Friday, December 17, 2010

joDoh

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, selamat sampai kat Larkin petang semalam. nasib je tak hujan, kalau tak, memang kuyup la jawabnya. destinasi seterusnya, tentunya hospital sultanah aminah, (HSAJB). nak balik maa, naik dengan ibu saja.huhu..

kali ni nak post pasal jodoh. mengapakah? adalah...

Masa program bahasa, ALSP, ada buat macam motivational talk. ustaz tu ada cakap yang lebih kurang macam ni la maksudnya--> perempuan, jangan jual mahal sangat, nanti tak laku. tapi jangan gaya macam senang2 je nak serah diri kat lelaki sebab, menjatuhkan maruah je.lagipon, sekarang ni kan kaum adam lebih kecil bilangannya. alah, xingat pon sebenarnya dia cakap apa..hehe.

masa tu, tetiba je terfikir, kalau ikut ekonomi, bila barang sikit, tapi demand banyak. harga naik woo.
habis tu, kalau lelaki sikit, perempuan pulak sangat banyak, erk..apakah yang terjadi??  dah le tu, bukan perempuan yang akan mengayat lelaki, lelaki yang mengayat pmpn. padahal lelaki sikit nih.. adakah kaum adam memang dilahirkan majoritinya bermulut manis???
kisah yang lain pulak sebab sorang housemate ni dah bertunang. berapa umo? sebaya dengan hamba la, 19thn. dia ada cerita, member dia yang sorang ni, lelaki, ada orang masuk minang. kiranya macam kisah Saidatina Khadijah dengan Rasulullah saw, sebab perempuan yang pinang lelaki. katanya, lelaki ni, biasa2 je,  tak la warak gila2 ke zuhud ke. yang perempuannya pulak, pakai tudung labuh, then semua gambar yang ditunjukkan adalah gambar dia pakai baju kurung je semua. xde pon yang pakai seluar ke, blouse ke. pastu, lelaki ni cakap, dia tak layak untuk perempuan tu.
masa tu terfikir, kadang2 kita memang akan terfikir yang kita tak layak untuk seseorang yang kelihatan sempurna dimata kita, tapi kita cuma seorang hamba yang telah ditentukan pasangan kita oleh Allah swt. 
mungkin kita seolah2 tak layak untuk dia, tapi sebenarnya dia adalah yang terbaik yang telah ditetapkan untuk membimbing kita ke jalan-Nya. tak mustahilkan?? kita bukan sahaja perlu dibimbing, tetapi kita juga bertanggungjawab untuk membimbing.  

lelaki yang baik, adalah untuk perempuan yang baik. begitu juga sebaliknya. Ada sesetengah orang cakap, orang yang pernah berzina, pasangannya juga seorang penzina. tak semestinya. Allah Maha Adil. kalau penzina tu dah bertaubat, tak mustahil pasangannya adalah seseorang yang beriman, yang boleh membimbing dia tetap dilandasan yang benar.
susah juga bila kita hidup dalam masyarakat yang suka menghukum. bila perempuan pinang lelaki, cakap perigi cari timba. bila mengandung luar nikah, kena pandang serong. bukan la maksudnya teman tak kisah dengan org mengandung luar nikah ni. tapi, bila fikir balik, pandangan serong dari masyarakat juga menjadi sebab makhluk2 ni dok buang anak. kalau budak2 ada HIV pon kena pandang serong. walawei, budak tu kecik je pon. cmni r manusia..

owh,,ni nak kongsi sesuatu,,jumpa pon kat fb,,hehe.

wasalam.

8 sebut-sebut:

Nurul Athirah said...

omg..
ko da start doa ke?

Anisa said...

thanks for the info
nis dah amik doa ni
(:

Qurratu Aini said...

>>tirah

hehe,,ak wat doa ak sendiri..haha

>>anisa
silakan2..

mar mp 86 said...

haha! i have my doa too! =)

Unknown said...

jengjengjeng.

Qurratu Aini said...

>>mar

huhu,,masing2 ada maa~ hehe

>>akufobia

no komen..

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

hai..aini
dr minggu lps aku dgr ko ckp psl kawin2 ni..
ade pape ke?

Qurratu Aini said...

>>ana nisa'

eh,,bukan da lama ke ak ckp pasal kawen?? haha
ngan yaya yg tggu jejaka idaman balik malaysia tu..
kelas alsp yg budak2 ni cakap pasal kawen jugak. yg bestnya, kak azie la kena serg sebb dah nak masuk 21thn.
kak ju plak kat blog dy kot,xpon kat fb, dy ckp gak, kena bush ngan soklan2 kawen ni masa kat umah.

saya biasa2 saja..haha. carikan calon la utk kak long..huhu