Wednesday, June 2, 2010

selagi ada masa..

Dengan nama Allah yang maha melihat lagi maha mengetahui.

Assalamualaikum semua, nak kongsi sesuatu dengan semua. Sebab terfikirkan perkara nih sebentar saja tadi.hehe..

Demi masa. Sungguh, manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

(Al-‘Asr 103:1-3)

Berdasarkan dalil di atas,,apakah yang berada dalam fikiran anda ketika ini???

Kalau teman,,tentunya berkaitan dengan masa. Pastu, teringat pulak sesuatu,,nikmat yang sering manusia lupakan ialah…masa lapang dan kesihatan.

Waktu sakit, baru nak ingat kat Dia. Nak buat segala kebaikan. Perkara2 sunat yang sebelum ni tak pernah2 buat pon boleh di buat.

Waktu sihat, nak buat tahajud sekejap pon,,payah .

Tu,,kalau sakit fizikal la.tapi,kalau sakit mental, perasaan, sememangnya takkan ada ketenangan yang mudah menjengah ke dalam hati melainkan dengan mengingati Allah swt.

Waktu senggang,,selalu buat apa ek??

Ahakz,,,teman zzzzZZZZzzzzz….

Hampeh sungguh. Tak boleh jadi contoh langsung.

Tiba-tiba,,terfikirkan…

maTi

bak kata hlovate,,mati tu cuma dipisahkan dengan satu garisan.

Halus . tak Nampak. Tapi bila sekali kita melepasinya, kita tak boleh nak patah balik.

Apa kaitannya dengan masa yang teman cakap awal2 tadi??

Selagi kita ada masa, kita luangkan untuk beribadat.

Selagi kita ada masa, kita berbakti pada ibu bapa kita.

Selagi kita ada masa, kita tolong mereka yang memerlukan kita, tak kira siapa.

Selagi kita ada masa, kita jalankan tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ni.

Itu,,pabila kita yang ada masa dan ada peluang untuk melakukannya.

Tapi,,kalau kita yang ada masa,, kalau orang lain yang tak de masa??

Contohnya..

Bila lagi kita nak tolong ibu bapa kita kalau bukan ketika mereka masih disisi. Masih bernafas. Bila mereka dah ‘pergi’ Cuma doa yang boleh kita kirimkan.

Bila lagi kita nak beribadat dengan selesa kalau bukan sekarang, masa tubuh kita masih sihat. Bila tubuh kita mulai sakit, tentunya pergerakan kita pon terbatas.

Bila lagi kita nak tunaikan amanah kita dengan Tuhan kita sendiri. Sebagai khalifah. Sebagai hamba-Nya. Untuk menyebarkan Islam.

Sebab,, makin meningkat umur kita, makin dekat waktu kita untuk pulang ke pangkuan Dia. Waktu kita makin singkat. Tapi kita masih disitu. Tak sedar pon semua tu.

Mungkin sesetengah orang cakap, hidup ni singkat, jadi kita kena enjoy…

Memang kita kena enjoy dengan hidup yang singkat ni, tapi dengan cara yang sesuai. Sebabnya..bukan ke lebih baik kita hidup dengan bahagianya kat dunia ni, dan dengan gembiranya kat akhirat..

Nak contoh ke???

Okeh, katakan la..

Bermula awal zaman sekolah menengah lagi, kita dah pandai bermain kata. Dan mula menyayangi seseorang yang bukan muhrim kita. Sebab bila meningkat remaja, tentunya perasaan ingin disayangi dan menyayangi tu wujud dalam diri manusia.

Erm,,kita dah hidup dengan ibu ngan ayah kita sejak bila??

Sejak kita lahir atau sejak Allah kurniakan kita kepada mereka??

Lama ke?? Berapa lama tu??

Pastu, kita membesar, tapi, sejak bila pulak kita dah boleh menilai sesuatu??

Menilai kasih saying yang ibu dan ayah kita beri pada kita…

Kita pergi sekolah, lalu bercinta.

Bercinta dan bercinta lalu kita berkahwin. Seumur hidup kita, kita akan hidup dengan pasangan yang dah Allah tetapkan untuk kita.

Berapa lama masa yang kita luangkan untuk bercinta dan memberikan kasih sayang kita kepada ibu dan ayah??

Mana lagi lama?? Berikan sayang kita pada ibu bapa atau kekasih kita?? Itu pon kalau kita kahwin dengan orang yang sama kita bercinta masa kat sekolah dulu.

Tak kisah la,,pape je la..

Tapi nak tekankan, selagi kematian belum memisah kita dengan mereka yang kita sayang, yang telah banyak berjasa pada kita, lebih baik kita enjoy dengan menggembirakan mereka.

Itu lebih baik dari kita enjoy tapi hanya menjanjikan kesedihan di ‘sana’ kelak.

Hargailah masa yang tinggal untuk kita dan mereka.

Wasalam.

2 sebut-sebut:

fitrijohari007 said...

dah berapa kali dah bazirkan masa T_T

azni_1405 said...

>>fitrijohari007

haha,,jangan bazirkan lagi,,
kalau dah takde,,susah nanti..