Saturday, February 19, 2011

:tanGGungjawab:

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi untuk meluahkan sesuatu kat blog nih. walaupun selalunya post2 nya entah hapa2 ja.

sekarangkan..musim untuk kita, sebagai pelajar untuk mengundi makhluk2 yang berkelayakan untuk jadi ahli MPP. mungkin ada sesetengah orang yang merasakan bahawa memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi adalah perkara yang boleh dibanggakan. tak kisah la, setiap orang ada pandangan masing2 kan. perspektif orang berbeza-beza. 
bak kata seorang akhi, jadi ahli dalam komuniti ni, tak dapat pape pon. masa untuk belajar makin berkurang, nak rehat pon tak sempat. penat , letih. biasalah tu. kalau dah jadi orang penting nih, macam2 dugaan yang bakal dihadapi,dengan kerenah anak2 buahnya lagi. tapi, insya Allah, kalau ikhlas, ganjarannya tetap ada disisi Allah swt. yakin dengan Dia. Dia sentiasa menolong hamba2 Nya. apatah lagi orang2 yang menolong agama-Nya.

memegang sesuatu jawatan, bukan mudah. seolah-olah menyerah diri untuk dihumbankan ke dalam neraka. lebih2 lagi bila kita yang bertanggungjawab ni, tak memainkan peranan yang sepatutnya. bila orang serahkan sesuatu tugas kepada kita, bermaksud mereka percaya kepada kita. dan sekarang, kita kena menjaga segala kepercayaan yang telah diberikan. 
 
masing2 mempunyai tujuan tersendiri yang ingin dilaksanakan bila diri dah sah memegang jawatan tersebut.
tiba2 teringat akan Sultan Muhammad Al-Fateh. seorang raja yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik. mungkin hadis yang Rasulullah saw pernah lafazkan ini telah terbukti kebenarannya. tapi, mengapa tidak kita cuba menghidupkan suasana seperti ini kembali? Kalau baginda boleh memerintah negara dan merancang strategi peperangan  mengikut acuan Rasulullah saw, mengapa kita dizaman ini tidak cuba untuk mempraktikkannya juga? kita lebih beruntung sebenarnya kerana hanya memegang tampuk pemerintahan dalam saiz yang lebih kecil berbanding Sultan Al-Fateh.

Islam itu indah. islam itu syumul. semuanya dah ada, cuma kita je kadang2 tak mengamalkannya dan kadang2 xperasan pon yang sesuatu perkara tu dah dinyatakan dalam islam.

tanggungjawab, tak semudah yang dibayangkan. amanah, tak seringan yang difikirkan. dan kita, sebagai manusia telah berjanji untuk memikul semua itu.


Sunday, February 13, 2011

bukan mudah

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. Akhir2 ni semakin banyak kerja yg perlu disiapkan. dalam masa yang sama, macam2 perkara yang berlaku hingga kadang2 rasa letih sangat nak menghadapi semua ni. padahal baru tahun 1 ni..

kita adalah manusia, hamba Dia. manusia adalah sebaik-baik kejadian. keistimewaan manusia terletak pada akalnya. tapi, tak semua manusia berjaya menggunakan akalnya dengan baik. walaupun kita adalah sebaik-baik kejadian, tetapi, takde manusia yang sempurna. pasti ada kekurangannya, walaupun sedikit.

tetapi, wujud dalam kalangan manusia itu sendiri yang sentiasa menginginkan kesempurnaan. dan seperti yang telah dinyatakan di atas. takde apapun yang sempurna kecuali Allah swt. semua orang nakkan kesempurnaan. takde langsung cacat celanya. bukan mudah untuk mencapai tahap itu. apatah lagi tanpa bantuan dari orang lain. mungkin sesuatu itu TAMPAK sempurna, tetapi, percayalah,ia tetap mempunyai kelemahan. cuma ianya tak terlihat dek mata kasar.

setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya. Dia telah menciptakan sesuatu sebagai pelengkap kepada sesuatu yang lain. siang dan malam. kuat dan lemah. lelaki dan perempuan. takkan disebut malam kalau tiada siang. tak wujud perkataan lelaki andai perkataan perempuan itu tiada.

manusia takkan dapat hidup seorang diri. sedangkan Adam sendiri sunyi tanpa Hawa. apatah lagi kita hanya manusia lemah. kadang2, kelemahan yang kita sangka adalah kelebihan buat kita dan kadang2, kelebihan yang kita punyai adalah kelemahan kita.

Thursday, February 10, 2011

ceot je..

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamulaikum wbt. Selamat semua !!!

hari ni nak menaip sesuatu disini tanpa arah tujuan yang pasti.  tadi jumpa kawan2..keluar soalan... macam mana hafalan...hafazan..??

owh, nak hafaz surah sikit je pun. belum suruh hafaz Al-Quran lagi tu...tapi dah macam hapa ja..kalau kat sekolah dulu, macam senang je nak masuk, nak ingat. sekarang ni, aduhai, macam mengambil masa yang sangat lama untuk satu2 surah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini...

sebagai contoh, mestilah tuan punya blog ni. suatu ketika dulu, alhamdulillah, adalah beberapa surah yang telah diingati. tetapi, semakin hari, semakin menghilang pulak. nak salahkan siapa?? mestilah diri sendiri. tak tau nak jaga diri, jaga hati sendiri.

owh, susahnya nak jaga diri sendiri. mujahadah...kalau bersendirian, pastilah lebih sukar, sebab tu kena ada member2 yang saling mengingatkan. walaupun perkara tu nampak simple,nampak ceot je pon, tapi yang simple+ ceot tu la bagi impak yang besar pada diri kita sebenarnya.

contohnya, dosa kecil, kalau buat hari2...apakah yang akan jadi?

orang, kalau buat baik, kita panggil--> baik hati.
kalau dia buat jahat, kita panggil-->busuk hati.

owh, kesian hati kita. lama sangat ke tak mandi sampai jadi busuk ni?? meh la kita sama2 siram dengan zikrullah. siram je ke?? nak sental pon tak pe. tapi sikit2 dulu, kalau ganas2 nanti sakit...

orang pernah cakap, apa yang kita ucapkan, kadang2 menggambarkan diri kita. dan saya nak jadi budak baik.. sikit2 dulu ye...--> tak nak cakap --> bongek + sengal.. hehe maafkan saya..dan bantu saya ya..

tapi, macam teringin pulak nak pergi kampung pulau bongek. ada tak lawatan ke sana??

Wednesday, February 9, 2011

nilai hantaran nak tinggi2...boleh???

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt. sihatkah?? makan sudah?? Alhamdulillah,,baru lepas mengeyangkan perut. rezeki dari Dia.

Okeh, ingin saya perkatakan disini tentang hal2 hantaran...kiranya,,ada kaitan sikit la pasal kawen.huhu..maybe sebab my bro dah nak kawen, jadinya, tetiba je terfikir pasal nih.

bab2 hantaran ni, bagi hamba, sangatlah merumitkan. lagi la kalau pihak lelaki. sebab ada certain2 pihak perempuan ni akan tentukan nilai hantaran yang mereka2 inginkan. macam my 1st bro, meminta akan orang sana RM 15k. manakala my 2nd bro plak kena RM 10k. 

walaupun hamba merupakan seorang perempuan, tapi kekadang, macam kesian pulak kat kaum adam nih. memang la kalau kita nak sesuatu tu, kita kena berusaha. tapi, kot ya pun, agak2 la. dulu ada sorang member ni cakap, kadang2 org2 ni tentukan hantaran ikut sang gadisnya belajar sampai tahap mana. tahap dip ke, dgree ke, phd ke. bak kata hipotesis, semakin tinggi peringkat pelajaran seseorang, semakin tinggi nilai hantaran yang bakal dikenakan.

belum tengok lagi barang2 yang orang sekarang mintak. semua nak serba satu. aceh. ni semua nak jadi mami jarum ke hapa?? musykilah kabirah...jangan la ikut2 orang atau semata-mata nak menunjuk2. baik mintak barang yang memang nak dipakai lepas kawen nanti. orang sekarang minta benda2 tu, orang dulu ada tak yang mintak sang lelaki bacakan ayat Al-Quran sebagai maharnya??

meletakkan nilai hantaran tinggi2 ni, gaya macam nak jual anak pulak. kang ada jugak yang tak kawen sebab orang tak mampu nak bayar hantaran. belum cerita pasal hutang2 lepas kawen.haila~ orang sekarang, lebih memikirkan kata2 orang daripada kesan yang akan ditanggung kemudian hari.

bagi teman, lebih baik buat majlis pun simple2 je, senang. bukan nak menunjuk2, nak dapatkan pujian dari orang sekeliling. mulut orang, tak boleh nak tutup. biarlah terbuka je, masuk lalat pon xpe. hantaran pon, tak perlulah tinggi2, cukuplah sekadar yang mampu. bukan memaksa orang untuk memampukan diri mereka. simpan duit untuk kehidupan lepas kawen lagi baik. takde la hutang sana sini. 

Rasulullah saw pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mempunyai paras rupa dan rendah maharnya.

bukan ke lagi bagus kalau perkahwinan tu dipercepatkan?? ni nak tunggu lama sebab apa? sebab nak tunggu duit cukup dulu, baru nak kawen. kalau hantaran tak terlalu tinggi, insya Allah, cepatlah orang2 kita ni kawen.

apa yang penting??? keberkatan tu lagi penting dari nak dok menunjuk-nunjuk kat orang lain daa~

owh, hidup lagi ye makhluk yang tengok darjat, pangkat wa harta nih...ingatkan dah pupus.huhu

wasalam..selamat ya semua..

Thursday, February 3, 2011

*mAAf*

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. kabare??
Alhamdulillah, tuan punya blog sihat walafiat. okeh, serius, sangat penat. semalam sehari suntuk dok kemas rumah. sebabnya, hari ni my bro nak tunang. tapi, lepas subuh, ada buat majlis doa selamat. lantaran itu, sangat penat sebab banyak kerja kena buat. alhamdulillah, walaupun buat majlis tu lepas subuh, ramai jugak yang bertandang untuk menjayakan majlis tersebut. jamuannya adalah-->nasi lemak + kopi o.

macam dah lama xupdate. dan macam biasa, alasan yg sama-->xde idea.
ada jugak yang bertegur sapa, cakap, kalau ada blog, tapi xupdate, baik xyah ada blog. jujur dari hati saya, saya sendiri lama xtengok blog ni apath lagi nak update + bw, jalan2 tgk blog org. maafkan saya...

setiap perkataan kita, kelakuan kita, penulisan kita, kita yang akan dipertanggungjawabkan. lebih baik beri sesuatu input pada orang lain, walaupun seorang, daripada tak menyumbang apa2.

mungkin sesetengah orang tak sedar, apa yang dia tulis, walaupun sikit, secara direct atau main kias2 pon, mesti akan ada sorang dua makhluk yang akan berfikir perkara tu secara mendalam. macam tu jugak teguran.

setiap orang ada cara masing2 untuk berikan teguran pada seseorang. tak kisah la, teguran membina ke, merundum ke. setiap teguran wujud sebab ada kekurangan. kalau semuanya perfect, tak wujud 'teguran', sebaliknya 'pujian'. 

kalau yang menegur tu ada cara dia sendiri untuk menegur, yang menerima teguran pon, mesti ada cara sendiri untuk terima teguran tersebut. tak semua orang boleh terima teguran secara terang-terangan. dan tak semua orang boleh terima teguran secara kiasan. lagi tak faham adalah.

ramai manusia, banyak ragamnya. orang A boleh ditegur secara kias2 dan mudah faham. orang B pulak, kena slow talk dengan dia. orang C, kne orang luar tegur, org D, orang yang rapat je boleh tegur. org E, kena perli denpan semua orang, baru nak faham. sebab...siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

tapi, sangat susah kalau jumpa orang yang memang tak bolek ditegur. jenis yang tak makan saman, jenis yang mengamuk kalau kena tegur sikit dan jenis yang sangat BAGUS hinggakan rasa tak layak ditegur. pernah dengar tak-->orang yang tak ingin ditegur adalah orang yang perlu ditegur.

semakin rapat kita dengan seseorang, semakin banyak kita melukai hati dia. 
 
oleh itu, kepada TUAN NORAINA BINTI TUAN IBRAHIM,  NADHIRAH BINTI MOHD. KHAIRUDDIN DAN NUR HIDAYAH BINTI MOHD. FAUDZI.
ingin saya meminta maaf daripada anda semua dan terima kasih kerana sudi menjadi mangsa buli saya!!!
haha..maafkan saya ya..

kepada sahabat2 lain yang tak dimentionkan namanya disini, jangan kecik ati ya..minta maaf juga!!
owh, tegurlah saya bila saya buat kesalahan. saya hanya manusia biasa yang selalu alpa..

wasalam..