Friday, March 19, 2010

cikguku

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum.

sekarang ni,,tak tau kenapa macam sedey jerk,,maybe sebab dah nak final,so,aku pon makin homesick.
dah ler tu asyik igt kat mmber2 lama, cikgu2, alih2 je nangis.tapi yg mcm buat aku sedih sgt2 bila aku ingat kat cikgu aku yg sowang nih.

and now,i wanna talk bout him.

nama dia,,tak perlu tau lar pada yg xkenal, kalau dah kenal,,bagus sangat2. kat sekolah,dia ajar aku math ngan add math.lelaki. belum kawen. tapi,sebenarnya dia bukan ajar aku pasal 2 subjek tu je, tapi dia banyak ajar aku pasal kehidupan jugak.cara dia tegur aku, kalau org tak kenal maybe ckp cara dia tu macam kasar, tapi sebenarnya, dengan teguran yg agak sinis jugaklah aku lebih berfikiran matang dari dulu,lebih berfikir, luar dari kotak kehidupanku.

tapi,,ada cerita pasal dia sebenarnya,,
citernye...

tarikh,, 20.7.09- aku pergi sekolah,ingatkan nak pergi dengan raidah n khamisyatul, tapi dia orang ada hal plak n nak g ari selasa. aku plak,xble g ari selasa, so,aku pergi sk sowg, ari isnin.
pagi2 lagi dah terpacak kat depan sekolah. sedih tol g sowg2.
tapi,,layan je lorh.
sampai2 sk, terus g bilik guru,jumpa cikgu2, jalan2 kat sk.walawei,,macam lain je eh sk masa tu..
lagi lawa lar kalau nak bandingkan ngn masa aku ada dulu. dengan dewan makan yg dah buat transformation g ke pink kaler,,lawak pulak. masa 2 cuma doa,,moga akhlak budak2 nya pon lawa la jugak.huhu.

dah hbs pusing 1 sk ngn asrama skali,nak lepak bilik cikguku nih,, dia pulak tak de,,sbb ada kelas masa tu.tak pe la, lepak kat bilik kaunseling. erm,,kebetulan pulak, tengah syok2 fikiran aku nih kembali ke masa silam,,ble plak senior aku,,ketua pengawas 05/06 masuk bilik tu.
wala2,, aku tau dia nak jumpa cikguku yg sowg tu. tp dah cikgu xde, nak wat cmne ye tak??
last2 aku layan je la senior aku tu berbual.

tak lama lps tu,,ckgu rohani masuk, dia cakap maybe cikguku yg sowg tu dah hbs kelas. senior aku pon gerak lar g bilik cikguku tu n aku g jmpe cikgu lain dlu utk menuntut janji.hehe.

dr bilik guru, dah nampak cikguku dalam bilik dia dan senior aku takde,aku agak2 lar dia dah balik. then, saja ja nak call cikguku, tanya kat mana, cewah konon takut kacau dia lar, kot2 ada kelas ke. sambil tu, jalan g bilik dia.sampai2 depan bilik cikguku, seniorku dah terpacak kat situ, yg cikgu pulak boleh gelakkan aku.

cikgu: saya dah nampak dah dari jauh.saja nak habiskan kredit awak.(dah mula ketawakan aku.)

aku: apa lar cikgu ni .(sengih je)

tapi sebenarnya, masa tu, rasa best sangat sebab dah lama tak dengar lawak cikgu walaupun kadang 2 agak seram jugak ngan lawak dia. dah lama tak dengar dia ketawa.huhu. rindu lar waktu kat kelas dulu.erm,,bukan waktu kelas je, sebab dah habis kelas pon g merempat kat bilik cikgu mintak makanan.haha. lagi lar kalau ari isnin ngan khamis.mintak makanan tambahan nak berbuka tu.ceh terok betol!!

tapi cikgu lepak je,,bagi je kita org makanan, belanja lar, masakkan utk kita orang.kalau kat bilik mesyuarat ada makan2, kalau ada lebih, nanti dia bawak g kelas.kat kelas, selalu aku bawak roti gandum tu,,huhu,,makan sama2. tgh buat2 latihan, mulut menguyah. siap ada sambal lagi,cikgu buatkan.

okeh sambung balik.huhu.

dah jumpa cikgu,aku masuk bilik cikgu lepak kat situ,tengok katalog apa ntah.sebab masa tu cikgu berbual ngan senior aku. malas nak amik tau. lelaki jumpa lelaki.sama je mcm pmpn jumpa pmpn.bual sampai tak ingat yg aku dok tgh2 tu.

pastu,,ada sesi main amik2 gambar. ye la, senior nak g oversea. sambung belajar.cikgu kamalia yg amikkan gambar,pakai video cam cikguku.lorh,,,aku usik cikgu,,

aku: wargh,,baru tu..

cikguku: eh biasa lar.bau kedai lagi.

aku: ye lar cikgu,,

cikgu ketawa. tapi,dalam hati dia, tak de siapa tau.

tak lama lepas tu, seniorku balik.

cikguku: S****** tu memang macam tu.

aku: hah? memang macam tu? maksudnya?
ye la, tiba2 je cikguku cakap pasal seniorku yg tadi.

cikguku: dia, kalau datang jumpa saya selalu bawak apa2 untuk saya. yang ni dia bagi roti, kadang2 dia bagi kek. tak kisah la, tapi setiap kali dia datang, mesti ada something untuk saya.

aku: owh.(kepala dah terangguk-angguk)

pastu cikgu keluar.tapi sebelum tu, cikgu ada bagi kerja untuk aku.staplerkan kertas soalan untuk dak2 form five. buat sowg2, sampai siap.

dah siap, aku main komputer, masa tu, cikgu dah masuk balik. tiba2 je..

miss A: cikgu ***, thank you so much ea, hari tu masakkan untuk my mom.

cikguku: okey, sama2.

miss A: cikgu dah sihat dah?

senyap...
ku pandang komputer, tengok pantulan kat komputer tu.
cikguku letak jari dia kat mulut. miss A senyum sambil terangguk-angguk.
sihat???
apa maksudnya tu?
cikgu sakit ke??

cuaknye dalam hati.nak tanya cikguku sendiri,macam takut.sebab,,aku fikir,kalau cikgu nak bagi tahu, awal2 lagi dia dah cakap.setiap org ada rahsia sendirikan???
maybe cikgu taknak students dia tau,sebab tak nak kita owg risau.tapi,,aku lagi sedih kalau dia tak bagi tau, sebab dia tak kawen, so takde anak. just kita orang ni, ank murid dia, ngan anak2 sedare dia yg selalu lepak kat rumah dia tu.
lagipun, aku rasa, aku bukan lah org yg sesuai nak bertanya atau nak berkongsi masalah cikgu.maybe someone yg rapat dengan dia, yg lagi rapat dengan dia berbanding aku.

masa tu, memang aku terfikirkan senior aku yg tadi, bagusnya kalau dapat cakap kat dia.maybe cikguku lagi selesa dengan dia.

aku tanya cikgu,,siapa je, budak2 batch aku yg selalu contact dia.
- batch kamu tak de, tapi batch lain ada lar jugak. ala siapa lar saya ni. selalu marah kamu semua je.
-selalu tu, tak de lar, tapi, hari tu ***** ada call,tanya maths kat saya.

owh,,sedihnya, masa ilmu cikguku diperlukan baru nak cari cikgu. budak2 nasyid yg dulu rapat ngan cikgu pon, xde contact cikgu.

juz tnya khabar je..erm,,susah kot,,buzy sgt
kalau tanya,,mesti orang akan cakap sihat, tapi dari suara dia pon kita dah boleh agak, betul ke dia sihat??

lepas spm kuar hari tu, aku tepon cikgu,,,
tanya pasal sk,,pasal result spm,,
baguslah, result naik kalau nak dibandingkan ngn tahun aku punya result.
-suara cikgu lain,,cikgu demam ke??
-x lar, penat sangat kot.ni nak uruskan budak form 5 pulak nih.diaorang bengkel kat dewan malam ni. esok baru balik.
-owh.
- kamu kat mana ni?
-erm,,saya kat n9 lar cikgu.
-owh, ingatkan kat johor. tak balik ke?
- tak, dah nak final, busy sikit.
-hmm, ye lar,,kalau balik johor nanti, datang lar sekolah ni, tgk saya ni.
-haha,, insya Allah. balik johor nanti saya pergi.


sebenarnya aku tak tahu kenapa benda ni yang aku nak post, mcm cdey je ingat cikguku. fikiranku seolah-olah tak dapat berfungsi dengan baik,,erm,,aku memang loading pon dua tiga arini, dan hanya menaip apa yg terlintas dihati,melahirkan rasa yg mula terpendam.
cikgu cakap jangan main pendam2 nanti jadi barah, makan diri sendiri.







2 sebut-sebut:

fitrijohari007 said...

tau da sape cikgu tu..hehe
rindunye ngan min..lme da x jumpe die..skang da g oversea lg la xjumpe...

erm...mase dtg skola taun lepas pun mmg cikgu S demam.kebelakangan ni asik tak sihat..kejap demam kejap ok..tp buat2 ok la depan anak murid die..

tp kalau mkn x macam dulu..selalu sgt xde selera..ktorg ajak mkn pun die xnak..kalau tyme skola dulu slalu je die bwk g mkn kat luar..

ya Allah rindunye waktu dulu..

die xpnah ajar pun dulu..yg aja ust hairi..cme selalu la g blk die..xtau nape..

azni_1405 said...

>>fitrijohari007

cikgu memang tak sihat pon.saja je tak nak kita risau pasal dia.
tapi kesian sgt2 kat dia 2 sbb dia kena jaga abg dia sekali.diri sendiri pon bukannya sihat sgt.

masa cikgu suruh g sk, tgk dia, masa 2 pk, mesti macam dah xde sapa2 yg g sk jenguk dia kat sana,sume bz.

da la cikgu ajar dak form 1 skrg.huhu,mcm lawak pulak.takut cikgu terlebih penat je..dak form 1 kan macam byk songeh.hehe