Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Okey, post kali ni, saya nak berkongsi tentang rawatan sonotron. Siapa pernah dengar tentang rawatan ni?
Sejujurnya saya tidak pernah dengar pon mengenai rawatan sonotron ni.
Tapi,
Disebabkan ketika berusia 5bulan lebih, anakanda kesayangan Muhammad Aryan tiba-tiba batuk dan selesema, maka, saya pon memulakan misi bertanya orang-orang terdekat cara untuk merawat sikecil.
Semasa Aryan dibawa ke klinik kerajaan untuk suntikan imunisasi pon, Encik Suami ada bertanya kepada doktor, sekiranya ada ubat yang boleh diberikan kepada Aryan. Malangnya, doktor cakap, tiada ubat untuk bayi bawah 6 bulan.
Doktor nasihatkan supaya Aryan diberi minum air masak dan selalu melakukan tepukan "percussion" pada belakang dadanya.
Saya tidak puas hati. Mana mungkin saya biarkan sikecil batuk sampai tekak kering dan penyusuannya terganggu disebabkan selesema?
Terus saya bertanya dalam group WhatsApps ibu-ibu menyusu sekiranya mereka ada pengalaman yang sama.
Ada yang mencadangkan supaya bawang putih dibakar dan diletakkan berdekatan tempat tidur Aryan.
Selain itu, ada juga ibu-ibu yang mencadangkan supaya Aryan diberikan nebulizer untuk mencairkan kahak dia.
Saya hanya melakukan cadangan pertama sahaja, tetapi tidak berhasil.
Cadangan kedua sememangnya saya tolak mentah-mentah kerana sebolehnya, saya tidak mahu Aryan bergantung pada ubat atau nebulizer sekiranya dia diserang selesema lagi. Apatah lagi, suami saya sememangnya ada sejarah menghidap asma ketika kecil.
Banyak lagi petua yang diberikan oleh ibu-ibu yang lain, tetapi yang menarik perhatian saya adalah RAWATAN SONOTRON.
Kenapa? Sebabnya,
1. Rawatan ini tidak menggunakan jarum.
Ya, rawatan ini tidak menggunakan jarum langsung. Malah, tiada sentuhan yang dikenakan pada bayi.
2. Kos rawatan berpatutan.
Untuk sekali rawatan, kosnya tidak sampai RM100 (bergantung pada tempat). Macam Aryan haritu, untuk kali pertama, bayaran adalah RM50. Bayaran untuk rawatan seterusnya adalah RM30 sahaja. Walau bagaimanapun, caj rawatan berbeza mengikut kes. Contohnya, harga untuk orang dewasa dan bayi adalah berbeza. Caj juga mengikut jenis sakit yang kita alami.
Ehsan Google
3. Kesan yang cepat.
Kesan untuk setiap orang mungkin berbeza. Tapi untuk Aryan, balik dari klinik, dia berak, bercampur dengan lendir. Nafas dia pon sudah tidak berbunyi kuat sangat berbanding sebelum rawatan,
Alhamdulillah, kesimpulannya, saya memang berpuas hati dengan rawatan ini. =)
Nota: Aryan menangis semasa rawatan dilakukan sebab bunyi mesin tu sangat kuat dan menakutkan dia. Hehe.
Saya pergi ke klinik ini:
PUSAT RAWATAN KOMPLIMENTARI OZONE HEALING SDN. BHD.
No. 10, Jalan Setia Tropika 1/14,
Taman Setia Tropika,
81200 Kempas,
Johor.
No. tel: 07-2361 999
Salam sayang dari saya.
=)
0 sebut-sebut:
Post a Comment