Tuesday, October 26, 2010

armageddOn

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, walaupun banyak hal yang berlaku dalam hidupku kebelakangan ini, tapi masih diberi kesempatan untuk menghadapinya dengan baik. 

Malam Jumaat lepas ada 1 program kat kampus. berkisar tentang Armageddon. tak tahu la nak cakap sama ada pengisiannya bertepatan dengan tajuk atau tidak. tapi kalau bertanya pada diri ini, tentunya akan dijawab tidak. mungkin tajuk lain lebih bersesuai untuk isi tersebut. 

kalau cari dalam kamus, Armageddon tu boleh dimaksudkan dengan pertempuran atau peperangan penamat. yang terakhir. penutup mungkin. Apabila kita bercerita tentang dajjal, imam mahdi, ya'juj wa ma'juj dan nabi Isa alaihisalam, mungkin itu adalah sebahagian kepada tanda2 kiamat, mungkin juga perintis kepada peristiwa Armageddon itu sendiri.

Apa yang saya faham berkenaan Armageddon adalah sebelum berlakunya kiamat, akan berlaku 2 peperangan besar. Dimana peperangan pertama melibatkan umat Islam bersama-sama orang2 Kristian bergabung untuk menghapuskan kaum yahudi. Dalam peperangan ini, senjata nuklear akan digunakan dan akan berlaku kebinasaan yang besar kepada bumi kita.
Untuk peperangan yang kedua pula, umat Islam akan menentang orang2 Kristian. ketika perang inilah kita hanya menggunakan pedang, tombak dan lain2. ini disebabkan pada masa ini, teknologi tidak lagi berfungsi. mungkin disebabkan perang nuklear tadi atau berlaku gangguan pada graviti bumi yang menyebabkan teknologi tidak mampu berfungsi dengan baik. 

Bila bercerita tentang 21 Disember 2012, pasti teringat pada kaum maya, dan filem 2012. perlu ke percaya pada pihak barat yang beria-ia mengembar-gemburkan cerita2 sedemikian? perlu diingatkan, hari kiamat itu adalah pasti, tapi tiada siapa pun yang tahu bilakah ia akan terjadi kecuali Allah swt. Ada sumber yang mengatakan bahawa tarikh itu adalah permulaan kepada kesengsaraan. kesengsaraan yang bagaimana?? owh, no komen. 

tiba2 je terfikir, sejak dulu lagi, orang barat sudah meramalkan macam2. contohnya peristiwa 11 september 2001. tapi, itu cuma ramalan. bukannya kenyataan. tapi, bila tiba tarikh yang diramalkan, terjadi peristiwa yang telah diramalkan itu. suatu kebetulankah?? pasti ramai yang telah mengetahui bahawa semua itu telah dirancang awal2 lagi.

tapi, terfikirkah kita, bahawa pihak barat seolah-olah sangat taksub kepada nombor??

mungkinkah mereka juga sudah merancang sesuatu untuk tarikh 21 disember 2012 nanti sebagai bukti bahawa ramalan2 mereka adalah benar belaka?

wallahualam.

pesanan saya...
apabila kita hendak mengetahui tentang sesuatu, jangan hanya bergantung kepada 1 sumber sahaja. perlu juga merujuk pada sumber2 yang lain. sekarang ni, lebih banyak tokok tambah dan pendapat sendiri berbanding fakta. walaupun sumber tersebut adalah dari sebuah buku, pasti ia juga terkandung pendapat dari penulis. lebih banyak sumber, lebih mudah membuat perbandingan cerita mana yang boleh dipercayai atau sebaliknya.
kesimpulannya, jangan percaya bulat2 pada 1 sumber sahaja.

wasalam.

5 sebut-sebut:

little daie said...

betul3. perbanyakkan sumber ilmu!

^_^

Qurratu Aini said...

tau xpe..orang Islam, khususnya melayu makin malas dalam mencari ilmu. lagi la yg muda2 nih..huhu

mumumeow said...

'tapi, terfikirkah kita, bahawa pihak barat seolah-olah sangat taksub kepada nombor??'

btul juga...byk bbenor nombor...org yg tksub kt num ni besenye trlalu brgntung kt kbertuahan num trsbut...dh x kira Yang Maha Esa
cth: jangkaan tarikh, tarihk klahiran..dll....

(pebenda la mumu ngarut ni...)

Qurratu Aini said...

xmengarutlah mu, betul la tu. memang bila kita dah dok meramal sana sini, seolah-oleh kita tak reda pada ketentuan Allah.

dah tak percaya pada Dia. susah macam tu..

Nurul Athirah said...

yup..
banyakkan membaca dan mencari.
:)

yup soal nombor
memang diorang ada perancangan dari awal..

kita kena hati2.
jangan sampai leka dgn mereka