سم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,,
huhu,,dah lama tak post apa2 kat blog nih..
now,,just wanna share something that I get before,,
last week,,
6 & 7 March,,
pergi satu program ni kat INTI College,,
FCR,,pergi sana,,1kapal yer dengan thirah,,so,,kalau nak
tahu pape pasal program tu,boleh lar pergi blog dia,,
erm,,promote blog member ke???atau malas nak menaip nih???
erm,,blog dia ada kat sebelah kanan yew,,my crystal..
tapi,,memang banyak dapat ilmu lar,
walaupun benda tu nampak cm simple,biasa2 je,,
tapi tentu amat2 bermakna untuk orang yg memerlukannya,,
pergi sana disedarkan tentang banyak perkara,,
dakwah bukan kerja stok2 ustaz wa ustazah,,
tapi tu semua tanggungjawab kita sebagai umat Islam,,
like ukhti nadhirah said,,spread the words,,
maybe ianya hanya sebaris ayat 'Laillahaillallah'
tapi bukan mudah untuk menyebarkannya andai berbagai dugaan
yang menimpa dan tentunya bukan mudah untuk melafazkannya andai
tidak diberi hidayah..
sebab bukan kita yang bagi hidayah pada orang lain,,hanya Allah swt
hanya Dia..
contohnya...
masa PLKN dulu,,
penghuluwati non-muslim,,tapi disebabkan dia 1 kompeni ngan saya
so,,bolehlah 'masuk' jugak,,
teringat kat dia,,saya pernah dengar,, ada lar,,member lain cakap dia nak masuk Islam
sebab dia likes someone malay boy.
memang salah satu sebab untuk seseorang itu convert agama adalah kerana cinta,,
wah,,hebat sungguh kuasa cinta yg Allah kurniakan hingga mampu merubah pendirian seseorang.
teringat kat dia sebab dia pernah cakap..
~I suka tengok cara pemakaian you, selalu pakai tudung labuh.
~Aini,kenapa ek,I tengok you je yang selalu bangun awal masa hari cuti nak sembahyang kat surau.
yg lain I jarang sangat nampak.
~kenapa you jarang bukak tudung ek kalau kat dalam dorm??kan tak de budak wira.
~Aini,boleh tolong tak? you cakap kat wirawati muslim,,pergi surau cepat sikit sebab KJ(ketua jurulatih)
dah panggil tu. I kalau boleh,tak nak lar cakap,, sebab I non-muslim, nanti dia orang cakap apa pulak.
and blablabla....
dia(penghuluwati), selalu cakap yg dia serba salah nak tegur wirawati muslim hanya disebabkan dia
non-muslim.kesian jugak kat dia,tapi saya tak boleh nak buat apa2 sebab saya bukannya siapa2
pon kat situ. lagipun,,pemikiran orang berbeza2.
maybe sesetengah orang boleh cakap 'ala, tegur jela.sebagai orang Islam kitakan bersaudara"
tapi, tak semua orang Islam yg sentiasa memegang prinsip setiap orang Islam adalah bersaudara.
'ko sape nak tegur aku!! bukannya mak bapak aku pon'. dan ada sesetengah kes,,
dengan ibu bapa mereka sendiri pon mereka bersikap biadab,,apatah lagi orang luar.
cuma maybe kalau kena caranya,sesuai masanya,,insya Allah semuanya dipermudahkan.
masa PLKN tu,,memang ada terfikir nak berdakwah,,
tapi masa tu sebab fikir saya ni tak delah baik sangat,,
jadi,berdakwah dari segi akhlak sikit2 ngn dari segi pemakaian.
maybe dengan cara tu ada yg tertarik,,tapi tak pernah serius pon nak berdakwah ni.
sebab masa tu baru habis sekolah,,dan dalam proses nak mengislahkan diri.
tiba2 terfikir,,andaikata saya cuba mendekati seseorang non-muslim ketika itu,,
agak2 nya dapat tak saya berdakwah???
kenapa macam lebih pentingkan dakwah dari islah??
walaupun speaker FCR cakap,,kita kena seiring dakwah dengan islah,,
sebab,,kalau islah,,insya Allah selalu buat,,walaupun just dalam bilik,,dengan Aina,,
kita orang tetap bual2 pasal agama,isu2 semasa,member2 family dan macam2 lar.
tapi dakwah,,ia melibatkan seseorang yg bergelar non-muslim,,yg secara terang-terangan
mensyirikkan Allah swt.
bukan ke syirik tu dosa yg paling besar dan takkan diampunkan Allah melainkan dengan taubat??
mungkin kita tengok ada muslim,,remaja kita yang begitu gah dalam melakukan maksiat, tapi kita kena ingat,,
itu antara dia dengan Allah,,bukan dengan kita,,lagilah kalau kita dah tegur dia,,tanggungjawab kita dah lepas,yang tinggal adalah pilihan untuk dia pilih.
sama ada nak terus hidup bergelumang dosa atau berubah ke jalan yg diredai Allah swt.
tapi syirik,,andaikata di akhirat kelak,,kalau kita dah bergembira nak pergi ke syurga,tiba2 ada orang kafir yang salahkan kita sebab tak menyebarkan ajaran yang benar kepada mereka, belum tentu kita dapat meneruskan perjalanan kita ke syurga.
kenapa mereka cakap kita tak menyampaikan???
sebab kita cuma sibuk nak berhibur, mencari ilmu hingga terlupa tugas kita sebagai seorang khalifah
dimuka bumi ini,,untuk menyebarkan kebenaran.
mereka suka didekati dan mendekati.
mereka suka mendengar kisah2 nabi kita dan bercerita tentang kitab mereka.
mereka suka berfikir dan membandingkan.
dan lebih penting, mereka suka memerhati.
jika dalam pemerhatian mereka adalah kecantikkan,,tentunya hati mereka mudah tertawan,
andai dalam pemerhatian meraka adalah keburukkan pastinya jiwa mereka menolak.
take care of ur iman keyh!!
wasalam.
0 sebut-sebut:
Post a Comment