بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dah selamat berpuasa, selamat beraya selamat juga pulang ke rumah.
beberapa jam sebelum menyambut 1 syawal, seorang sahabat plkn menghantar mesej pada teman. biasalah, dah nak raya, keluar segala ucapan yg nak diucapkan.
tiba2 je dia tanya, kalau cakap pasal kebaikan orang, tu pon dah dikira mengumpat, kalau cakap pasal keburukkan orang?
mana lagi baik, pakai tudung pendek sebab Allah atau pakai tudung labuh sebab organisasi?
walawei, bagiku soalan tepu time2 gitu, lemah den.
masa tu terdetik jugak, tiba2 je tanya, sebelum2 ni takde pulak. ada problem ape minah sowang nih.
then, jawab la, kalau ckp yang baik2 mengumpat, yg buruk2 bukan setakat mengumpat, tu siap dengan kutuk2 lagi ada la.
last2, aku juge kena marah. sempat lagi nak main2 kan org.
tapi, soalan kedua, kucuma jawab bergantung pada diri sendiri. ada je ayat Quran yg maksudnya, apa2 yg kita buat, depends pada niat kita. kalau niat kita kerana Allah, insya Allah, dapat pahala, kerja yg kita buat tu pon dikira sebagai ibadah. kalau kita buat sebab nak dapat duit ke, sebab orang lain ke, harta ke, kita dapat jugak apa yg kita nak, insya Allah. tapi kerja tu tak termasuk dalam ibadah la. cuma rutin harian biasa je.
tapi, kalau pakai tudung biasa, okey je, selagi menutup aurat. ada je yg pakai tudung labuh sebab nak nampak baik atau mana2 sebab yg berkaitan la.
orang selalu cakap, kalau bab tudung, nak tunggu dapat seru dulu. hampeh sungguh. seruan suruh pakai pakaian yg menutup aurat tu dah lama dah. cuma dapat hidayah atau tak je.
tapi, hidayah tu, bukannya tak boleh dicari, kita yg kena berusaha cari hidayah, dapat atau tak, tu hak Dia, nak bagi tau tak.
macam aku dulu, start pakai tudung masa darjah 5. budak2 semua cakap, lambatnya, aku pakai tudung. diaorg semua dari darjah 1 lagi dah pakai tudung. masa darjah 5 tu pon, aku pakai sebab ikut2 orang je, sebab makcik aku pakai tudung. tapi, alhamdulillah, Allah bagi hidayah padaku untuk terus tutup apa yg perlu ditutup. mungkin, masa kita cuma nak ikut2 orang tu, just nak cuba2 sekalipon, kalau Allah nak bagi kita petunjuk, nak bagi kita cahaya, boleh je sebenarnya. sebab tu semua hak Dia. kita bukannya siapa2 yg nak persoalkan bila kita nak dapat hidayah tu.
pendek atau labuhnya tudung bukan ukuran pada iman dan takwa kita. kadang2 persekitaran yang mempengaruhi pemakaian kita.
bab fesyen2,, buat apa yang hang pa nak buat, asalkan tutup aurat. kalau dah teringin kebeno nak pakai selendang tu, carilah yg tebal+panjang+lebar. aku tengok, ada je orang arab pakai yang tak nampak bayang pon, sweet je tengok. sejuk mataku ni. kat malaysia, rasa macam nak lap tingkap je. berpakaian, tapi bertelanjang. terlalu mudah ikut budaya barat.
pastu, mungkin, disebabkan member ku nih belajarnya di terengganu, yang majoritinya kelantan+terengganu, so, mereka2 tak ble terima bila memberku ni pakai tudung biasa je. lagi pon, dia ni jenis selamba, jadinya ikhtilat itu pon selamba je. kalau macam kat usim tu, ada yg jaga, ada yg tak. maksudnya, pandai2 la jaga diri, pilih kawan, yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.
kesimpulannya, keputusan ada ditangan anda. tepuk dada, tanya iman.
wasalam.