Monday, August 30, 2010

national day fi Ramadhan.

.بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ni, lepas terawih, pergi makan ais krim!!!
hoho,,macam dah lama plak tak makan ais krim. walaupun hujan, itu bukanlah penghalang.
ceh,,ayat....xble blah...skemas..

owh,,sekejap je kita dah masuk dalam fasa terakhir dalam bulan Ramadhan ni. lagi berapa hari je nak masuk Syawal. dan itu bermakna, bulan penuh kemuliaan ni akan meninggalkan kita. tak tau dapat hadapi lagi ke tak Ramadhan akan datang. bak kata Muna, tempoh untuk bulan promosi pahala ni dah nak tamat. kalau kita tak rebut peluang, sungguh la kita rugi.

hari ni, 30 ogos. lagi berapa jam je nak 31 ogos. mesti semua dah sinonimkan tu tarikh apa..
national day dalam bulan yang mulia. tu pon satu kelebihan jugak. tapi kita la yang kena pandai2 tentukan macam mana kita nak hadapi kedua-duanya. dengan cara macam mana, kita yang tentukan. sama ada nak g sambut dengan member2 kat mana2 kelab dok teguk benda yg pelik2 atau mana2 masjid@ surau, wat doa selamat.
 contohnya, ada satu hari, pergi mega lanes kat Endah Parade,hehe,,main boling setiap rabu. koko la katakan.
ehem,ehem,,ada 'kenduri' nyanyi lagu bertemakan cinta. 
haish,,macam2 la sekarang ni. tapi tempat tu, majoritinya Chinese, maka, agak pelik la bila dianjurkan begitu.
erm,,tu la namanya strategi perniagaan, nak dapat duit lebih, kena la anjurkan begitu. maybe sebab mereka2 itu tau yang x semua orang Islam ni akan berterawih. maka, begitulah perancangannya.

~begitu mudah anak melayu dipengaruhi dengan hiburan yang melalaikan--> owh, terasa,,mp3 selalu ditelingaku.

erm,, dari segi fizikal, insya Allah, kita dah merdeka. tapi, dari segi mentalitinya, kita masih dijajah. tak tau bila
kita akan 'merdeka'.
 
bila masa semakin hampir kepada detik 12 malam, makin risau jadinya. boleh tak kalau esok2 ni tak nak tengok cerita2 pasal makhluk2 yang hilang kegadisannya di malam merdeka? atau anak haram di malam merdeka? atau apa2 je yang seumpama dengannya.
 
dah penat nak tengok, nak baca. macam takde cerita lain. nyawa manusia sekarang dah macam nyawa nyamuk, boleh sesuka hati je nak 'tepuk' pastu mati macam tu je. nyamuk tu pon kira okey lagi la sebab sempat nak larikan diri lagi, ni, yang manusia ni, tak sempat nak jadi 'nyamuk' , baru je tahap larva, dah kena bunuh. 

~kucuba jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas, insya Allah~
marilah kita berusaha bersama-sama. walaupun dah nak habis, sekurang-kurangnya kita cuba.

wasalam.





Sunday, August 29, 2010

Bookfest @ Malaysia 2010

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum wbt.

okeh, kali ni just nak inform je kepada sesiapa yang tak tahu.
mulai dari 4 hingga 12 September, akan diadakan Bookfest @ Malaysia 2010.
bookfest ni under Popular, kiranya, maybe lebih banyak buku2 cina. tapi buku bm, still lagi ada. bukan xdak langsung--> pernah pergi tahun lepas.

owh, tempatnya kat KLCC.

huhu,,sapa2 yg suka ngan buku ke, saja2 nak jalan2 cuci mata ka, pergilah ke sana. dah cuti sekolah@semester ni kan.
saja nak promote coz bila bercakap dengan kawan2 macam ramai sangat yg tak tahu.
alang2 tu, promote juga amalan membaca.hehe.

~sharing is caring~

wasalam.

~penat sungguh balik dari rumah halimah.

Saturday, August 28, 2010

tentang masa

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt.
demi masa.
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan 
serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling
menasihati untuk kesabaran.
~Al-Asr : 1-3~

bercerita tentang masa, berapa ramai dalam kalangan kita yang sangat mementingkan masa??
apabila berjanji, dia tepati??
apabila punya masa terluang, dimanfaatkan??
dan sentiasa menggunakan masa untuk perkara2 yg berfaedah??

bercerita tentang masa, 
adalah perkara yang sangat SENSITIF bagi diriku,
sebab,
bagiku,
ia berkaitan dengan disiplin,
juga attitude seseorang.
bercerita tentang masa,
diriku sangat PANTANG
orang2 yg lambat,
apatah lagi bila sudah berjanji.
bercerita tentang masa,
kesabaranku acapkali terduga,
maksudnya...
JANGAN SELALU
menguji kesabaranku
sebab, ia ada hadnya.
kesimpulannya,
sila hormati masa orang lain.
sila UBAH perangai anda.
sila DISIPLINkan diri anda

sekian, terima kasih.
wasalam


Sunday, August 22, 2010

nak merepek

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi-Nya.
rasa macam tak sihat daa~
dah la kat sini musim denggi,watnya kena denggi masa tengah pose2 ni, adey,,,dugaan...
tapi, insya Allah, takde apa2..huhu..

malam semalam g makan ais krim,,,huuu~
macam dah lama plak tak makan.
sekarang pon kalau nak berbuka, nasi bukanlah jadi pilihan utama,,
sekadar memilih kuih,,
macam xde selera nak makan..xtaw kenapa..

sambil2 makan ais krim, berbual2 ngan Pika,,
owh,,,xtaw pulak dy tgh rasa macam 'down',
ingatkan cumaku seorang...

kutanya kenapa,,,
jawapannya..mungkin sebab kita dah mula rasa sikit pressure blajo course akaun ni..
walaupon pada hakikatnya, sem ni, cuma ada 1subjek je yg 3credit dan selebihnya 2 credit.
-->kita ni dalam proses pembesaran..
ciiittttt...jawapan xble blah...


pastu,,perbualan yg dah lari tajuk...
citer pasal orang2 disekeliling kami ni yg xhabis2 citer pasal nak kawen...
walawei,,umo 20 pon xmasuk agi,,
maju betul la..
tiba2 teringat salah seorang housemate ni,,ada seorang akhi yg minta kebenaran dia 
untuk datang kerumah--> nak pinang dia.
hehe,,bila pk balik, lawak pon ada,, sebab housemate ni umo 19, yg akhi tu pulak 20. sorang ptptn, sorang lg jpa.
ni mesti sebab kenal dengan seorang senior yg umurnya 20thn, suami dy pulak 32thn.
tu xpelah, sorang dah keje, tapi, kalau kat uia, kawen je pon da dpt elaun, siap dapat rumah lagi..
ahaks...pergi uia ramai2 r law gitu..
esok da ad test ict, pastu next week test eco. hbgn etnik macam ada, macam xde.
owh,,no komen. belum lagi keluarkan segala ilmu ketamadunan.
haish, macam la byk kebeno ilmu ni, nak main keluar2 kan..

ceritera interview,, alhamdulillah, boleh la jawab.
xde la gabra sangat, tapi cuak je sebenarnya. haih,,semua pangkat dato', 
mau tak seram dok situ,,tapi, nasib baik la jenis yg suke buat lawak,,xde la serius sangat
yg kena interview ni pon macam enjoy je..
nasib la xde soalan2 membunuh, kalau x memang ble terkulai kat situ..
huhu..

okey, macam tak taw nak merepek apa lagi. papepon,,selamat menunaikan ibadah puasa dan meningkatkan amalan 2 kita dibulan yg penuh barakah ni.
moga2 tahun ni banyak debit amalan2 baik dan kredit yang kureng baik.
insya Allah, dapat profit yg berlipat ganda.

wasalam.

Monday, August 16, 2010

dah balik jb..wee~ ^o'

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. jumaat lepas dah selamat balik ke johor. sampai2 memang kena membebel dengan angah sebab tak bagitau dia awal2. nasib je dia pinjam kereta tunang dia. kalau tak, memang teman g merempit la petang tu. haha.

pastu, kena bebel lagi sebab--> balik sorang2. takde geng.haha..dah macam kes parah ke?? tak la.

tapi yang parahnya, memang cuci mata la masa dalam bas. dalam tau. bukan kat luar je.hoho. walaupun duduk kerusi single lagi mingle, kat sebelah sederet je jate2 ngan anak dara orang nih. yang sedihnya, semua pakai tudung, sorang je tak pakai tudung. apa-apa la.

tapi memang tak ble blah,,ble plak wat benda aneh2 depan teman. adoi,,nasib je ble bukak spec,law tak mau putuih urat mata..huhu..

sejuk sangat kot, yang jatenye dok usap2 tangan makhluk tu. haish, teman dok sorang, lek je. tak sejuk pon. tu la, lain kali pakai pakaian yang tebal sikit. walaupun setakat baju kurung, cukup untuk menghangatkan tubuhku.hehe..hampeh sungguh.

pastu, dah namanya, dalam bas, mu ingat nih, ngorok atas katil ke??
tuan2 wa puan2 expect ada segala jenis bantal ke kat dalam bas tuh??yang dok main pelok2 tu pe hal..
owh, dah tukar status jadi bantal peluk ke?? ahaks,,sikit punya kesian la makhluk yang bertukar jadi bantal peluk. 

tu, rasanya, orang lain macam dah biasa kot. tapi,bukan teman ek. at least, nak wat benda yang pelik2 wa aneh2 tu, hormat la orang lain. ni tak, saja ja nak tolong teman tambah dosa. hancus sungguh. memang tak ble pakai. lagi satu, agak2 la, kat tempat yang macam tak awam sekalipon. ni kes tak kisah bulan mulia ke tak la nih. mu main tibai je nak buat apa walau dimana jua.

citer lain, makhluk yang dok belakang teman pulak,memang ngak reti2 nak berhenti mengunyah..
dari masuk bas, sampai la turun, mengunyah je kerjanya.keluar segala bunyi. yang xtahan tu,muka melayu, tapi tak tau la kalau2 orang sabah kristian kan. no komen.

tu citer on the way nak balik jb. 

citer nak balik nilai pulak. 

fuh2..nasib je la inche angah belikan tiket, dok le sebelah dak lelaki. form 5. Ya ampun...teramatlah peramah,, dia bercakap dari larkin sampai kat melaka. walawei, mamat ni, teman yang dengar ni pon penat, dia boleh pulak tak penat. dah la bas double2 plak tuh, mau tak gayat. cuak beb naik bas tu. kat MY ni, ada je angin lintang, kang ada gak yang terbang masuk gaung, waseyman, memang wat aksi ngeri spontan namanya. 
 
tapi, alhamdulillah, sampai jua dengan selamat walaupun dalam keadaan hujan lebat.

erk,,macam dah tamat nak membebel kat sini...
 
wasalam
huuii~dalam debaran nak pergi interviu ini jumaat. doakan yer..

                                         

Tuesday, August 10, 2010

RamadhAn

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tinggal beberapa jam saja lagi umat Islam akan menjalankan ibadah puasa Ramadhan untuk tahun ini. rasa cepat sangat masa berlalu, biasalah, bila dah akhir zaman ni, sejam pon macam seminit. 
entah kenapa tahun ni macam berbeza pulak dengan tahun2 sebelum ni. berdebar-debar je menanti kedatangan Ramadhan kali ni. owh, jangan tanya kenapa, sebab diri ini juga tidak tahu. 

malam ni pon dah start solat tarawih. mesti lagi best kalau dapat buat jemaah. tapi, malam ni ada kelas. erk,,kena wat sorang 2 ke maksudnya tu?? atau budak2 kelasku dah plan nak solat sama2 kat surau bila dah habis kelas??
wallahualam.

tapi, yang paling penting sekali, rasa bersyukur sangat sebab masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni. tahun depan, tak tahu lagi. kalau Dia izinkan, insya Allah. 
okeylah. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat me'top up' apa2 yang macam kurang selain tambah2 apa2 yang patut. 

wasalam.

Tuesday, August 3, 2010

boleh je sebenarnya

بسم الله الرمن الرحيم
 
Assalamualaikum wbt.
Erm, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. cuma, sama ada ia digilap atau tidak. dipamerkan atau dipendam. bak kata seorang senior kat sekolah dulu, dalam diri kita, ada potensi dalam sesuatu bidang. tapi, bergantung pada kita sama ada nak keluarkan atau biar je kat dalam diri kita.

erk, tapi, sekarang ni bukannya nak tulis pasal tu. just nak share, yang kita sebenarnya boleh je buat sesuatu yang kita tak pernah, jarang, kadang-kadang atau takut nak buat. mungkin sebab perasaan malu, rendah diri, tak confident yang membataskan diri kita untuk lakukan sesuatu diluar kebiasaan kita. 

contohnya, teman le... hehe..
erm, ada 1 hari tu, masa kelas BA, kena cakap arab. depan kelas. spontan. eeiittt... sogan den. kalau dengan ustaz ke, ustazah, macam tak kisah sangat walaupun salah, bantai aja la. haha. ni ngan budak lelaki. huhu..tu la, selama ni, kalau cakap kat depan macam dah ada skrip je...ni, hah, amik la...spontan terus. nasib je soalan yang simple2. paham le. law tak paham pon, kena pahamkan--> tanya orang depan.

erm,,masa awal2 tu ketaq naa~ tapi lama2 kat depan tu, macam best pulak..haha,, sewel sikit...walaupun salah, member2 ketawa, kita ketawa dengan mereka, dan mereka juga ketawakan kita, tapi ada sesuatu yang teman dapat. 
 
owh, walaupun salah..hehe..ngee ~

pastu, ada lagi kelas BA, kena gak cakap kat depan. haish..napa la asyik namaku ja yang naik nih...
aina punya pasal la ni..tapi, mereka, walaupun ketawa2, tapi, tetap bersama, tetap memberi sokongan untukku supaya terus berusaha sebaik mungkin. walaupun nervous gak masa tu, tapi, macam biasa lar,,janji cakap something, diaorang faham, walaupun cakap ikut bahasaku sendiri, haha,,hilang segala nahu arab yang dah belajar. 
 

erk,,sedang nervous, mana la mau ingat~

wasalam.

p/s: tx 4 being my frenz..all of u