Monday, May 31, 2010

cerita bila??

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

okeh, agak lama menyepi..eh yeke??
tak lah kot...
dengan kisahku yang terkandas di Mersing gara-gara menolong familyku untuk menjayakan kenduru tahlil...
itu saja..hehe.itu citer ari jumaat lepas.
dan abang2 ku tak balik, jadi segala kerja2 yang sepatutnya mereka buat telah tergalas dibahuku pula..sangat penat!!!

alhamdulillah, semuanya sudah selamat..

cerita semalam,,,

mak teman membebel lalu mengajak suaminya dan teman pergi menempah baju raya..
sebab dia cakap nanti kalau lambat2,, nyonya itu sudah enggak mahu menerima tempahan lagi..
owh,,begitu ya..
pergi sana, ukur segala apa yang patut diukur,, dengan abang teman sekali kena bebel sebab datang lambat...dia nak naik kereta sendiri,,sebabnya sebelum tu,,kami,,pergi hantar adik teman ke tempat tuisyen, dan abangku tidak mahu ikut sekali,,lagipun,,kereta sudah penuh.

haha,,tahun ni,,mak teman nak semua pakai baju sama kaler...
warna apa??
rahsia,,
balik2 rumah,,,kena perli dengan abang teman yang sulong,,

along -habis la,,tahun gambar mesti tak cantik.
ibu -kenapa
along -ye la selalu gambar cantik je, dari tinggi ke rendah.tahun ni, tgh2 pulak pendek.
semua kecuali teman - ketawa..
angah - eh, ha'ah laa..dah la yg pendek kat tengah2, lebar pulak tu..
teman - eeii,,jahatnya!!!

mesejnya ialah--->mereka2 nih nak cakap yang teman nih pendek+gemuk!!! eeii,,geram tol..
hampeh sungguh.

cerita hari ni..

hari ni bufday angah..dah tua!!!
umur dia..22tahun dan akan bertunang bulan 6 nanti...

cerita esok..

bufday adikku yang bongsu..
umurnya 12thn,,nak exam daa~
owh,,dapat kek secret recipe,,,
kompem,,teman yang makan..hehe

okeh..tu saja yang nak ditaip ketika ini..

wasalam..


Thursday, May 27, 2010

eMoSi

Dengan nama Allah yang maha melihat lagi maha mengetahui

Assalamualaikum semua,,juz nak berkongsi mengenai emOsi.

Emosi aka emo..dan yang sewaktu dengannya.

Semua orang telah dikurniakan emosi oleh Pencipta kita. Mungkin sesetengah orang fikir emosi ni lebih kepada kaum hawa sebab kalau touching sikit pon dah meleleh air mata..

Hehe,,memang la. Bukan ke Allah kurniakan wanita itu lembut hatinya??

Tapi,,kaum adam pon ada jugak emosi atau perasaan nih,,sebab setiap manusia ada hati dan perasaan.

Cuma,mereka nih,susah sikit nak mempamerkan emosi mereka,,tapi berhati-hati ya..takut ada yang masuk hospital, gara2 berperang dengan emosi sendiri.

Kalau difikirkan semula,emosi seseorang sebenarnya amat berkait rapat dengan kewarasan fikiran.

Nak tau kenapa??

Okey, cuba kita renungkan…

kita andaikan diri kita sebagai seorang wartawan.

Pada suatu hari, kita mendapat arahan untuk bertemu dengan seorang gadis yang terselamat dari percubaan dia untuk membunuh diri. Kita bertemu dengan dia dihospital yerk.hehe..

Kita berbual-bual dengan dia. Kita bertanya dan dia bercerita sebagai jawapan kepada soalan kita.

Si gadis mempunyai seorang kekasih sejak sekolah. Berkasih sayang, menganyam buih-buih cinta. Segala-galanya indah sehinggalah tamat zaman persekolahan. Bila si dia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan si gadis masih di situ. Menanti kekasih hati menamatkan pengajian, ketika ini, si gadis bercerita dengan penuh senyuman, mungkin mengenangkan saat-saat bahagia bersama si dia.

Di awal perpisahan, tiada apa yang berubah. Setiap hari si dia telefon, rindu katanya. Tetapi, setelah sekian lama, bila kerinduan itu pudar, si gadis mula sedar dan mencari penyebabnya. Owh, si dia sudah ada pengganti. Si gadis kecewa dan ingin menghilangkan kepedihan yang ditanggung lantaran merasakan dirinya tidak mampu untuk meneruskan hidup tanpa si dia. Si gadis mula menangis teresak-esak.

Ketika ini, apa yang terdetik dalam hati kita?? Ramai lagi lelaki lain yang boleh mengubati kelukaan dihati dia, buat apa nak bunuh diri. Membazir je. Dan macam2 lagi dalam fikiran kita.

That’s it!!

Kita bercakap menggunakan akal fikiran yang waras dan rasional. Tapi si gadis membuat keputusan ketika dirinya diamuk perasaan dan emosi yang tidak stabil. Ketika dia hilang pertimbangan untuk menilai sesuatu keputusan.

Sebab itu la,, bila emosi kita tak stabil, baik jangan cakap apa2, takut lain pulak jadinya. Lebih-lebih lagi masa tengah marah. Syaitan sangat mudah menguasai diri kita semasa kita tengah marah!!

Contohnya, kalau suami isteri bergaduh, kalau si suami tak pandai nak kawal keadaan, tak mustahil ada yang kena cerai kat situ. Sebab tu jugak la talak di tangan suami, sebab lelaki tak dikuasai emosi sangat macam perempuan. Lagi pun, akal lelaki ada 9, lebih kepada berfikiran rasional.

Nak sejukkan hati yang tengah panas berasap pon ada caranya. Antaranya berwuduk, kalau tengah berdiri, kita kena duduk, kalau tengah duduk, kita kena baring. Macam tu ler.

Keyh,,tu saja la,,semoga kita sama2 dapat mengawal emosi kita sendiri.

Wasalam.

Monday, May 24, 2010

taG..

dengan nama Allah yang maha melihat dan maha mengetahui

Assalamualaikum,, wah,,nampaknya kali ni teman di tag sekali lg dan ia merupakan tag kali kedua sepanjang teman melibatkan diri dalam dunia baru teman nih.~ayt skema tuh

trimas kpd sahabat teman-->syafiq ridhwan aka copeq...
nak melihat-lihat blog si dia,
silakan(O__o)


dan dengan mata kuyu,teman menjawab soklan2 yg telah dikemukan dengan semangat dan jayanya!!

3 nama samaran kamu

~ain-->family jerk
~aini-->member2 lps habis skul
~qurratu-->member2 tyme skul
('__')

5 tarikh penting dalam hidup kamu

~5 may-->bfday saya...ngeee
~16 oct-->mama
~18 jan-->papa
~14 mac-->bfdy spe yerk??
~semua hari2 cuti....hehe

5 perkara yang kamu buat semalam

~zzzzzZZzzz......
~basuh baju,pinggan -->segala kerja rumah la teman wat, ngantuk jadinya<'o'>
~bukak ewadi-->semangat nak tau resultku
~kemas bilik-->berhabuk haruk
~urut ibuku

5 perkara akan buat anda gembira

~makan kek coklat-->secret recipe punyer!!
~bila my mom ;)
~tengok kerenah orang kat shopping complex-->lawak la+muhasabah diri gak
~baca novel kot..
~kacau orang sampai mereka rimas+mengamuk..kui3

5 drama kegemaran

~hana kimi-->taiwan punyer lorh
~adamaya-->okey la...
~CSI-->sume skali teman tgk..kompem
~conan-->ikut adik la ni..
~cardcaptor sakura-->gila tol,,besaq2 tgk citer lagu nih..

5 hobi kamu

~tgk novel-->kita membaca keyh, salah frasa tu.
~amik gambar-->kot, xsure plak
~sumbat telinga-->mp3 mesti ada
~baca hati orang lain-->eh betul ke??
~berangan-->erk,,,,no komen.

5 tempat percutian

nak jalan 2 kat...
~ Beijing
~Seoul
~Miami
~Egypt
~Norway

-->walaupun ada cuti2 MY, tapi, nak jugak!!hehe
Insya Allah,kalau panjang umurku, kalau ada rezeki,
mestilah nak pergi haji dulu.Doakan jugak ye untukku..

5 sebab kamu menjawab soalan ini


~terasa nak jawab-->ada ke jawapan ni??
~macam best
~meneruskan perjuangan blogger2 sebelum ini yg mentag orang
~tak busy
~update blog la,,pe lg..

5 orang yang hendak ditag

~athirah sobri-->dia bgtau, teman ngan aina je
yg tarak fb(dlm kelas kami la)
~izati ijhar
~ummi aqilah
~mar
~syahirah yazid

Thursday, May 20, 2010

siapakah orang yang...

dimulakan dengan nama Allah swt

Assalamualaikum semua,,hehe,,nak kongsi sesuatu..
tadi masa kemas2 bilik,terjumpa pulak satu buku nih,,kecik jer,,tapi,,sangat berguna tau!!

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya. Seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata " Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." lalu sambil berkata," Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini." sambil mengukir senyuman(O_o)

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpuk harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia PERTENGAHAN namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas ialah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak jkerana telah menggunakan akalnya sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan neraka.


p/s:renung2kan dan selamat berenung!! <--jangan ikut,nanti semua kerja xjd



Tuesday, May 18, 2010

kAhwIn...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.pe kabar ye semua??harap2 semuanya dalam keadaan sihat dibawah lembayung kasihNya. kali ni just nak kongsi pasal kahwin. kenapa pasal ni??ada lar...tapi yang penting bukan teman nak kahwin lar...bukan sekarang keyh..bukannya tetiba je nak cakap pasal ni,,tapi diatas beberapa sebab...

1. hari tu tertengok rancangan 'cari menantu'.

2. my bro nak tunang beb. belum nikah lagi..tunggu.. kata dia.

3. tadi ada budak kecik datang umah semata-mata nak anta kad jemputan kahwin.

okeh,,kahwin,,

Sabda Rasulullah SAW:
"Perkahwinan itu sunnahku.Sesiapa yg menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku"
(Riwayat Bukhari)

"Mahukah aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki? Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia(suami) akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu, dia(isteri) akan taati dan jika suami tiada dirumah, dia(isteri) akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.
(Riwayat Ibnu Majah)
Firman Allah s.w.t:
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah menjadikan untukmu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram(Sakinah) disampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir"
(Ar-rum : 21)

"Dan kahwinilah orang2 bersendirian diantara kamu, dan orang2 yang layak (berkahwin) dari hamba2 sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. dan Allah Maha Luas(pemberiannya) lagi Maha Mengetahui."
(An-Nur : 32)
kat atas ni, ada 4 dalil. 2 dari Al-Quran dan 2 adalah hadis. Ini, baru sikit je dalil pasal perkahwinan. Banyak lagi dalil yg kita boleh dapat dari sumber utama kita, Al-Quran dan As-sunnah.

boleh dikatakan musim cuti sekolah, sinonim sangat dengan musim orang kahwin nikan.bagus la tu, benda baik ni, tak baik ditangguh-tangguhkan. lagipun, kita boleh elakkan perlakuan2 yg ditegah agama..ye tak??



tapi,,kadang2 perkara2 yang baik2 nih, boleh terhalang gara2 sikap manusia itu sendiri. contohnya, berkaitan dengan mahar. ingat tak???
"Sebaik-baik wanita adalah yang rendah maharnya, cepat kehamilannya dan ..."
tadaa..tak ingat lagi satu..apa yerk???kalau tau,,kongsi2 la..haha..hancus sungguh teman nih..

okeh,,cuba fikir2 sejenak,,kalau pihak perempuan letak 1 jumlah, yg agak besar, mesti akan menyebabkan pihak lelaki menangguhkan dulu pernikahan tersebut.Kenapa?? sebab dia kena sediakan hantaran yg pihak perempuan minta. ditambah lagi dengan mas kahwin yang wajib dibayar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan, yg telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Hoho,,bila masalah tak seberapa ni yang berlaku, akan menyebabkan pasangan2 yg hangit berchenta melambatkan lagi pernikahan mereka dan memudahkan pula tugas makhluk terkutuk itu,,untuk menghasut pasangan ini, untuk melakukan perbuatan terkutuk pula.
Hal kedua nak dikisahkan ialah...pembaziran.
mentang2 la, kahwin tu sekali seumur hidup,,eh yeke??ada je yg banyak kali..tapi,,kahwin nak yg grand2 punyer,,tak nak yang simple2. ingat tak,,,membazir tu sikap siapa??haha,,macam budak tadika pulak ek. saja nak mengingatkan.

tengok je kad dia cmne. walawei,,gilaks punyer,,kad bukan sebarang kad tau, kadnya,, macam ne yer??? erm,,kalau org konvo, ada dapat buku tebal yg macam fail tu kan,,hah,,kadnya, macam tu la.pergh,,,teman cakap kat ibu teman,,kaya kebenor orang nih.kad je dah macam ni. kahwin nanti cmne lar.
tapi,
pointnya apa ye?? ~mestilah jangan membazir. yang kita nak dalam perkahwinan apa??
keberkatan
bukannya nak membazir tak tentu pasal hanya disebabkan nak menunjuk-nunjuk.
haih,,orang sekarang, tak paham den..

lagi apa yerk pasal kahwin nih??owh yerk,, cakap pasal keberkatan...
sebenarnya, bila nak kahwin ni, bukan setakat keberkatan dalam perkawinan tu je yg perlu dititikberatkan. tapi dalam perhubungan itu sendiri,,sebelum bernikah la terutamanya. Bila kita menjaga perhubungan itu bermula dari sebelum pernikahan lagi, insya Allah, keberkatan akan mengiringi perhubungan itu. contoh...haha,,dah baca buku'Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul'? bacalah..sangat best,,dah baca yg tu, baca pulak 'Denyut Kasih Medik'. tapi yg kedua ni novel la. Hah yang ni, memang sangat teman suka+kagum. ye la, suami isteri menulis, dengan tujuan untuk berdakwah. sweet kan..(~.~)

*Baitul Muslim*

*haha,,rembat gambar orang..


Friday, May 14, 2010

award??

dimulakan dengan nama Tuhanku

Assalamualaikum,,hari ni,,tak tahu, kenapa macam rajin sangat ler nak melayan benda nih,,,owh,,teman dapat award,,lama dah,,dari bulan 3 lagi,,teruk betulkan..ni, takde kje,,sebab tu kot dok melangut depan notebook nih,,



tadaa..hehe,,first time lorh,,skali dpt,
dr 2 org trs,,




I. Thank and link the person that give you the award
ada 1makhluk,,tapi 2 nama..tima kace wat mereka..hehe
syahirah yazid~juniorku
diyana~member plkn



II. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
huih,,sikit punya ramai,,nak bagi kat,,
ummi aqilah,,muhsinah,iejan, sabrina,huda,,athirah sobri,abell,
kak ju, mar, nadhirah,ratna ngan cik puan mimi,,
bagi kat owg2 ni je ble x??
ble je..



III. Contact said blogs and let them know they've won the award
okeh,,no prob..



IV. State 7 things about yourself
apa yerk???
pakai spec pastu,, kasar ke ganas??
banyak cakap tapi..diam dgn org yg xrapat..
dah 4 da..
xpe,,bio kureng 3..






Monday, May 10, 2010

kenapa???

dengan nama Allah, ku mula bertinta

erM,,
pErnah terpIkIr PasaL ni tAk?
baYangKan piSau daN peLurU..

keNapa??
pIsau yaNg taJAm..
kaLau kiTa hIris jaRi kIta siKit jE..
sLow puLak tu
dAh bOleh bERdaraH..
kAlau lAju2 laGi laR kaN
mAu teRkoyAk terUs daGinG.
bOleh gaK mAti

Tapi..

kalaU peLuru...
kAlau kitA maIn gOsOk2 kaT mUka Pon...
taK luAk aPa2 pon..
paNas je lAr..
taPI..
kALau temBak OraNG..
probAbiliTy uNtuk
seSeorang tU maTi adAlah..
tinGgi...
sAma mAcam piSau...
???

Sunday, May 9, 2010

dah bertambah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,,hehe,,macam dah lama sangat tak update blog ni,,sampai ada orang tu mesej teman, suruh update. apa2 kisah pon boleh.ada jugak yg mintak gambar lagi,,tapi,,nak upload,,macam lama sangat,,loading jer..malas nak tunggu.dengan suasana sekarang yg asyik nak black out je,,macam leceh sangat. dan tambahan lagi kesihatan diri yg kurang sihat..huuiii,,
nak taip ni pon menggigil tangan.

nak cerita apa yerk??? tak tahu nak cerita apa.
owh ye,,terima kasih yerk kepada sahabat2 yg ingat ulang tahun hari ulang tahun kelahiran teman dan sanggup menghabiskan kredit utk meng'wish' teman. hehe..susah2 je..(poyo giler!!)
Alhamdulillah,,tak sangka dah 19 tahun teman bernafas kat bumi ni..sekejap je,,ye lar,,rasa macam baru je pakai gaun ada corak tembikai..haha,,banyak2 gaun masa kecik,,gaun tu yg paling suka dipakai..hancus sungguh,,padahal banyak lagi gaun yg ada renda2 tu.

Alhamadulillah, masih diberi peluang utk menikmati segala nikmat kurniaan-Nya. tapi,,tak serik2 sebab jarang bersyukur. hehe,, tapi, teman harap, dalam hidup teman, hari2 yg akan datang,, setiap denyut nadi teman, teman dapat sebut nama Dia, setiap helaan nafas teman, teman sentiasa ingat Dia. moga2 teman dapat mati dengan iman masih dihati...Amin..

erm,,
cuba teka,,teman dapat hadiah apa??
haha,,macam lawak pulak dah besar2 dapat hadiah lagi..
erm,,angah belanja kek coklat,,secret recipe punye,,pastu,,bakal kakak ipar teman,,insya Allah,bagi lampu tidur, ibu pulak belanja makan.

tapi,,hadiah yg best ialah..
sebab ibu ada wish teman...

maybe bagi orang lain, kalau mak sendiri yg wish, tu dah selalu,,tapi teman,,dah lama tak dengar mak teman wish, sampaikan teman lupa,,perasaan hepi atau bestnya celebrate birthday sendiri.
nak tau kenapa??

heh, ni bukan cerita sedih yerk,,tapi kalau nak sedih,,sedih lar sorang2.

erm,,yg teman ingat, last sambut, masa umur 5tahun. masa tu, kira..dah nak tamat zaman anak bongsu lar, sebab ibu mengandung adik teman yg ke-4.
hadiah, disebabkan teman nak tau perasaan budak2 perempuan lain, yg dapat teddy bear, teman pon mintak lar teddy bear,,tapi bukan bear pon sebenarnya, tapi arnab.
hehe, tapi, oleh sebab dah terbiasa main mainan budak lelaki ceh, mainan lego je padahal,,arnab tu dah terbang masuk stor.
kalau tak caya..caya2 kan ler.

masuk tadika, teman tak suka celebrate bufday sebab teman rasa macam budak kecik je( macam lar dah besaq sangat). tapi, dalam family, kitaorang still lagi sambut. baca doa selamat pastu belanja makan. kalau tak pon ibu masak special sikit lar dari biasa. sampai lar darjah 6.
DAN, darjah 6 tu lar, kali terakhir teman dengar mak teman wish teman.

sebab, malam bufday teman tu, kami,,1 family keluar utk pergi makan. baru je order,,abang saudara teman call,,beritahu yg atuk teman dah meninggal. padahal, masa tu, baru je,amik ibu dari rumah atuk kat taman U, nak pergi makan. sebab ibu teman yg jaga dia. tapi, nak buat macam mana, dah takde rezeki ibu teman, utk ada kat situ masa arwah atuk teman meninggal.
memang time tu, ibu teman terus cancel order kita orang, patah balik pergi rumah atuk. hui..pergi kedai makan tu, takde lar jauh sangat pon, kat area2 tu jugak. kesimpulannya..
bufday teman=atuk teman meninggal.

masuk form 1, memang dah takde dah family teman yg wish teman utk bufday. sampai lar tahun lepas, 2009. sebab tu la, bila ibu teman wish hari tu, macam terharu jugak la. pastu, angah beli kek, serious, malu pulak nak potong kek.haha..nasib baik takde nak menyanyi2 nih.merepek je...

pengajarannya..
~bersyukur dengan apa yg ada.
~makin lama, masa kita makin pendek, hargai masa yg ada untuk kita, dan dia yg kita sayang.
~kepada sesiapa..yg merasakan hidup teman ni sentiasa gembira serba-serbi,,yg pernah mengatakan bahawa,, teman tak tahu erti kesedihan hidup,,percayalah,,setiap manusia ada ujian masing2 yg harus kita tempuhi, bezanya jenis ujian itu, masa dan bagaimana kita mengharungi ujian tersebut atau lebih mudah..cara kita pandang ujian itu sebagai apa???
kita kena optimis,,cewah macam lar teman ni optimis sangat.
~jagalah diri anda kerana..kesihatan itu adalah hadiah yg tak ternilai..hehe