Sunday, September 26, 2010

operator lelaki..

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana nih. bila baca post seorang sahabat yang terlibat dalam kemalangan, mengingatkan aku tentang kematian yang boleh jemput kita pada bila-bila masa. entahkan sempat atau tak untuk bertaubat sebelum aku pergi nanti...
okek,, mukadimah yg macam tak sesuai dengan topik sebenar..tapi,,tak pe la, sebagai peringatan pada kita.
hari ni, seorang housemate ni baru beli no hp baru. x-pax. dia nak aktifkan gprs, tp xble. yg hamba ni, nak menolong, last2, hp hamba juge yg diaktifkan gprs tuh. terbalik pulak. patutnya dia yg dok bercakap ngan operator tuh. ni, hamba pulak.
bercakap pasal operator telefon ni, haish. memang sangat tak best bagi pihak ana le. sebabnya, setiap kali call, tak kisah la pasal hp ke pasal bank ke, mesti lelaki yg jawab. bak kata Ihan, nasib hamba ni malang sebab kena berbicara dengan mereka. 
cuma sekali je perempuan yg layan. tu yg sedih tu. walaupon tak nampak muka, tapi, entah kenapa,,
malu jugak. muka terasa berbahang jerk.sebab  tu kena cakap dalam bilik je, tak nak orang lain tengok.huu~
tapi suara,,kena control selamba. cccceeeettttt,,takkan nak dyorg tau hamba tengah segan berkata-kata.
tapi hari ni, rasanya makhluk sebelah sana tau hamba tengah gelabah, boleh pulak dia gelakkan orang. hampeh,,ingat aku tak tau!!kalau kita senyum sambil bercakap, suara kitakan akan berubah sikit. lorh,,malu den. 

kesimpulannya, operator2 diluar sana, jangan la gelakkan orang, buat tak tau sudah...







Thursday, September 23, 2010

rindu...

بسم الله الرحمن الحيم
 
kalau rindu, 
pandanglah ke bulan...

Friday, September 17, 2010

kenapa SAtu?


بسم الله الرحمن الحيم

Tuhan memberikan kita 2 kaki untuk kita berjalan,
2 tangan untuk kita memegang,
2 mata untuk melihat,
2 telinga untuk mendengar,
tetapi,
mengapa Dia hanya menganugerahkan
1 hati pada kita?

Wednesday, September 15, 2010

raya..

 
بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. hehe,,nak letak gambar raya disini. tapi tak ble letak banyak2. sebab malas nak edit lebih2.pemalas punya orang nih!!!  mula dari belakang ek..
 
 ni, adikku yg ke-4. kat rumah mak andakku. yang kelakarnya, masa dia tgh syok posing kat tepi kereta abg sedara kitaorg ni,
alih2 je kereta ni berbunyi ea. ingatkan dah kene panggil tuan punya kereta. tiba2 je ada suara keluar bagi warning. haih, memang dia kena gelak la ngan kitaorg. 
yang aku, mula2 ingatkan kete wira, tapi diubah jd nmpk sporty sket. pusing2. tak jumpa pon
-proton wira-
tiba2 je ayah cakap-->kete ni la org selalu guna dlm filem2.
masa tu terbayang cerita-->tokyo drift..
pergh,,boleh la balik n9 dengan abg razaini..
haha ;>






ni,,erm,,owh,,yg kat tgh tu along. tepinya  angah dan aku.
teruk betul adik2 ku tu. sibuk nak duduk juge.










ni, sebelum gerak g beraya. ibu dah bising2 sebab aku sibuk no
nak amik gambar..huhu


hehe,,masih lagi dapat duit raya....
wasalam.

Monday, September 13, 2010

petunjuk

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah selamat berpuasa, selamat beraya selamat juga pulang ke rumah.

beberapa jam sebelum menyambut 1 syawal, seorang sahabat plkn menghantar mesej pada teman. biasalah, dah nak raya, keluar segala ucapan yg nak diucapkan.

tiba2 je dia tanya, kalau cakap pasal kebaikan orang, tu pon dah dikira mengumpat, kalau cakap pasal keburukkan orang?
 mana lagi baik, pakai tudung pendek sebab Allah atau pakai tudung labuh sebab organisasi?

walawei, bagiku soalan tepu time2 gitu, lemah den.

masa tu terdetik jugak, tiba2 je tanya, sebelum2 ni takde pulak. ada problem ape minah sowang nih.
then, jawab la, kalau ckp yang baik2 mengumpat, yg buruk2 bukan setakat mengumpat, tu siap dengan kutuk2 lagi ada la.

last2, aku juge kena marah. sempat lagi nak main2 kan org.

tapi, soalan kedua, kucuma jawab bergantung pada diri sendiri. ada je ayat Quran yg maksudnya, apa2 yg kita buat, depends pada niat kita. kalau niat kita kerana Allah, insya Allah, dapat pahala, kerja yg kita buat tu pon dikira sebagai ibadah. kalau kita buat sebab nak dapat duit ke, sebab orang lain ke, harta ke, kita dapat jugak apa yg kita nak, insya Allah. tapi kerja tu tak termasuk dalam ibadah la. cuma rutin harian biasa je.

tapi, kalau pakai tudung biasa, okey je, selagi menutup aurat. ada je yg pakai tudung labuh sebab nak nampak baik atau mana2 sebab yg berkaitan la.

orang selalu cakap, kalau bab tudung, nak tunggu dapat seru dulu. hampeh sungguh. seruan suruh pakai pakaian yg menutup aurat tu dah lama dah. cuma dapat hidayah atau tak je.
tapi, hidayah tu, bukannya tak boleh dicari, kita yg kena berusaha cari hidayah, dapat atau tak, tu hak Dia, nak bagi tau tak.

macam aku dulu, start pakai tudung masa darjah 5. budak2 semua cakap, lambatnya, aku pakai tudung. diaorg semua dari darjah 1 lagi dah pakai tudung. masa darjah 5 tu pon, aku pakai sebab ikut2 orang je, sebab makcik aku pakai tudung. tapi, alhamdulillah, Allah bagi hidayah padaku untuk terus tutup apa yg perlu ditutup. mungkin, masa kita cuma nak ikut2 orang tu, just nak cuba2 sekalipon, kalau Allah nak bagi kita petunjuk, nak bagi kita cahaya, boleh je sebenarnya. sebab tu semua hak Dia. kita bukannya siapa2 yg nak persoalkan bila kita nak dapat hidayah tu.

pendek atau labuhnya tudung bukan ukuran pada iman dan takwa kita. kadang2 persekitaran yang mempengaruhi pemakaian kita.

bab fesyen2,, buat apa yang hang pa nak buat, asalkan tutup aurat. kalau dah teringin kebeno nak pakai selendang tu, carilah yg tebal+panjang+lebar. aku tengok, ada je orang arab pakai yang tak nampak bayang pon, sweet je tengok. sejuk mataku ni. kat malaysia, rasa macam nak lap tingkap je. berpakaian, tapi bertelanjang. terlalu mudah ikut budaya barat.

pastu, mungkin, disebabkan member ku nih belajarnya di terengganu, yang majoritinya kelantan+terengganu, so, mereka2 tak ble terima bila memberku ni pakai tudung biasa je. lagi pon, dia ni jenis selamba, jadinya ikhtilat itu pon selamba je. kalau macam kat usim tu, ada yg jaga, ada yg tak. maksudnya, pandai2 la jaga diri, pilih kawan, yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

kesimpulannya, keputusan ada ditangan anda. tepuk dada, tanya iman.

wasalam.