Tuesday, June 29, 2010

tentang kita..

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Assalamualaikum wbt.

ni post yang ke-40. ruangan ni dibiarkan sepi buat seketika lantaran ketiadaan idea untuk menulis sesuatu yang berfaedah, yang tak membuang masa pembacanya tanpa sebarang ilmu atau pengajaran.

bila akhir2 ni macam dah banyak sangat berjalan untuk menguruskan hal2 yang berkaitan, tiba-tiba pula nak berkongsi tentang aurat wanita tentunya.

kat mana2 pon, mesti ada saudaraku yang tak bertudung. kalau bertudung sekalipun, ada pula kekurangannya. masa tu, terdetik dalam hati ni, sayangnya, cantik orangnya, tapi ditayangkan kecantikkan tu pada semua. sememangnya lumrah manusia sukakan benda2 yang cantik.

Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikkan

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A’raaf : Ayat 26)


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab : Ayat 59)

Tapi, bukan mudah nak menegur seseorang supaya berubah. dalam diri kita sendiri, kita tentunya memerlukan kekuatan untuk menegur mereka. Apatah lagi jika mereka adalah orang2 yang rapat dengan kita.

Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri.

Semalam kat hospital, jumpa Cina Muslim, wargh,,dah lama tak jumpa Chinese yang pakai tudung. kat usim, ada selalu je tengok zakiah dengan fatimah. kat JB ni, tu la first time jumpa sejak bercuti. siap tegur teman lagi, cakap dia suka baju yang teman pakai. hehe, pakai t-shirt je. yang labuh tu. bagusnya..comel pulak tu anak dia, mata sepet laa~

tadi tengok tv, ada la babak yang tunjuk pelakon tu sedang solat. habis doa, bukak telekung. terus nampak rambut. okeh, walaupun juz lakonan, tapi, kalau budak2 tengok, mesti diaorang fikir, boleh je solat tak payah pakai skarf. tapi, kalau dah namanya waktu solat, mesti kena tutup aurat. rambut tu aurat jugak. kalau nampak BAYANG-BAYANG rambut, warna rambut tu kaler hitam ke, pink ke hijau ke, ianya tetap aurat. lagi satu, bahagian leher, kalau solat tapi still lagi nampak leher, agak2 solat tu sah ke tak?? macam musykil pulak den.

papepon kita sebagai manusia seringkali lupa. dan sebagai manusia juga kita kena saling mengingatkan.


4 sebut-sebut:

Nurul Athirah said...

manusia itu diukur dengan ketaqwaan

bukan dengan labuhnya tudung atau pendeknya pakaian..

yang nyata, apa yang kita imani itulah yang perlu dipaparkan melalui setiap perbuatan.

mungkin hari ini mereka terlupa,
tapi tidak mustahil juga mereka akan menjadi lebih baik dari kita..

sama-samalah usaha agar kita tidak terleka

:)

Qurratu Aini said...

yup betul tuh..
tapi menguji kesabaran betul la kalau kena perli2 ngan orang2 nih..

aku dok situ senyap je.tak kacau dyorg pon. haish,,macam2 la orang sekarang nih. aneh2 je..

papepon,,tx..

Zierwa Zainal said...

terima kasih atas n3.
smoga kita semua dijauhkn dr sume tu..amin


kalau sudi komen la entry saya..
hilang

Nurul Athirah said...

zaman skg..

org buat baik pun mcm buat jahat

dunia da terbalik agaknya

papapon..
jadilah diri sendiri

=)