Tuesday, January 29, 2013

dulu lain, sekarang lain~

Dengan nama Allah Yang Maha Melihat  dan Maha Mengetahui

Alhamdulillah. Masih bernafaskan? Alhamdulillah.

Sekarang sedang bercuti sem. Sebulan, insya Allah, tapi 3 minggu kat rumah, seminggu lagi di Bangkok. insya Allah.

Oleh sebab sekarang ni sedang bercuti, maka, duduk dirumah, terkulat-kulat seorang diri. Macam2 yang saya buat, belajar memasak, tengok movie, dok kemas rumah dan lain2. Rumah ni, walaupun cuma 3 orang dewasa je yang tinggal, tetap kena bersihkan setiap hari sebab setiap petang, Cik Hanan atau Encik Arman datang berkunjung  untuk menyepahkan kembali. Ehem, penat betul layan budak2 yang nak membesar ni.

Owh, tengah cutikan. Ada la tv kat rumah. Walaupun saya sangat tak berminat nak tengok tv ni, tetapi, ku gagahkan jua untuk membukanya. Kot la ada cerita best~ Maka, kesimpulannya, memang tak seronok ye rancangan2 sekarang. Merepek dan kesian juga pada pelakon2 tertentu.

Sebagai contoh, SPANAR JAYA--> ntv7
Cerita ni memang dah lama. Zaman bila, saya tak ingat, yang saya ingat, dulu, memang saya layan citer ni sebab best(dulu la). Ada juga pelakon cerita ni yang dah meninggal. Pelakon yang saya kesiankan, mestilah kak Wardina. Sebab dalam cerita ni kan, dia tak pakai tudung lagi. Sekarang dah tutup aurat, comel gitu. Erk, orang2 tv ni pon, kut ya pon, consider la sikit pasai benda ni. Memang lah dah jadi hak milik mereka, tapi, ia berkait dengan maruah orang lain. Camni la manusia, fikirkan keuntungan sendiri je.

2nd, filem AKU MASIH DARA.
Yang, ni sah2 la kat astro dok ulang tayang. Dalam ni, macam lebih sikit. Sebab ada Diana Amir dan Raja Farah.Alhamdulillah, mereka pon da bertudung sekarang. sikit-sikit la dulukan~ 
janji ada usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

moga Allah reda dan bantu kita untuk berubah~


Tuesday, November 13, 2012

Dua Dunia

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah







 Kita.
 Dari dunia yang berbeza.
Tetapi.
Kucuba curi-curi masuk ke dunia yang lagi satu!!
Ingin mengenali.
Ingin menyelami.
Kupasti!!
Akan adanya intersection antara 2 dunia ini!!
Kerana.
Antara kita, pasti ada persamaan.
Aku pasti.

 


Wednesday, July 25, 2012

berubah.


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, sekejap je masa berlalukan. Dah habis sem 4 dan dah berpuasa untuk beberapa hari. Begitu pantas masa berlalu, tapi, adakah kita masih ditakuk lama?

Mungkin ya bagi sesetengah orang dan mungkin tidak. Saya percaya, ramai yang telah berubah. Dari segi pemakaian, pertuturan, cara berfikir, tingkah laku atau lebih mendalam lagi, hati pun turut berubah!!

Alhamdulillah dan tahniah kepada anda yang berjaya berubah menjadi insan yang lebih baik. Takziah buat anda yang telah berubah sedikit menjadi kurang baik. Tak apa, kitakan manusia, sentiasa lupa, alpa dan sering melakukan kesilapan. Iman kita turun dan naik. Jadinya, tak salahkan kalau kita rebut peluang bulan yang meriah ini dengan berhijrah pada kebaikan. Biar orang lain tidak nampak perubahan kita asalkan kita dapat merasa kemanisan perubahan itu.

Tak semua orang berani untuk berubah kepada kebaikan. Tetapi, ramai orang berubah pada keburukan. percaya tak??

Kalau sebelum ni, kita tak pakai tudung,sekarang kita pakai tudung. Mungkin orang sekeliling kita akan gelakkan kita, siap bertaruh lagi, berapa lama kita boleh bertahan untuk kekal sebegitu.

Kalau sebelum ni kita bercinta, berpegangan tangan dan berpelukkan dengan bukan muhrim. Sekarang kita menjaga, membataskan pergaulan kita. Mungkin pasangan kita akan meninggalkan kita.

Kalau sebelum ni kita taat pada ibu bapa. Sekarang ni, kita sanggup mengecilkan hati mereka semata-mata ingin menjaga hati pasangan kita.

Setiap orang perlukan perubahan. Setiap orang ada turning point masing-masing. Cepat atau lambat, kita tak tau.

Saya kenal seseorang yang berubah bila memasuki fasa baru dalam hidup dia. Menjadi lebih baik. Tak semua orang boleh berubah menjadi lebih baik bila masuk alam baru. Sebagai contoh, tak semua pelajar sekolah agama dapat mengekalkan identiti dia yang baik selepas habis sekolah. Itu, namanya pengaruh. Kawan, keluarga, persekitaran dan lain-lain.

Saya kenal dia. Dan dia berubah, menjadi lebih baik. Saya bangga kenal dengan dia. Tahniah!! Semoga perubahan itu, berkekalan. Insya Allah.


Thursday, April 12, 2012

anak saudara sulung..^^

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengetahui.

Alhamdulillah.
Haip,,lama kot x update blog ni. Macam agak rindu nak menaip benda2 yang macam berfaedah. Dah alang2 cutikan, macam okey la kot kalau kongsi sesuatu kat sini. 


 ini kuning ni....


Hik..hik..alhamdulillah..ni la anak sedara yang sulung. Namanya Hanan Maryam binti Muhammad Shakir. uish,,cik ibu, tak sempat-sempat nak balik rumah, dari perak, terus singgah rumah besan semata je nak tengok cucu. Padahal, dia da tengok pepagi buta lagi kat hospital sebelum pergi Perak. Hamba yang penat ni, kena tahan, sabar je nak balik rumah.

Erk, sebenarnya, macam kurang gemar tengok baby diberi susu tepung ke susu formula ke..macam kesian kot. Hak diakan utk dapat susu dari seorang ibu. Tapi, biasa la, sekarang ni, orang dok sibuk dengan kerja. Tu belum tambah lagi kalau sememangnya susu badan mak dia kurang. Lagi la kesian. T__T

Bila tengok anak orang ni (memang la anak orangkan, takkan anak kucing plak), macam2 terfikir..
anak tu kan, rezeki, sedangkan orang miskin sekalipon, walaupun sikit, tapi, Allah tetap beri rezeki untuk kita makan, apatah lagi untuk anak kecil.

tapikan, erk....macam faham tak?? dengan dunia sekarang, rasanya cabaran untuk mendidik dan menjaga seorang anak, bukannya mudah. Dengan pelbagai anasir yang datang macam taufan ala2 membawa bah menyerang kita, sesungguhnya, kepada ibu bapa dan para bakal2 ibu bapa, ujian untuk mendidik anak2 anda sememangnya memerlukan kekentalan fizikal dan mental.

Bila anak2 ni dah semakin membesar dan mula mengenal dunia luar, mesti lagi mudah untuk dia orang ni terikut-ikut. Nak melentur, biar dari kecik, kalau da besar gedabak, dah tak boleh lentur, tapi kena sentuh dengan hati, bak tarik rambut yang tersmbunyi kat tepung, rmbut tak putus, tepung tak berselerak.(ermm, patut kalau nak masak kena pakai tudung jugak, supaya rambut tak termasuk dalam tepung..ish, kebersihan sebahagian dari iman..)


p/s: Insya Allah, anak buah lagi sorang, otw..hehe..insya Allah,,bulan 6.

Monday, January 30, 2012

Jodoh, sudah ditentukan.

Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui.


Cuti..cuti  sebulan..
Alhamdulillah..dah hampir seminggu bercuti, makan pon sedap ja..haih,,makin montel la nampaknya balik Nilai nanti. (*_*)Y

Balik rumah, setiap minggu ada undangan perkahwinan, dan hampir semuanya hidangkan nasi minyak. Mentaliti orang melayu, majlis perkahwinan mesti nasi minyak. Nasib baik masa abang-abang saya kahwin dulu, tak da langsung nasi. Kalau ada pon, nasi impit je. Erk, ibu saya cakap, nanti saya kahwin, dia nak buat pau. Hehe..

Satu ketentuan
Erm, cakap pasal jodoh, bukan senangkan nak tahu seseorang tu adalah jodoh kita atau tak. Sebab tu la, kita dianjurkan untuk melakukan solat istikharah. Supaya kita yakin dalam membuat keputusan sebab kita telah di'bantu' oleh Allah swt untuk untuk membuat keputusan tu. ^^
Allah swt Maha Mengetahui, dan Dia telah menentukan yang terbaik untuk kita.

Kenapa nak cakap pasal ni?

-Sebab pergi rumah orang kahwin, ramai yang dok tanya umur, belajar lagi ke, bila lagi nak ikut abang??

Hehe,,teringat pulak seorang kawan sekolah dulu yang dah selamat pon melahirkan seorang anak lelaki tahun lepas.Jodoh dia cepat, tak pa..

- Sebab semua pelik bila diberi jawapan tak dak calon..

Mulut manusia kan, susah nak tutup, susah nak kawal. Kadang2 terfikir, mungkin sebab risaukan anak2 takde calon lah, ibubapa zaman sekarang tegar membiarkan anak2 mereka hidup dalam maksiat. Bercinta, dating, berpegangan tangan, berpelukkan, berlaga pipi...

Sesekali, terlihat kawan2 sendiri sekalipon, makan duduk saling berhadapan, tertanya-tanya..apa yang penting sangat sampaikan waktu makan pon nak kena bincang lagi, tak da langsung ke perasaan malu berhadapan dengan kaum Adam?? Entah lah, saya masih kolot. Maafkan saya, saya tak selesa dengan apa yang kalian lakukan. Cuma, hormatilah juga orang sekeliling anda.

Kadang2, macam nak cakap je kat makcik2 ni, kalau ada jodoh saya kat dunia ni, ada la. Kalau xda, saya jumpa kat syurga...hehe..insya Allah..

Risau - Tak perlu risau andainya jodoh lambat tiba, sebab janji Allah adalah pasti. Yakin, itulah yang kita   perlukan.

Bahagia dalam melakukan dosa? Susah juga ni..Tapi, percayalah, tiada berkat dari Allah walaupun anda bahagia dalam perhubungan. Mungkin juga tidak akan berkekalan, mungkin juga sering bermasalah.

Buat pasangan yang bercinta dan telah selamat ke alam perkahwinan, walaupun pasangan anda telah menjadi suami/isteri anda yang sah, ketahuilah bahawa dosa kalian sebelum bernikah itu KEKAL, melainkan di'basuhi' dengan taubat nasuha.

Tapi, kita manusia biasa, apa yang dilarang, itulah yang dibuat. Mungkin sebab kita tak dapat didik nafsu kita dengan baik, sebab kita tak dapat lawan bisikan musuh kita. Wallahualam.








p/s: Takziah buat akh Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin(YDP MPP 11/12) dan keluarga atas pemergian ayahanda         tersayang.
        Beliau sudah diuji, kita, bakal diuji.