Friday, October 8, 2010

kenapa berUbah?

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt.
ehem..ehem..lama xupdate heh. nak lepaskan sesuatu yang sering buat aku terfikir, kadang-kadang sampai merungut dekat member2.hehe,,kasihan mereka...

kisahnya,,,bila uni hamba ni macam tak melambangkan namanya. masa dah habis UPSR dulu, bila nak masuk sekolah agama, ada yang kena amik exam dulu. baru diterima masuk. tapi, sekolah hamba dulu, tak di praktikkan pon cara sebegitu. maksudnya, dapat tawaran, pastu, pilih la, kalau nak masuk, pergi la daftar. kalau tak nak, tak payah datang. tapi, sahabat2 lain masih lagi menjalani exam untuk kemasukkan ke sekolah agama.

sekarang, bila nak masuk usim, asalkan ada basic arab, lepas syarat, pastinya ada tempat untuk pelajar2 lepasan sekolah agama. insya Allah. sebabnya, ada je member2 yang tak mohon langsung usim, tapi dapat tawaran untuk ke uni ini. nak tak nak, masuk je la.

tak kurang juga sebahagian pelajar yang masuk hanya disebabkan course yang dikehendaki tu, takde kat uni lain, tapi kat usim ada. tu sebab la masuk usim.

dan akhirnya, bila takde langsung tapisan untuk masuk ke uni ini, macam2 ragam manusia yang ada. yang sedikit menyimpang pon ada. tulis disini tentunya disebabkan kaum hawa yang membawa perubahan sangat besar pada uni ni.

ada sorang senior ni, merangkap mpp, dia cakap usim dulu dengan sekarang, lain sangat2.
kalau dulu, bila muslimat berjalan, bertembung dengan muslim, terus patah balik. 
bila bergurau senda sesama sendiri, terus senyap.
sekarang...
bertentangan sungguh. bukan muslimat yang malu, tapi muslim pulak yang malu.
sungguh, kita dah akhir zaman.

~malu itu sebahagian dari iman~

muslimat sekarang, terlebih berani laa~

kadang kala tu, hamba yang perempuan ni pon malu sendiri. 
haish,,sekasar-kasar hamba pon, hamba tau la jugak segan-menyegan nih.
~fitnah terbesar bagi seorang lelaki adalah perempuan~

bila ikhtilat tak dijaga, apa akan jadi??
macam mana nak jaga biah solehah tu kalau yang terkandung dalam biah itu sebaliknya??
berilmu tanpa amal, apa akan jadi??
apa akan jadi bila pemimpin yang diharapkan mula tersasar??

tujuan usim dibina supaya pelajar2 lepasan sekolah agama boleh sambung belajar dalam bidang yang mereka nak. tak de la orang fikir, owh, budak sk agama, jadi ustaz, ustazah je la. 

tapi, bila dah wujud selama 10 tahun ni, adakah niat itu telah berubah??
seiring peredaran waktu, nak naikkan nama uni. sehinggakan mula mementingkan kejayaan dan pencapaian. bukannya kualiti spiritual yang seharusnya ditingkatkan.

tak cantik la bila dah macam tu. 

~kadang-kadang rasa macam belajar kat uni biasa je.


0 sebut-sebut: