada semua. sememangnya lumrah manusia sukakan benda2 yang cantik.

Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikkan

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A’raaf : Ayat 26)


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab : Ayat 59)

Tapi, bukan mudah nak menegur seseorang supaya berubah. dalam diri kita sendiri, kita tentunya memerlukan kekuatan untuk menegur mereka. Apatah lagi jika mereka adalah orang2 yang rapat dengan kita.

Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri.

Semalam kat hospital, jumpa Cina Muslim, wargh,,dah lama tak jumpa Chinese yang pakai tudung. kat usim, ada selalu je tengok zakiah dengan fatimah. kat JB ni, tu la first time jumpa sejak bercuti. siap tegur teman lagi, cakap dia suka baju yang teman pakai. hehe, pakai t-shirt je. yang labuh tu. bagusnya..comel pulak tu anak dia, mata sepet laa~

tadi tengok tv, ada la babak yang tunjuk pelakon tu sedang solat. habis doa, bukak telekung. terus nampak rambut. okeh, walaupun juz lakonan, tapi, kalau budak2 tengok, mesti diaorang fikir, boleh je solat tak payah pakai skarf. tapi, kalau dah namanya waktu solat, mesti kena tutup aurat. rambut tu aurat jugak. kalau nampak BAYANG-BAYANG rambut, warna rambut tu kaler hitam ke, pink ke hijau ke, ianya tetap aurat. lagi satu, bahagian leher, kalau solat tapi still lagi nampak leher, agak2 solat tu sah ke tak?? macam musykil pulak den.

papepon kita sebagai manusia seringkali lupa. dan sebagai manusia juga kita kena saling mengingatkan.


Saturday, June 26, 2010

first time..

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. masih diberi nikmat untuk menikmati segala macam nikmat yang Dia berikan. masih boleh melihat, berjalan, mendengar, menhirup udara dibumi ciptaan-Nya. hari ni, tanpa disangka-sangka, seorang sahabat yang sudah agak lama tidak ditemui mengajak teman keluar.
owh, alhamdulillah, masih ada jodoh lagi kami ni. walaupun ikut perjanjiannya akan bertemu pada Isnin minggu hadapan untuk urusan yang lebih formal, dan hari ni keluar untuk meluangkan masa bersama-sama.

janjinya, selepas zohor. erm,,kira memang betul2 naik keretanya, pukul 2.30ptg.sebab ada lagi teman lain yang dipelawa. pergi ke mana??
pergi ke jusco tebrau saja. erk, tak tau pon rancangan mereka ni macam mana. ikut je la.hehe. lorh, tengok wayang. haish, mesti orang pelik kalau teman cakap ni.erm,,ni first tyme tuh tgk wayang.ceeeeettttttttt... tgk citer toy story 3. sampai sana dalam kul 3 lbh coz jalan jam. tapi, start kul 6ptg.walawei, lama kebeno nak menunggu.

last2, jalan2 cuci mata tgk baju2 kat situ, beli hadiah untuk bakal akak iparku yang bufdaynya hari ni, teman miss Hawa makan dengan claypot dia, makan ais krim BR, amik gambar. haha yang lawaknya, sempat lagi g main bola kat situ. lawan ar,,couple2 punya. teman ngan UMMI AQILAH, HAWA pulak ngan adik ummi, UMMI UMAIMAH. haha,,mesti teman yang kitaorang yang menang. tengok orang laaa....<--hampeh sungguh.
padahal beza 5 markah je.

pastu cepat2 g solat Asar, pastu, barulah g cinema. HAWA sibuk naa... nak bawak makanan sekali masuk cinema tu. beli la popcorn ngan air sekali, kongsi la kami berempat.haha. serius macam budak2 sekolah pulak. dengan citer tu 3D pulak tu. sempat lagi posing sebelum masuk. HAWA cakap, bilik 6, tapi tengok juz cinema 7 je yang ada nyala lampunya. pelik gak coz masa tu dah 6.10. tapi tak boleh masuk lagi. UMMI tengok tiket tu balik, haish, no 7 laaaa.....bukan 6. ya ampun, dah la gelap. tak pernah masuk pulak tu. mana nampak beb. nak cari seat lagi. ikut je la budak 2 nih.

habis citer, Maghrib dulu. pergh, sesak bangat sih!!! tapi, layan je. pastu, cik UMMI nak g beli sushi, teman pulak nak g HARRIS. teman ngan HAWA, UMMI dengan adiknya. shopping buku, balik...

masa balik, sikit punya kecoh dalam kereta. ngan kita orang yang tak hafal jalan kat situ, drivernya pulak main pusing2 stereng je dr tadi, tak pas2 nak reverse. eeiii,lawak la..asyik kena hon je ngan orang belakang. tau la kereta besar!!!kilat2, memancar-mancar malam2 ni. UMMI--> beratnya stereng niiii!!!!!
risau betul teman dibuatnya. teman--> eh ummi, kau bukan rabun warna ke??
UMMI--> kalau aku rabun warna, mana la aku nak dapat lesen ni!!
haha,,lupa pulak.

owh, lupa pulak, masa dah lepas solat asar tu, terjumpa pulak ngan senior sekolah dulu, kak AISYAH ISMON. owh, dia kat USM. sama ngan syikin la nampaknya. tapikan, teman terserempak juge dengan seseorang yang buat medical check-up sama masa dengan teman. haih, kecik je jb ni. memang pon.

balik rumah, mandi, solat, tengok ibu hias duit hantaran. alahai...ibu ni,,macam2 laa..agak2 kalau teman,, memang kena sumbat aje, takdenya nak hias2 ni.haha.teruk betul!!agak2 lepas tu watpe??

main bola !!malam2 main bola. dah nak pukul 11 pulak tu. main kat laman je la.then, update laa..khalas..nak tido..
esok nak hantar rombongan pulak.

erm,,citer toy story 3 tu, bagus gak la. ajar kita pasal persahabatan, kasih sayang. dan yang paling penting, jangan membazir. kalau tak nak guna lagi, ble je sedekah kat orang lain.

erm,,gambar xble nak upload coz ada masalah teknikal. so,,sorry ek.

k..wasalam.





Wednesday, June 23, 2010

erk...wat pe ni??

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

ouh,,hari yang memenatkan. walaupun juz jejalan dalam rumah, tapi kalau dah otak ni berfikir je..dengan badan2 sekali jadi lemah. macam banyak sangat perkara yang berlaku nih...

--> mesej2+chatting2 ngan umi wa asirah n athirah, huhu, sangat rindu mereka.
--> bual2 ngan ummi aqilah binti haron kat tepon-->kami ada pakatan untuk berfoya-foya minggu depan haha!!
--> ibu ngadu--> nasi kat rumah ni tak laku, takde sapa nak makan.
-->jumpa kinot kat hospital-->wat medical check up
-->jumpa shikin ngan adiknya-->bayar yuran
--> adik sahabatku meninggal-->semoga dia tabah menghadapi dugaan itu...
-->gubah hantaran utk angah tunang-->kak yana nak bagi angah kaler pink, haha,ibu suruh tukar. bio kitaorang yang bagi dia pink.
-->tiba2 teringat zaman sekolah-->sangat rindu kawan2 ku.bilakan kita bisa bertemu??
-->tak tau nak tulis apa kat blog-->tulis je la banda alah nih...

wasalam

Sunday, June 20, 2010

pendidikan seks

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Asslamualaikum wbt.

hype, erk,tajuknya, betul la tu. tak tipu pon. rasanya, ramai yang dah tau pasal pendidikan ni. dan dah di praktikkan pon. lebih-lebih lagi kat kem2 PLKN la. sebab masa teman kat PLKN dulu pon, dah dilancarkan pon.so, kiranya disini, ingin ku berkongsi serba-sedikit mengenainya.

sebenarnya, pendidikan seks ni, ada jugak mama2 dengan papa2 yang tak bersetuju untuk diperkenalkan pada anak2 mereka di peringkat sekolah. teman, tak tau r nak cakap setuju ke tak. sebabnya,, setiap perkara tu, ada baik dan buruknya. baiknya, maybe budak2 sekarang MACAM takut nak buat hubungan sebelum kahwin. dan buruknya, maybe ada jugak yang makhluk2 nih naik main cuba2 dulu. biasalah tu, budak2...sume nak cube.suruh pikir dulu, belakang kira saja...

k, masa kat PLKN dulu, erm,,tak tahu pon pasal pendidikan seks ni. pernah dengar kat radio yang kumpulan 6 siri 1 la akan jadi kumpulan first didedahkan dengan ilmu2 nih. tapi, ingatkan tak confirm lagi, so, memang tak amik kisah sangat. sampai la 1 ari, KJ( ketua jurulatih) cakap, esok ada ceramah HIV/AIDS. budak2 semua dah merungut sebab masa cuti kami, telah dicuri!! hari sabtu, kalau takde pape aktiviti, memang kita orang free. tapi ada ceramah pulak. kena pakai baju kelas pulak tu.

dan esoknya, pergilah kami secara berjemaah ke dewan untuk mendengar ceramah tersebut.
sampai sana, pegawai tu cerita serba-sedikit pasal HIV dan AIDS berserta pengalaman dia sekali. awal2 tu okey je, tapi, dah sampai satu tahap, pegawai tu pergi tunjuk kat kita orang nih macam mana rupanya kalau kena penyakit kelamin nih. pergh, dewan yang tadinya sunyi dengan budak2 tido, boleh jadi gamat terus.

malu seh nak tengok. budak laki memang dah keluar macam2 bunyi la. nasib baik la mataku nih rabun dan kebetulan pulak masa tu memang takde spec sebab dah patah+pecah<---gara2 dok PLKN. yang mata ni nampak, merah2 je, maybe sebab bengkak kot. tak tau la. tapi, macam bahaya gak la sebab tak asingkan pelatih wira dengan wirawati. tak kisah la nak cakap teman ni kolot ke kampung ke. tapi, memang malu masa tu. kawan teman cakap, gambar tu memang terang tanpa disuluh<---ingat lagi ayat dia. haish,memang la tak yah suluh, dah ada flash.

gambar memang tak cover2 la. dia cakap, memang gambar real punyer, kemaluan lelaki dan perempuan yang kena penyakit kelamin nih. lepas sesi seksa mata tu, sesi soal jawab pulak. bukan kita je tanya pegawai tu, dia pon tanya kita. dapat hadiah tu!! owh, lupa lak, ada sesi pengajaran yang buat teman segan tol. sesi belajar pakai kondom. pegawai tu panggil no badan kita orang, macam id kat kem tu la. tapi, tak semua kem praktikkan sistem ni.macam teman, no badan, B11/12. bacanya begini yerk, B sebelas dua belas. hehe.

erm,,masa tu, cuak jugak kalau kena panggil. mana taknya, dah la kena naik atas pentas, tunjuk kat makhluk2 kat situ.yang kena panggil, 2 wira dan 2 wirawati. Alhamdulillah, hamba bukanlah manusia malang kena naik atas pentas tu. masa sesi tu, lagi bising dewan dengan gelak budak2 nih. dalam sesi ni, sorang kena pegang mikrofon, sorang lagi masukkan benda tu kat mic. masa budak wirawati buat demo, kesian gak la. dah la dua2 sekali budak melayu.

pastu masa dah nak habis ceramah tu, pegawai tu cerita lagi pengalaman dia uruskan jenazah pesakit HIV. sampaikan ada family tak nak tuntut. ada yang kena bakar. kalau nak mandikan pon, ada alat khas. nak kebumikan, orang2 tertentu je yang boleh pergi. family pon tak digalakkan pergi.siap ada pakaian khas lagi nak kebumikan mereka nih. sebabnya, tak nak virus merebak. kesian la, sebab, kat dunia, orang dah pandang serong. ada yang kena jangkitan ni bukan sebab berzina pon. tapi sebab pasangan dia yang berzina dengan pelacur. ada pulak yang baby2 kena sebab mak dia orang ada HIV. tapi, paling ingat ayat pegawai tu-->betapa rendahnya maruah anda sebagai seorang wanita, sampaikan atas motor pon boleh buat projek.

masa tu, rasa macam hina sangat. sebab, yang berzina tu, lelaki dan perempuan. dan kalau namanya berzina, mestilah dengan rela hati, bukan paksaan. dan teman kat situ, tak dapat nak buat apa2 pon. nak nasihatkan kaum sendiri pon rasa macam tak mampu. memang rasa selemah-lemah iman la sebab kalau bukan kita yang masih waras ni, tak menyedarkan mereka yang mabuk cinta, siapa lagi nak sedarkan mereka?


erm,,apa pendapat anda yerk tentang pendidikan seks nih??




Friday, June 18, 2010

ada jugak yang ikut ain balik.

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt.

keyh, hari ni, nak bercerita sikit.

semalam dalam pukul 6.45 petang, Haziq, adik teman call, cakap ayah jatuh toilet. masa tu, teman ngan mak teman sedang tengok tv, dan adik teman tu ada kat Mersing, temankan ayah teman balik kampung, tengok kebun.haish, masa tu cuak jugak sebab ayah ada sakit jantung. then, ibu buat keputusan untuk balik sana, amik ayahku. so kiranya, berbuka dalam kereta je r. huhu. cian ibu.

on the way g sana, ada la mamat ni, bawak kotor, pakai seluar pendek je.
teman cakap kat ibu, pergh, pakai seluar pendek je. tak sejuk ke.
ibu terus,, ain..
dalam ati teman, ye ibu.

huhu.sampai kat satu tempat tu, tak tau nama apa, tapi ada pokok sawit je la kat kelilingnya. teman bau something, ingatkan ada la makhluk yang buang angin. tak kisah la.
sampai mersing, buat apa yang patut. gerak la balik pasir gudang semula.

kat kota tinggi, stop untuk makan kejap sebab, ibu berbuka air je tadi. makan pastu balik.

sampai rumah, yang teman terus je menonong masuk dalam rumah. tak basuh muka ngan kaki dulu. erk,,lupa lar. terus pergi dapur, nak letak makanan. masa tu, angah ada kat dapur, terus pandang teman.

Kau bawak balik sapa ni?
hah? bawak sapa apa? bawak Haziq la.
ye je..
ye la.

pergi depan, angah duduk. yang teman nih, keluar masuk bilik. tarak keje.

tadi, siapa yang masuk rumah dulu?
ibu pandang teman, ain la masuk dulu.
angah pulak pandang teman.
apa dia ngah..

tadi korang masuk je, aku kat dapur yang kena cuit.
eleh, ye jer. saja nak takut-takutkan aku eh.
ha...ni ada la yang ikut ain ni.
ek,ain pulak yang kena.
habis la kau, dah la tido sorang.
tu la, lain kali, sebelum masuk rumah, basuh kaki muka dulu. tengok jam dah pukul bape. dah nak pukul 1 dah.
eiiii,,mana ada ibu ni. saya pulak yang kena.
dah2 pegi basuh muka.
ala, ayah dalam toilet.
tu, sinki kan ada.
ye ibu...

teman buat la apa yang patut...

ain ni memang suka bawak 'kawan-kawan' dia ni.
ek, aku pulak yang kena.
ye la, dulu pon gitu jugak.
bila masa pulak ibu nih?
tu masa jaga mak ngah kat hospital dulu, tido 1 malam je kat sana.
dia balik rumah, ibu dengan ayah yang tak boleh tido. dengar macam2 bunyi kat atas rumah.
ala,,dah dia nak ikut. takkan saya nak marah pulak. bukannya saya tau pon dia ikut ke tak. tak bagitau saya dulu, mana saya tau. eee...bukan salah saya la ibu..
ye la tu ain...

lepas tu, masa ibu nak tidur, teman tanya la ibu, dia ada buang angin tak tadi. huhu. ibu tanya, masa bila pulak??
masa pergi ke masa balik?
masa pergi la ibu.
takde. kat mana masa tu?
kat tempat yang ada pokok sawit banyak2 tu<--rasanya boleh dikatakan sepanjang jalan ada sawit.
eh, takde la. bau baja kot.
ibu nih, saya kenal la, bau baja. busuk dia lain sikit dari bau ni.
hai, tak dela kak. tak de buang apa2 pon. buang hingus je.tu la, lain kali, jalan malam, mulut tu diam aja.


dan akhirnya, malam semalam teman tidur dengan lampu bilik terbukak gara-gara momokan angah itu. cis, hampeh sungguh la angah tu.

wasalam.



Wednesday, June 16, 2010

lepas geram

Dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt.

Erm, setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masingkan. Tapi, kita kena ingat, takde seorang pon manusia yang Allah swt ciptakan sempurna. Maksudnya, setiap manusia tak lari dari melakukan kesalahan. Sememangnya Rasulullah saw seorang yang maksum, tapi, Baginda juga pernah melakukan kesalahan dan Allah swt menegur perbuatan Baginda dengan menurunkan ayat Al-Quran. Dan Baginda terus bertaubat.

Allah swt takkan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Macam yang teman cakap tadi, setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya. Allah juga menciptakan sesuatu berpasang-pasangan. Kelemahan kita, akan di’cover’ oleh pasangan kita. Baru lengkap.

Tapi, kadang2 kelemahan kita pon boleh menjadi kelebihan pada kita. Contoh ni, kawan teman yang bagi masa kita orang berbual-bual dulu.

Kalau seseorang perempuan tu merasakan dirinya gemuk, mesti dia nak sembunyikan kegemukkan dia tu( tapi tak semua eh) Kenapa? Sebab dia tak nak orang tau la kan. Then , masa tu, dia mesti pakai pakaian yang besar2, longgar, supaya orang tak nampak yang dia tu gemuk, tapi sebab baju dia je yang besar.huhu. tapi, bila dia dah kurus, erm,, agak2 dia pakai lagi tak macam tu? Uish,, fikir sendiri. Nak tengok contoh? Tengok je kat majalah2 ngan surat khabar, yang testimony makhluk2 tu. Nak tunjuk perbezaannya la kononnya. Masa tengah debab<-- ayat jahatku hari ni, pakai baju kurung, siap pakai tudung lagi. Lepas dah kurus, terus pakai jeans ngan selendang je. Huhu,,agak2 memang selama ni dia nak pakai baju macam tu kot, Cuma tak berkesempatan.

Lagi satu, kalau ada makcik muda yang lawa2, orang selalu cakap, perempuan macam ni, susah nak kawen sebab dia mesti nak cari yang sepadan dengan dia. Tapi, tak semua la perempuan yang lawa2 ni memilih. Tengok2,,,,pemikiran orang sekarang, lawa sangat salah, kalau tak lawa pon kena kutuk pulak. Haish, bukannya dia mintak supaya dilahirkan gila2 punya lawa atau hodoh. Dah Allah nak ciptakan dia macam tu, takkan kita nak salahkan Allah pulak. wah,,hebat sangat ke??

Tu belum tengok lagi makhluk2 yang mengutuk makhluk seumpama dia jugak, hanya disebabkan orang tu anak luar nikah atau ada HIV.

Ish, kita ni agama apa yerk?

Bukan ke dalam Islam, semua bayi yang dilahirkan adalah bersih dan suci. Lagi bersih dari kita yang dah keluar dulu nih. Kenapa nak salahkan dia pulak??dia tak mintak pon nak lahir dalam keadaan macam tu. Teman berani cakap sebab teman dah jumpa orang macam ni. Ish, sangat geram dan sedih tau jumpa makhluk begini. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Kita, sebagai manusia adalah sebaik-baik kejadian yang Dia ciptakan. Tapi, kenapa kita tak guna kelebihan kita untuk membantu orang lain?

Kita bukannya dalam agama Kristian yang ada dosa warisan. Kalau ibu bapa yang berzina, kenapa bayi yang tak berdosa itu perlu menanggung malu dan dipinggirkan. Serius teman tanya, hina sangat ke mereka nih? Jahat sangat ke?

Kenapa nak samakan perangai ibu bapa dengan perangai anak2 tu nanti?

Adakah hanya disebabkan ada peribahasa bapak borek, anak rintik? Tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Eh, ada je kuah tumpah atas meja,kalau tak, takkan la kain2 kat kedai makan tu kotor dek kuah yang tumpah tu.huhu

Anak tu, kita yang akan didik dia jadi jadi macam mana. Kita yang akan membentuk dia. Tak semua anak luar nikah teruk, jahat. kalau mak dia kena rogol, tu pon nak salahkan mak dia jugak ke?

Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunyalah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)

Kenapa tiba2 nak tulis pasal ni??

Sebab orang2 sekarang macam tak tau nak berfikir dari perspektif orang yang mengalaminya, hanya fikirkan pendapat sendiri. Pentingkan diri sendiri, tak nak fikirkan perasaan orang lain.

Huhu,,fikir-fikirkan la. Kita bukannya Tuhan nak menghukum mereka yang berdosa, sedangkan Allah swt pon dah tetapkan hukuman pada sesetengah kesalahan tapi kita sebagai khalifah-Nya tak menjalankannya. Adakah kita dah terlepas dari dosa tu?? Kita dah laksanakan tugas kita sebagai hamba Dia?walaupun sedikit? Allah takkan menilai kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi, tapi Allah menilai usaha kita.

Wasalam.


Tuesday, June 15, 2010

petua kurangkan rabun

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

hype, kali ni, teman nak kongsi, cara2 untuk mengurangkan rabun. kiranya, entri kali ni sangat berguna la pada sang rabun diluar sana.huhu.

keyh, caranya, juz, kita biarkan mata kita kena pada wap air yang keluar masa kita masak nasi. bukan masak nasi goreng ek. tapi, ketika kita tanak nasi tu. dari beras nak pergi ke nasi. gitu la.

maybe pedih sikit kot. erm,,bukan kot, memang betul pedih pon. huhu, petua ni memang boleh dipercayai la. sebabnya, teman memang dah pernah cuba dan berjaya. Alhamdulillah.

tapi, oleh sebab masa tu nak cepat dan kesuntukkan masa, dapat buat kat sebalah mata je, mata belah kiri.

dan akibatnya, power mata kiri lebih rendah dari belah kanan. tapi sangat jauh pulak bezanya. masa buat tu, darjah 6, belah kiri juz 75, belah kanan tak ingat la, tapi dekat 200 gak la. uish, tu je la sekali pernah cuba, sebab dah malas nak berdiri kat sebelah periuk nasi tu.huhu

keyh..tu jerk..
wasalam.

Sunday, June 13, 2010

dapat course apa??

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

hype, dah lama rasanya tak menulis sesuatu disini. erm,,lama ke? tak pon sebenarnya.hehe,,saja je.

owh,cakap pasal course apa yang teman dapat, erm, buat masa ni, memang juz family je yang tau. huhu. nak buat surprise ke??
tak lah, kalau dah pekerja2 kat usim tu ada yg tau, tu bukan surprise pon namanya. betul tak??

tahniah la pada sahabat2 yang memang berjaya menempatkan diri dalam bidang yang kalian pinta. semoga kalian akan terus berusaha untuk mencapai cita2.

teman,,, alhamdulillah. course yang ditawarkan, sememangnya yang teman pilih untuk pilihan pertama hari tu. TAPI, masalahnya, haish,,erm,,sekarang ni macam tak tau pulak dah, dalam hati ni punyer citer. macam nak, macam tak nak.

erk,,tapi, dah submit dah yang untuk pengesahan tu. solat istikharah buat, tapi, rasanya macam tak dapat petunjuk lagi. tak tau kenapa. mungkin teman dok umah ni, hati pon makin kotor kot--->banyak tengok tv.

teman tau, Allah nak bagi petunjuk tak semestinya dalam tidur je. banyak cara. tapi yang selalunya teman dapat melalui gerak hati. atau, maybe teman yang tak perasan. sebab, abang teman pernah cakap, Allah bagi petunjuk tu, secara halus je. macam terdetik kat hati. kalau dapat cepat tangkap, dapat la. tapi,kalau kita lambat tangkap, maybe yang kita fikir2 lepas tu, dah dipengaruhi dengan syaitan kat hati kita. sebab tu, boleh datangnya perasaan ragu2.

kesimpulannya, teman dapat course apa?

huhu, intazir wa unzur jayyidan <----dialog masa berlakon arab dgn ustaz sanusi.ingat sampai kini.hehe.

tapi, hopefully, sahabat2 doakan teman juga supaya ditetapkan hati ini dengan keputusan yang telah dibuat.

trimas. wasalam.



Thursday, June 10, 2010

orang2 di bank X (=__+)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Hype, arini just nak membebel je. So, sapa2 yang macam nak layan, layan je la.kalau tak nak pon tak pe,,,tak kisah,,this is my blog…remember?? Ini lebih kepada luahanku dalam blog ini yerk..bukan nak berkongsi ilmu pon, maybe sekadar pengajaran.

Macam penat sangat sebab dari pagi aku dah tercongok tunggu bank bukak. Dari pagi sampai tengah hari. Sangat letih beb, dari 7.15 sampai 8.30 dok menunggu kat pusat Bandar tu, pastu masuk library, baca paper,,haish,,ex-bini kawen lagi, masjid yang kena bakar. Haih,,makhluk sekarang. Tak agak2 nak buat kerja pelik2 nih.

Habis 1 paper, bangun,,jalan,,pergi bank,,ermm,,,bukan 1 bank jerk ye..3 bank terus sini mari. Yang sederetnya 2 bank je. Yang lagi 1 kat pusat Bandar itu sendiri..huhu..selesai bank pertama dan kedua. Bergerak pula ke bank yang ketiga. Erk,,pergi yang jauh dulu nih..patah balik , baru masuk bank yang ketiga. Rasionalnya, bank 1 dan 2 memang dikawasan bank2. Ala..macam kat kedai2 tu la. Kiranya,,tarak tempat lepak la bila dah habis tu, sebab tu kena pergi sana dulu.huhu.

Masuk bank ketiga, amik la slip apa yang patut. Erm..sebenarnya tak tau nak amik slip yang mana. Pergi tanya pak guard kat situ, dia yang bagi..hehe.amik no giliran. Sekarang 1012. Kat tangan ni 1016. Hah, kejap je lagi. Sampai giliranku, teller tu lelaki, erk,,boleh tahan la. Haha,jahat tak!!! Astagfirullahalazim. Apa nak jadi aku nih zina mata sungguh.

Hehe. Eh, tapi betul la,,sebab dia pakai spec.hah. tak la, sebab pagi2 tadi, sebelum library tu bukak, aku dok kat kerusi yang berdekatan dengan bank tersebut. Maka, apabila mereka iaitu pekerja2 bank tu sampai. Mestilah aku nampak. 2 lelaki, sorang perempuan. 2 orang je teller, lagi sorang tu pak guard la. Tapi, yang bestnya, sebab lelaki tu pakaian dia sangat kemas, ala.,,.pakaian orang kerja office la. Tapi dia pakai beg sandang yang macam beg sekolah tu. Haha,,sangat comel sebab sangat selamba dan bagi aku, nampak cool je. Dan dia yang bukak bank tu, walaupun kunci tu, perempuan tu yang pegang. Sekali imbas tengok macam tak de apa2 yang penting, tapi, tu pon boleh menggambarkan keperibadian jugak tau!!

Okeh ,sambung balik. Masa aku berdiri kat kaunter tu, aku bagi la kat teller tu slip yang aku dah penuhkan butiran2 nya. Huhu.

Belajar lagi?

Emm-->angguk2+senyum.

Kat mana?

Kat USIM.

Owh.

diam...

Erk, ada bawak duit?

Ada.--> hulur duit.

No ic 91050501**** ea?

Emm. Betul la tu--> Angguk2.

Okey, ni baki dia. --> senyum

Okey. Terima kasih. --> angguk+ senyum+tunduk amik salinan ngan duit baki tu.

Angkat je kepala. Zap….

Ish, dia ni, tenung orang semacam je ( dalam ati je la). Pastu ak terus keluar la dari bank tu.

Okeh, pandangan dia, bukan ada gaya nak tackle aku keyh, tapi, gaya tilik orang. Pernah tak jumpa orang yang suka tilik muka orang…erk..tilik tu,bukan maksudnya nak meramal muka orang tapi dok meneliti la lebih kurang.

Dalam fikiran dia----->jeng jeng, nak tau tak dia fikir apa??

Dia kagum dengan aku. Aku bukan nak bangga diri, tapi, dia kagum sebab jarang jumpa orang yang macam nak tutup aurat zaman sekarang ni. Lagi la kat negeri yang macam dah terlebih maju ni.aku ni pon, tak de la baik sangat. Capai mana yang tercapai je la. Kalau kat Nilai tu, lain la, ngan budak2 USIM nya, UIA lagi. Macam dah biasa sangat dengan budaya islamik tu. Tapi, kat sini, aku pergi kedai, cari inner tudung , dia pergi tanya aku balik, inner tudung?? eh ada ke?

Hancus sungguh. Inner tudung tu, kegunaannya untuk dipakai la. Sebab sekarang ni kan fesyen la sangat2, sampaikan pakai tudung pon boleh nampak leher lagi, kira inner tu untuk cover la. Kasi tebal sikit.tu baru betul dah berpakaian, tapi bertelanjang. huhu,,belum tengok lagi bajunya buat dari kain apa. kulit gelap pon boleh nampak biru. hahaha.jahat gila aku hari ni!!

Okeh, stop sampai situ. Tengah hari tu, dah nak pukul 1, tapi belum lagi. aku berdiri kat tangga. Tangga tu pulak, dekat dengan bank tu, keluarkan hp. Ingatkan nak call je inche khairul, tapi masa tu dah macam ada aura suruh toleh belakang.

Toleh je….

Pak guard bank tu dah berjalan kearahku, dengan senyuman dia tu. Hish..

Pak guard tu muda lagi sebenarnya. Tak sampai 30 lagi rasanya umo dia.

Tapi nasib baik, inche khairul roger2 aku time tu, sebab, dalam fikiran inche guard tu, dia memang nak berbual ngan aku.

Huhu,,dari tingkat 3, turun ke bawah sekali, jalan, ada gak aura suruh supaya toleh belakang, tapi, tak yah la.sebab dah tau siapa kat belakang.

Haih,,ini pesanan hamba ye, kepada kaum adam, anda jagalah fikiran anda dari memikirkan yang tidak2 tentang perempuan. Ingat ye, perempuan boleh mendatangkan fitnah!!

Dan kepada kaum sejenisku, berhati-hatilah anda dengan kaum adam. Kalaulah anda tahu apa yang sentiasa dalam fikiran merekasangat menakutkan dan menjengkelkan.

Hamba percaya dan sangat yakin anda sememangnya tahu, tapi pura2 tidak tahu kerana anda sendiri yang menginginkan dan merelakannya.

p/s: maybe ni just ceritaku. Tapi, diriku percaya, ada pengajaran disebaliknya.

Wasalam.

Monday, June 7, 2010

keLupaAn

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Erm, semalam adalah hari yang memenatkan. Buat apa?? Entahlah, pergi memenuhi jemputan orang2 yang kahwin2 nih. Makan pon penat ek. Kat rumah kak yana (bakal tuning abangku), ada buat kenduri khatam Quran dengan khatan. Habis pukul 5 ptg, tapi kami, (ibu,ayah,angah,teman dan haziq) sampai sana dalam pukul 4.45 ptg. Sampai2 sana je dah kena aim heh dengan kaum kerabat dia. Pergh, teman ingat, angah je kena aim,ngan teman2 sekali kena. Nak amik makanan pon macam seram je. Haish…gilaks tol. Agak2 kawen nanti camne ar.

Okeh, sangat panjang ye mukadimahnya.

Post kali ni nak cakap pasal….LuPA.

Agak2, lupa atau tak ingat tu, perlu atau tak perlu dalam kehidupan kita???

Ye lah, mesti susah kalau orang jenis pelupa (bukan nyanyuk keyh) asyik lupa dia letak kunci kat mana. Lagi la kalau simpan fail2 penting, lagi la susah kalau lupa letak mana.

Mungkin ada sesetengah orang cakap lupa ni menyusahkan.

Tapi, kita kena ingat, siapa yang menciptakan kita.

Allah swt yang menciptakan kita. Dan setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia-sia je. Sebab Dia nak kita sentiasa merenung dan berfikir.

Dan sebenarnya, lupa itu sangat penting dalam hidup kita. Sebab, kalau Allah tak kurniakan kelupaan pada manusia, tak mustahil manusia akan binasa.

Kenapa??

Sebab, kalau seseorang yang rapat dengan kita pergi meninggalkan kita, kita akan rasa apa?

Mesti rasa sedih dan kehilangan. Yup,perasaan tu tak boleh nak dielakkan. Maybe pada saat tu, kalau kita bercerita pasal orang yang meninggalkan kita, kita akan berasa sedih sangat then menangis.

Tapi,lepas 5 tahun, kita bukak balik cerita pasal orang meninggalkan kita tu atau kita teringat kat dia. Kita boleh bercerita pasal dia, maybe still lagi ada rasa sedih, tapi rasa sedih tu, takkan sama dengan rasa sedih yang kita rasai 5tahun yang lepas. Sedih, tapi kita tak menangis lagi.

Kenapa tak nangis lagi??

Sebab kita dah lupa!!!

kenapa kalau takde 'lupa' boleh membinasakan??

uish,,,kalau kia asyik ingat jerk,,ada gak yang jadi majnun (gila). tak pon ada yang terjun bangunan.huhu

Allah mengurniakan kita kelupaan supaya kita dapat melupakan kelukaan atau kepahitan yang pernah kita rasai.

Nampak tak??? Betapa sayangnya Allah pada kita sebab Dia tak nak kita ingat sangat pada perkara yang dah lepas. Lagipon, yang dah lepas, kita tak boleh nak patah balik walau hanya untuk 1minit sekalipun.

" Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini, sekarang lebih baik dari yang telah lalu, dan yang akan datang lebih baik dari yang sekarang, mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi " sumber.

…………………………………………………………….

Okeh, cakap pasal lupa,,teman paling lemah kalau teman lupa teman letak spec kat mana, walaupun baru bukak sebab nak amik wuduk (memang selalu sangat2 terjadi nih!)

Dan yang kedua ialah…lupa bawak tuala bila nak mandi. Haish,,hampeh sungguh..

k. wasalam.