Wednesday, July 25, 2012

berubah.


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, sekejap je masa berlalukan. Dah habis sem 4 dan dah berpuasa untuk beberapa hari. Begitu pantas masa berlalu, tapi, adakah kita masih ditakuk lama?

Mungkin ya bagi sesetengah orang dan mungkin tidak. Saya percaya, ramai yang telah berubah. Dari segi pemakaian, pertuturan, cara berfikir, tingkah laku atau lebih mendalam lagi, hati pun turut berubah!!

Alhamdulillah dan tahniah kepada anda yang berjaya berubah menjadi insan yang lebih baik. Takziah buat anda yang telah berubah sedikit menjadi kurang baik. Tak apa, kitakan manusia, sentiasa lupa, alpa dan sering melakukan kesilapan. Iman kita turun dan naik. Jadinya, tak salahkan kalau kita rebut peluang bulan yang meriah ini dengan berhijrah pada kebaikan. Biar orang lain tidak nampak perubahan kita asalkan kita dapat merasa kemanisan perubahan itu.

Tak semua orang berani untuk berubah kepada kebaikan. Tetapi, ramai orang berubah pada keburukan. percaya tak??

Kalau sebelum ni, kita tak pakai tudung,sekarang kita pakai tudung. Mungkin orang sekeliling kita akan gelakkan kita, siap bertaruh lagi, berapa lama kita boleh bertahan untuk kekal sebegitu.

Kalau sebelum ni kita bercinta, berpegangan tangan dan berpelukkan dengan bukan muhrim. Sekarang kita menjaga, membataskan pergaulan kita. Mungkin pasangan kita akan meninggalkan kita.

Kalau sebelum ni kita taat pada ibu bapa. Sekarang ni, kita sanggup mengecilkan hati mereka semata-mata ingin menjaga hati pasangan kita.

Setiap orang perlukan perubahan. Setiap orang ada turning point masing-masing. Cepat atau lambat, kita tak tau.

Saya kenal seseorang yang berubah bila memasuki fasa baru dalam hidup dia. Menjadi lebih baik. Tak semua orang boleh berubah menjadi lebih baik bila masuk alam baru. Sebagai contoh, tak semua pelajar sekolah agama dapat mengekalkan identiti dia yang baik selepas habis sekolah. Itu, namanya pengaruh. Kawan, keluarga, persekitaran dan lain-lain.

Saya kenal dia. Dan dia berubah, menjadi lebih baik. Saya bangga kenal dengan dia. Tahniah!! Semoga perubahan itu, berkekalan. Insya Allah.