Monday, January 30, 2012

Jodoh, sudah ditentukan.

Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui.


Cuti..cuti  sebulan..
Alhamdulillah..dah hampir seminggu bercuti, makan pon sedap ja..haih,,makin montel la nampaknya balik Nilai nanti. (*_*)Y

Balik rumah, setiap minggu ada undangan perkahwinan, dan hampir semuanya hidangkan nasi minyak. Mentaliti orang melayu, majlis perkahwinan mesti nasi minyak. Nasib baik masa abang-abang saya kahwin dulu, tak da langsung nasi. Kalau ada pon, nasi impit je. Erk, ibu saya cakap, nanti saya kahwin, dia nak buat pau. Hehe..

Satu ketentuan
Erm, cakap pasal jodoh, bukan senangkan nak tahu seseorang tu adalah jodoh kita atau tak. Sebab tu la, kita dianjurkan untuk melakukan solat istikharah. Supaya kita yakin dalam membuat keputusan sebab kita telah di'bantu' oleh Allah swt untuk untuk membuat keputusan tu. ^^
Allah swt Maha Mengetahui, dan Dia telah menentukan yang terbaik untuk kita.

Kenapa nak cakap pasal ni?

-Sebab pergi rumah orang kahwin, ramai yang dok tanya umur, belajar lagi ke, bila lagi nak ikut abang??

Hehe,,teringat pulak seorang kawan sekolah dulu yang dah selamat pon melahirkan seorang anak lelaki tahun lepas.Jodoh dia cepat, tak pa..

- Sebab semua pelik bila diberi jawapan tak dak calon..

Mulut manusia kan, susah nak tutup, susah nak kawal. Kadang2 terfikir, mungkin sebab risaukan anak2 takde calon lah, ibubapa zaman sekarang tegar membiarkan anak2 mereka hidup dalam maksiat. Bercinta, dating, berpegangan tangan, berpelukkan, berlaga pipi...

Sesekali, terlihat kawan2 sendiri sekalipon, makan duduk saling berhadapan, tertanya-tanya..apa yang penting sangat sampaikan waktu makan pon nak kena bincang lagi, tak da langsung ke perasaan malu berhadapan dengan kaum Adam?? Entah lah, saya masih kolot. Maafkan saya, saya tak selesa dengan apa yang kalian lakukan. Cuma, hormatilah juga orang sekeliling anda.

Kadang2, macam nak cakap je kat makcik2 ni, kalau ada jodoh saya kat dunia ni, ada la. Kalau xda, saya jumpa kat syurga...hehe..insya Allah..

Risau - Tak perlu risau andainya jodoh lambat tiba, sebab janji Allah adalah pasti. Yakin, itulah yang kita   perlukan.

Bahagia dalam melakukan dosa? Susah juga ni..Tapi, percayalah, tiada berkat dari Allah walaupun anda bahagia dalam perhubungan. Mungkin juga tidak akan berkekalan, mungkin juga sering bermasalah.

Buat pasangan yang bercinta dan telah selamat ke alam perkahwinan, walaupun pasangan anda telah menjadi suami/isteri anda yang sah, ketahuilah bahawa dosa kalian sebelum bernikah itu KEKAL, melainkan di'basuhi' dengan taubat nasuha.

Tapi, kita manusia biasa, apa yang dilarang, itulah yang dibuat. Mungkin sebab kita tak dapat didik nafsu kita dengan baik, sebab kita tak dapat lawan bisikan musuh kita. Wallahualam.








p/s: Takziah buat akh Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin(YDP MPP 11/12) dan keluarga atas pemergian ayahanda         tersayang.
        Beliau sudah diuji, kita, bakal diuji.