Thursday, July 15, 2010

dia dan Dia

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui
 
semalam,
aku sedih
aku sakit
aku menangis

ku cari dia dan Dia
pada dia kuberkata
pada Dia kuberbisik
dia mengembirakan diriku
Dia menenangkan diriku

dia menasihatiku
Dia membantuku

dia mengenaliku
Dia mengetahui diriku
 
dia jauh
tapi dekat dihati
Dia tak kelihatan
tapi sentiasa disisiku


dan aku
masih menyayangi dia
masih belajar untuk mencintai Dia
sepenuh hatiku

dan kini
aku tersenyum mengingati 
hari semalam
 
dalam sekelip mata
dia sudah membuatku tersenyum
Dia  membebaskan aku 
dari belenggu






2 sebut-sebut:

little daie said...

kerana Dia yang Satu...

^_^

azni_1405 said...

>little daie

yup betul tu.

O___o