Wednesday, December 22, 2010

pengajaran disebalik cerita Tipu

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum wbt.
Erm, kat sini ada satu kisah tipu punya. jadinya, janganlah percaya. tapi boleh amik pengajaran disebaliknya. hehe, ayat tunggang langgang, layan je la..

Pada satu hari, hari yg aku berpeluang menghabiskan masa untuk berjalan-jalan kat hospital sebab tak de keje nak buat. Berjalan la aku sorang diri di hospital, tanpa arah tujuan. saja2 mencuci mata melihat gelagat orang2 zaman sekarang. oleh sebab ketika itu merupakan waktu melawat, bolehlah aku dengan selambanya berjalan masuk ke dalam wad2 yg ada kat sana tanpa sebarang halangan.

masuk ke dalam satu wad ni. aku tak suka masuk wad2 yang macam menyeramkan macam ICU. kang xpasal2 ada orang mati, aku jugak dipersalahkan. kalau masuk sana pon, inche ibu mesti ada. xde la kekok sangat nanti. huhu. wad yang aku masuk ni, wad ekonomi la kiranya. xde special2 punya. biasa2 je. katil pon sederet memanjang. bukan dalam bilik yang ada 6 katil sebilik.

jalan2 kat situ, tengok2 apa2 yang macam best. ada yang patah macam2. ada yang sakit tua. macam2 la sakit. sedikit sebanyak aku sedar, aku sangat beruntung sebab masih dikurniakan kesihatan yang baik. tak tengok lagi budak2 kecik yang sakit. sayu je tengok. kecik2 dah sakit. mungkin ujian dia di bahagian tu. ujian aku pulak kat bahagian lain. siapa tahu.

sampai kat satu katil ni, ada la sorang makcik ni. dia dok sorang2 je. atas katil ye. ku perhatikan dia dari jauh. orang lain ada jugak yg datang melawat. dia je yg sorang2. perlahan-lahan dia capai sudu yang terletak diatas meja. eh, baru nak makan ke??

dengan lemah dia menyuap makanan yang tersedia. muka dia monyok. kusegera mendatangi dia. "mak cik  nak saya tolong?" soalku sambil tersenyum. huhu,,datang2 takkan nak bagi salam. dia pon tengah makan. makruh tu. "erm, xpe la. mak cik boleh makan sendiri ni." balasnya sambil tersenyum. ku angguk kepala sambil tersenyum. "erk, saya duduk sini boleh?" tanyaku, meminta kebenaran. dia mengangguk. 

Ting...ops, sudu jatuh. kucapai sudu tersebut. "saya pergi basuh dulu ea."ujarku. dia mengangguk. pergi toilet, basuh, patah balik. "saya suapkan makcik la. boleh?" pintaku sekali lagi. Angguk. ku duduk disisinya, mula melakukan apa2 yang patut. dia diam dan hanya menjawab apabila mulutku terlebih ringan bertanyakan itu ini. dalam hati macam nak tanya tentang keluarganya. tapi takut dia tak selesa pulak. busybody la pulak makhluk ni.

tiba-tiba...

"mak, abah cakap hari ni dia tak dapat datang. dia datang esok." pergh. terkejut kowt masa tu. weh, makhluk ni, datang2 tak bagi salam. main terjah je. aku sembelih kang.
kuangkat kepala. dia memandangku sekilas sebelum meletakkan beg kertas yang dibawa ke dalam meja kecil yang disediakan. anak makcik ni kowt, fikirku. 

mereka berbual seketika. aku tak ambil pusing. oleh sebab makcik ni tak habis makan lagi, sebab tu la aku pon duduk kat situ jugak sementara tunggu dia. sambil tu, fikiran aku pon melayang entah kemana. teringat, kalau tengok tv, ada masa2 tertentu paderi2 kristian akan datang ke hospital dan penjara untuk memberi sedikit pengisian kepada penganut2 kristian. mengingatkan kepada mereka akan pengorbanan yang telah Jesus lakukan. menarik mereka kembali untuk taat kepada agama mereka. erm, orang Islam ada tak yang buat macam tu? mungkin ada, tapi bilangannya mungkin sedikit. 

dan itu semua hilang, digantikan dengan...
-balik nanti, tolong tengok2 kan adik2. belikan roti ke biskut untuk adik2.
-erm..jangan la harapkan alang je. along dengan angah kan ada.
-ye lah,mak pesan je. dengan diorg pon mak dah cakap. 
-erm..yalah..
-ada keluar dengan A ke? awak tu, jagalah sikit. tengah darah manis ni.
-ala, dah puas jaga dah. 4 tahun dengan dia. tau la nak jaga macam mana. selama ni pon alang yang jaga dia.

ku tundukkan kepala. seram sejuk tiba2. dan akhirnya, anak makcik tu pon balik...
ku sambung kembali tugasku menyuap makcik tersebut dan dia pon mula bercerita...
-itu anak makcik yang ketiga. anak makcik semuanya lelaki, xde pon perempuan. sorang pon tak kawen lagi, tapi, alang je yang dah bertunang. kuangguk kepala.diam.

habis makan. sambung balik bercerita. dan ingin saya memendekkan cerita disini ye..

mak cik itu sememangnya telah berkecil hati dengan si anak. dan dikatakan bahawa, sebelum ini, bakal menantu dia seringkali menghubunginya. tetapi semenjak si ibu dan si anak jarang bertegur sapa, si bakal menantu pon sudah kurang menghubungi si ibu. 
dan, akhirnya, aku meminta diri kerana waktu melawat telah tamat.

sambil berjalan, duduk dan masa baring pon, asyik terfikirkan sesuatu.

--> syurga di bawah tapak kaki ibu. apatah lagi anda seorang anak lelaki. seharusnya yang didahulukan adalah ibu anda. tentunya menjadi tanggungjawab si anak untuk menjaga ibu bapa yang sedang sakit. 

--> walaupun sudah bertunang, dan telah berkenalan selama 4 tahun, itu tak bermakna bahawa si tunang akan menjadi pasangan hidup. dan 'menjaga' bukannya suruh jaga makan minum hidup mati makhluk tu...
yang dimaksudkan 'menjaga' itu adalah menjaga hubungan yang terbina supaya tidak terpesong dari landasan dan dipengaruhi oleh nafsu semata-mata.

-->aku agak terkejut apabila si ibu memberitahu bahawa anaknya membayarkan zakat untuk tunangannya. bila ditanya kenapa, jawabnya sebab tunangnya adalah anak yatim. aku..owh macam tu pulak. aku tak tau pulak orang lain boleh bayarkan zakat untuk kita. ingatkan wali je...ye la, selama ni, aku macam tak kisah sangat bab2 zakat ni. dah tiba masa, aku hanya mengingatkan ayahku saja supaya tak terlewat bayar. ke mamat ni yang buat hukum sendiri?? apakah?? 

-->dan kini, aku rasa, aku lebih menghargai ibu bapaku dengan segala pengorbanan mereka. insya Allah.



wasalam.



9 sebut-sebut:

a.N.a.n.i.S.a.' said...

cerita tipu ke?
mcm x je..

GrEeN CrYsTaL said...

btol3...

mar mp 86 said...

wah! mcm real la! bleh wt novel ni! hehe

azni_1405 said...

>>all

huhu..citer tipu laaa..
tp bab anak lelaki tu, memang ada makhluk begitu. nak sampaikan itu je sebenarnya. pasai tu la ambo wat citer tu.

~jangan mudah terpedaya dengan saya~
hehe

iammuslimah said...

jgn mudah tertipu yer kengkawan..
ngeh~

>>mar,dya kan kaki novel.mmg leh wat novel..novel pown dh jemu ngan dyer nih..

mar mp 86 said...

haha! novel da jemu tengok aini? em. xpe2. nnt dy wt novel sendiri, xd nye nak jemu da.. hehe..

azni_1405 said...

>>yaya n mar

wah,anda ngumpat saya ya...erk,,pe kata naik sem ni bg ak novel baru??
best sket..hehe

mar mp 86 said...

Aini, no prob! :) I just bought 3 novels n already finished read 'em all! I will bring 'em soon. Okey?

azni_1405 said...

>>mar

hoho..nvel apakah??
msti nvl bi ek..ko kan ske nvel2 cm2..