Sunday, February 14, 2010

bila diri disayangi...



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,,,

pernah tak,,anda semua berfikir tentang...
betapa sayangnya Allah swt kepada diri anda semua???

cerita saya...

dulu,,lepas habis UPSR,,memang tak terfikir pon nak masuk mana2
sekolah asrama,,maybe sebab masa tu pemikiran tak matang lagi,,memang tak fikir
pasal apa2 pon pasal nak pergi sekolah asrama ke tak,,sebab fikir,,janji kita belajar,,walau
kat mana pon hidup.

bila dapat tawaran utk masuk SMKAJB,,pergi je lar,,masa tu,,aku pelik sangat2,,kenapa semua
budak2 ni(bukan semua pon,,haha)menangis2 bila parents dia orang ni,,tinggalkan kat hostel,,apa lar sangat dok hostel ni,,
sebab seingat saya,,saya memang tak pernah menangis hanya disebabkan kena tinggal kat hostel,,

tapi,,tak tahulah,,apa masalah masa tu,,mcm tak best pulak stay kat sekolah tu,,
then,,saya cakap dengan ibu saya,,nak tukar sekolah,,masa tu,,form 2,,
ingat lagi,,cakap kat dapur,,ibu tengah masak,,tapi ibu cakap,,
tak pe la kak,,lagi setahun je,,tahun depan dah nak PMR.

okey,,,dan masa terus berjalan tanpa henti...

masa form4,,tak tahulah kenapa dengan hati ni,,nak pindah jugak,,sampai nangis2,,,sampaikan
ayah datang sekolah jumpa Pn.Rohani (guru kaunseling) pasal anak dia ni,,sibuk sangat nak pindah..

tapi,,atas sebab2 yg tak dapat dielakkan,,stay jugak kat SMKAJB...
macam2 yg berlaku,,banyak episod kehidupan yg dilalui di SMKAJB,,
sekolah tu dah menyaksikan diri ini ketawa,,menangis,,marah,,sedih,,kecewa,,
dan segala2 nya tentang hidupku sebagai seorang pelajar yg bingung dalam mencari identiti diri,,

bila dah lepas SPM,,kerja sekejap,,sebelum pergi PLKN,,
dapat PLKN kat Kem Desaru Gerakhas,Kota Tinggi,Johor.


pergi sana,,baru dapat tengok dunia luar,,macam2 ragam manusia,,
ada yg baik,,ada yg sebaliknya,,
ada yg boleh dipercayai,,ada jugak yg tak,,
dan ada yg taat pada agama,,ada jugak yg gitu2 je,,

masa tu,,baru la diri ini sedar akan dunia sekarang,,
oh,,kita dah akhir zaman,,Ya Allah,,bantulah hambaMu,,

masa tu,,fikir,,kalau bukan budak sekolah agama yg nak
pertahankan Islam,,siapa lagi??
bukan nak cakap yang budak bukan dari sekolah agama tu,,orang yg jahil agama,,tak boleh nak berdakwah,,tapi,,bukan ke pelajar keluaran sekolah agama yg mempunyai kelebihan ilmu,,dalam bidang agama,,sepatutnya lebih tegar dalam mempertahankan agama bila diperkotak-katikkan oleh orang yg tak bertanggungjawab??

sebabnya,,pelajar yg dari sekolah agama ni,,mendapat ilmu agama yg lebih mendalam secara formal berbanding pelajar sekolah biasa,,

di sekolah biasa,,sekiranya anda mengatakan pada mereka,,bahawa mereka BOLEH bersetubuh dengan ibubapa atau adik-beradik mereka,,majoritinya,,akan mempercayainya..

sebab apa??sebab mereka hanya dibekalkan ilmu agama sedikit sahaja.walaupun ilmu tentang sesuatu perkara adalah sesuatu yg asas,,seperti aurat,,bagi mereka aurat hanyalah RAMBUT.

okey,,balik pada cerita asal,,lepas balik dari PLKN,,memang dapat rasakan dalam diri ini,,ada sedikit perubahan,,ke arah kebaikan.Alhamdulillah.

lepas dapat result SPM,dapat tawaran untuk pergi matrik dengan upu.
dapat matrikulasi negeri 9 dengan tamhidi @ usim. pilih mana2 pon,,tempatnya kat negeri 9 jugak,,

masa tu,,result utk masuk matrik keluar dulu sblm upu,,tapi hati ni,,macam berat mengatakan,,saya akan dapat tawaran ke usim,,walaupun masa tu tak ingat pilihan ke usim ke yg ke berapa..
dan akhirnya,,bila result upu diumumkan,,alhamdulillah,,benarlah telahan hati ini,,

dan sekarang,,belajar di usim,,rasanya kehidupan saya,,seolah-olah lebih baik dari sebelum ini,,walaupun kedua-duanya lebih kurang sama,,SMKAJB dan USIM,,kedua-duanya persekitaran yg agak islamic,,walaupun hakikatnya tidak di SMKAJB..hehe..

sebab,,kalau kat sk,,memang selalu cuci mata,,tengok orang dating,,boleh tahu siapa yg couple,,dan mcm2 lagi,,

tapi kat usim,,diri ini dijamukan dengan kasih sayang suami isteri,,yg tetap menjaga batasan mereka sebagai seorang pelajar,,walaupun telah bergelar suami isteri..
walaupun ada jugak yg couple,,tapi,,macam jarang nampak dia org nak dating kat dalam kampus( sebab selalu dating kat luar,,huhu) walaupun sesekali terserempak juga dengan pasangan sebegini..



tapi 1 hari,,
ingat lagi,,hari pertama Ramadhan,,tahun lepas,,hari Sabtu,,
pergi merayap kat KLCC dengan roommate,,Aina,,
kita org pergi bookfest Popular kat sana lar,,hehe,,



tengah sibuk2 belek2 buku,,ada sorang member ni,ex-plkn jugak,,call,,
ingat nak apa,,saja2 je call,,dapat free call,,birthday dia lar tu,,
tiba2 je dia mintak hadiah,,mula2 macam tak kisah sgt,,

tapi bila dia mintak nak couple sebagai hadiah,,tu yg macam malas nak layan,,
dapat bayangkan tak???
3kali dia mintak nak couple dgn saya,,,
bukan nak mengutuk,,tapi macam org yg dah terdesak sgt,,xde makwe,,
sampaikan tak tahu nak hormat perasaan orang lain..

buat apa nak malu kalau kita tak de pakwe ke makwe ke,,
tak luak apa2 pon,,sepatutnya kita bangga dengan diri kita,,bukan bangga diri okeh!!
huhu,,tapi,,sekurang-kurangnya kita dapat mengawal nafsu kita dari melakukan maksiat,,
bukannya mengekang nafsu,,sebagai manusia,,kita tak boleh mengekang nafsu,,sebab itu adalah fitrah kita sebagai manusia,,yg Allah ciptakan akal dan nafsu,,
apa yg perlu ialah,,mengawal nafsu..



kesimpulannya...

~Allah swt sangat sayang pada hamba-hambaNya,,tapi kita selalu sombong denganNya..macam saya ni..
~Allah swt lebih tahu apa yg terbaik untuk kita,,tapi kita jarang-jarang bersyukur kepadaNya atas segala hikmah yg tersembunyi itu.
~jangan biarkan nafsu mangawal akal,,sebaliknya,,biarlah akal yg menundukkan nafsu,




5 sebut-sebut:

Nurul Athirah said...

yup..
Allah tu baik sangat,,

eventhough we made a lot of mistakes,
He still loves us, cares us..

oh Allah, forgive us for what we had done..Astaghfirullahalazim

Anonymous said...

blogwalking juga..

wah..lelaki macam itu memang perlu dijauhi..
insyaAllah.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

untung enti dpat teruskan suasana biah solehah.. mknanya,Allah sygkan lgi tuh..

Qurratu Aini said...

~miss s.e.r.e.n.i.t.y

yup,, betul sgt2,,walaupun kita byk wat dosa ngan Dia,,tapi Dia tak pernah tinggalkan kita.

~aeisyulillah

huhu,,alhamdulillah,,bersyukur kerana masih disayangi-Nya..mudah-mudahan tak lupa diri n hanyut dengan hiburan duniawi yg sementara.

tepianmuara said...

juga blogwalking.

Amat2 setuju dengan frasa ini,

'jangan biarkan nafsu mangawal akal,,sebaliknya,,biarlah akal yg menundukkan nafsu'

Cuma terkadang ia datang tanpa diminta, tanpa dicari..

err...pandai-pandailah.

Qurratu Aini said...

>tepian muara

trimas,,

nafsu memang tak perlu dicari kerana kita memang dah diciptakan bersama dengannya.

diri kita sendiri yg perlu bijak mengendalikannya.