Saturday, July 31, 2010

apa yang teguh??

بسم الله الرمن الرحيم


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus menghirup udara dibumi ciptaan-Nya. 
Akhir-akhir ni, semakin ramai pula sahabat2 teman yang demam dan ada juga yang suspek denggi Semoga mereka semua cepat sembuh. insya Allah. Dan salah seorang dari mereka ialah Asma binti othman jalaluddin aka aboj. Insya Allah, esok, kalau takde aral melintang, teman dan beberapa orang sahabat yang lain akan melawat dia di hospital pusrawi, KL.

owh, yang penting, Mardiah yg lead jalan. sebab semuanya bukan orang KL. haish, mereka2 yang dok dekat2 semuanya dah selamat berada dirumah masing2.
***********************************************
 
tak sangka pulak, pejam celik, pejam celik, dah hampir sebulan teman bergelar pelajar degree. kalau dulu, cuma berada dilaman universiti, kini teman akan meneruskan langkah untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi dengan menaiki tangga. harap2 teman tak tergelincir ditengah jalan. insya Allah.

tergelincir dipertengahan jalan. risau pulak bila memikirkannya. mungkin, kalau kita tak nak tergelincir, kita perlu berpaut pada sesuatu yang kukuh, yang dapat menyokong kita. walaupun sesuatu itu nampak kecil atau kelihatan goyah, tak mustahil, sesuatu itu yang mampu menampung kita, membantu kita.

begitu juga kehidupan kita. mungkin satu masa nanti, kita boleh 'tergelincir'. tapi tak bermakna kita akan terus terjatuh, terduduk tanpa sempat menyelamatkan diri kita. Lazimnya, tindakan spontan, refleks akan terjadi. contohnya, kita cepat2 sambar tangan orang yang terdekat dengan kita bila kita tergelincir sebab terpijak kulit pisang. kalau kat tangga, kita boleh berpaut pada pemegang tangga. 

dan akhirnya, kita terselamat dari terjatuh. 

tapi, kalau kita 'berpaut' pada sesuatu yang lemah, tak mustahil, bukan setakat terjatuh, malah sesuatu itu pon akan terjatuh bersama-sama kita.mungkin juga ia akan menimpa kita. bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. mesti lagi sakitkan...
sesuatu yang sangat teguh untuk kita berpaut padanya ialah ISLAM

dengannya, insya Allah, kita sentiasa kuat, sentiasa terpandu arah hidup.
tanpanya, kita boleh hilang pedoman dan melakukan sesuatu yang melampaui batas.

~amalkan cara hidup Islam sedikit demi sedikit dengan keikhlasan dihati. bukan Islam hanya pada nama. 

wasalam~




Saturday, July 24, 2010

sekolah pelajar hamil??

بسم الله الرمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.

erm,,tadi macam berjalan kat alam maya ni..then terjumpa sesuatu.

ianya berkisar tentang kerajaan negeri Melaka yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah sekolah, khas untuk PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN yang mangandung. 

erm,macam pelik pon ada, sebab apa pelik, erk, fikir sendiri. tapi, tujuan nak bina sekolah tu supaya pelajar2 yang hamil ni tak buang anak2 mereka dan dapat meneruskan pelajaran masing-masing.

kiranya, macam nak banteras la kes2 buang anak ni. Pastu, kalau pelajar2 yang hamil, tapi bukan penduduk negeri Melaka, juga dibenarkan untuk belajar disekolah itu.
oleh sebab sekolah tu memang dikhaskan untuk pelajar2 yang hamil, maksudnya,  anak hasil dari hubungan yang sah atau tidak, ibu2 muda ini akan belajar disekolah yang sama. huhu, sekolah untuk ibu2 muda eh??

erm, undang2 di negara ni, memang la takde tulis yang pelajar2 tak boleh mengandung, tapi, kalau nak kahwin tu, ada syaratnya. zaman sekarang bukan macam zaman dulu. kalau dulu, pemikiran orang2 muda ni lebih matang berbanding orang2 muda sekarang yang lebih banyak memikirkan keseronokkan. 

persediaan dari segi mental tu pon penting jugak, bukan persediaan dari segi fizikal jugak. haish, ingat kahwin tu setakat nak sambung zuriat je ke??

rasanya erti dan tujuan perkahwinan bukan itu saja ba~
tiba2 pula terfikir...pelajaran didunia ini lebih penting kot kalau nak dibandingkan dengan kekuatan spiritual dalam diri kita yang mampu membentuk diri kita juga..yup, biar kita berlari kepada Dia!! Dia mampu tolong kita..
pilih mana ye,,sekolah hamil atau sekolah pemulihan akhlak??
tak mustahil kalau mereka2 ini tak disedarkan, maka sejarah akan berulang. kita cuma manusia biasa, perlu saling mengingatkan, membimbing antara satu sama lain.
buang yang keruh, ambil yang jernih.huu~ 


sumber


kematian..

بسم الله الرمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.
kematian adalah sesuatu yang pasti.
bila tiba saatnya,
tak kira dimana,
dengan siapa,
kita pasti pergi.



Friday, July 23, 2010

luka..

بسم الله الرمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.

semakin rapat kita dengan seseorang,
semakin kerap kita melukai hatinya.

Thursday, July 22, 2010

cuma seorang..

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt.

haish, macam tak tahu nak tulis apa2 yang macam berilmiah disini. ketandusan idea, kekusutan fikiran dan bla..bla..

tapi just nak kongsi pasal kasih sayang ibu bapa pada anak..

2-3 hari lepas, call ayah, cakap nak balik..biasalah, bila ada gangguan emosi, teman jadi homesick pulak. kalau sebelum2 ni, just tahun2 exam besar je yang macam homesick, sekarang tak. tak de papepon, boleh homesick. huhu, cdey saya..

yah, nanti, minggu ni ain balik tau.

kenapa nak balik?

saja je.

naik apa?

 naik bas la.

dengan sapa?

sorang je.

takde kawan ke nak balik jugak?

entah, takde kot.

tak payah balik la. tunggu la, kalau ada kawan nanti, baru balik.

ala, kalau tunggu kawan, tak tau bila boleh balik. nanti,dia busy, ain free. kalau dia free, ain pulak yang busy.
malas la.

ni, ibu nak cakap.
..............................

akak nak balik sorang?

ha'ah.

tak payah la balik, sekarang bukan macam dulu. dulu angah ada, boleh balik sekali. ni. dah tinggal sorang, tak payah la balik.

ala ibu...

ni kalau balik nak buat apa?

ada nak amik barang............
....................

lah, tak payah balik la, biar ibu ayah je yang pergi sana.

ala ibu,,,saya nak balik la...

tak payah balik...cuba dengar cakap ibu ni. awak tu perempuan, sorang je anak ibu. penat tau bawa 9 bulan, tu pon tak nak keluar jugak. nak suruh keluar pon susah, sampai nak kena operate2. 
biar ibu ayah accident, mati tengah jalan,asalkan awak tak diapa-apakan orang.
diam..nak nangis..
hah, tak payah balik. biar ibu ayah je pergi sana.
erm, tak payah la. pos je pon boleh.
hah, dah, nanti bagitau barang apa lagi nak amik.
erm...ye lah. 
..................................................................................
adeyh,,setiap kali ingat, mesti rasa cdey je. ye la, sampai macam tu sekali, mau tak menangis. balik, memang nak balik, walaupun jadual macam dah penuh. haish. udah besar2 ni la baru nak homesick, masa kecik2 dulu tak pulak. hampeh sungguh.
tapi, sampai sekarang, tak bagitau pon, barang2 yg nak amik tu, sebab tak nak mereka2 itu datang. bukan tak nak jumpa, tapi takut tak kuat.

~kasih sayang tak boleh dijual beli.
~hargai kasih sayang mereka yang sudi memberinya kepada kita.
~belum tentu kita boleh dapat kasih sayang yang lebih baik seperti itu, dari manusia.
~hargai masa yang kita ada bersama mereka..



Sunday, July 18, 2010

ku semakin lemah..

dengan nama Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Memahami

Assalamualaikum wbt.

tiba-tiba je rasa ada perubahan dalam diri
tak tau kepada yang lebih baik 
atau
sebaliknya...
harap-harap kepada yang lebih baik..
insya Allah
 
sebabnya..
akhir-akhir ni..
macam terlebih sensitif..
selama ni..
ada certain2 perkara 
macam tak kisah je..
lantak la..
 
tapi, sekarang..
walaupun perkara yang sama..
tapi penerimaan yang berlainan..
mudah terasa hati
mudah menangis


tapi,
semuanya ku pendam...
ku abaikan...
tapi,
sampai satu tahap..
kulepas semuanya dengan satu tangisan jua
aduh..
apa nak jadi ni...
ku semakin lemah..
tak berdaya...
 
Dia menguatkan hatiku..







Thursday, July 15, 2010

dia dan Dia

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui
 
semalam,
aku sedih
aku sakit
aku menangis

ku cari dia dan Dia
pada dia kuberkata
pada Dia kuberbisik
dia mengembirakan diriku
Dia menenangkan diriku

dia menasihatiku
Dia membantuku

dia mengenaliku
Dia mengetahui diriku
 
dia jauh
tapi dekat dihati
Dia tak kelihatan
tapi sentiasa disisiku


dan aku
masih menyayangi dia
masih belajar untuk mencintai Dia
sepenuh hatiku

dan kini
aku tersenyum mengingati 
hari semalam
 
dalam sekelip mata
dia sudah membuatku tersenyum
Dia  membebaskan aku 
dari belenggu






Friday, July 9, 2010

sekejap je..

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat-Nya kerana masih memberi peluang kepada teman untuk terus bernafas dengan sihatnya

Minggu lepas dah daftar u, dan taaruf.
minggu ni daftar kursus pulak..
ada 17 kredit,
maksudnya, course akaun la tu.
cuak jugak tengok masanya.
pagi, sikit je kelas,
petang ke malam,
ahha...

ada program pengukuhan bahasa.
BI dan BA.
daftar itu dan ini.
berkumpul disana dan disini.
tapi, 
Alhamdulillah,
semuanya dipermudahkan.

balik usim, 
jumpa kawan2
ada jugak yang pindah, pergi maktab la, spa la.
tapi, 
yang sedihnya, 
cuma teman dan izzah saja disini.
nas, nana ngan paeh dah pindah
pandan indah.
sherot plak pindah spa.
nak jadi nurse.
mai ngan fahmi pindah maktab
huhu, cdey saya..

tak pelah, 
rezeki Allah dimana saja.
ada jodoh,
insya Allah,
kita bertemu lagi.

semoga ukhuwah yang terjalin akan berterusan dan tidak terputus.
selamat meneruskan pengajian kepada kita semua!!!

Friday, July 2, 2010

sayonara....

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt
hype, ni post last sebelum terbang pulang ke USIM esok hari..
insya Allah, bila dah balik sana,
akan menjadi semakin sibuk 
dan
mesti macam malas nak update sangat blog ini.

owh, kepada sahabat-sahabatku,
selamat pulang kepada yang lama
dan 
selamat datang kepada yang baru.
 
okeh, jumpa esok!!
wasalam.