Saturday, December 4, 2010

sOlat

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah, tamat sudah exam final untuk semester yang pertama ni.
Entri kali ini berkenaan dengan solat. tapi, bukan nak cerita pasal bagaimanakah solat disyariatkan kepada manusia. tapi serba sedikit yang berkaitan dengan solat. jadinya, yg bukan main point tu, akan disentuh sipi2  je la. tak banyak. yang banyak, itulah sebenarnya yg nak dikisahkan.


Tiang agama.

Insya Allah, rasanya ramai yang tau bahawa solat tu adalah tiang agama.
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."

Al-Baqarah, 110.

" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)



kenapa tiang agama? hah, baca kat sini.

habis tu, kalau solat tu jadi tiang, apa pulak asas kepada agama?
asas agama Islam adalah akidah. sebab tu, masa Rasulullah saw baru dilantik menjadi rasul, perkara yang ditekankan adalah akidah, bukannya solat. asasnya adalah akidah, tiangnya adalah solat.masa tu, solat pon belum disyariatkan lagi kepada kita, umat Nabi Muhammad saw.


Berat.

kenapa ada sesetengah orang mengatakan bahawa solat ni berat? mengapakah?

 Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk.


Al-Baqarah: Ayat 45

sekali pandang, solat nampak simple je. tak makan masa yang lama, sekejap je. tak payah keluar duit. pernah ke pergi mana2 masjid ke surau ke, kena charge 30sen? owh, bagitau sikit kalau ada, nak tau jugak nama2 tempat yang jadi perintis untuk charge orang sebab bersolat.

tapi, yang nampak simple ni la orang selalu tinggal-tinggalkan, pandang remeh je. tau solat tu wajib, buat dapat pahala, tinggal dapat dosa. tau yang membezakan antara orang kafir dan orang Islam itu adalah solat. tau solat adalah amalan pertama yg akan dihisab, akan ditanya, tapi, tinggal jugak!!
bila solat pon xlepas, apatah lagi amalan2 yang lain.

orang yang rasa berat, antara sebabnya ialah tak khusyuk. rasa terbeban nak tunaikan solat, sayang nak tinggalkan kerja.padahal solat tu, tak sampai sejam pon. Wargh, masa nak solat, masa tu jugak la ngantuk, penat. Semuanya keluar. Cuba suruh jadi burung hantu, menghadap facebook. 10jam pon sanggup kuredahi. camni r manusia.

Pakaian ketika solat.

owh, ni macam nak panjang sikit. pakaian kita masa nak solat, kena suci la semestinya. wangi2 pon xpe, bau Daia ke Trojan ke lantak la. tapi, kalau kita nampak pakaian orang lain kotor, tak semestinya tak suci. cewah, ibarat suci dalam debu la. nampak je kotoq, tapi boleh dipakai untuk bersolat.

contohnya, tanah. tanah tu, dah memang warnanya begitu, gelap. tak bermakna ia najis. kesian tanah, tak pasal2 je kena cop jadi najis time orang nak solat.
erk, selalunya muslim2 ni akan bawa kain pelekat kan kalau keluar. senang nanti nak solat kat mana2 pon. buat muslimah pula, elok kalau dibawa telekung bersama. tapi, kalau tak bawa, insya Allah, dah tersedia disurau2 mahupun masjid2. TETAPI, kepada anda2 diluar sana jangan la memandang pelik+ serong kepada sesiapa yang solat dengan memakai baju kurung ke jubah dan sewaktu dengannya.

aish, antara syarat nak solat, apakah?
tutup auratkan. pakai la apa pon, asalkan TUTUP AURAT MENGIKUT HUKUM SYARAK.
apabila solat tanpa menggunakan telekung, kena pastikan bahawa pakaian yang dipakai menutup aurat mengikut hukum syarak. longgar, tak jarang atau nipis. sebab, ada jugak yang menganggap bahawa pakai tudung, baju lengan panjang tapi ketat-->sudah menutup aurat.

tak usah bersusah payah untuk membalut tubuh anda. hanya perlu menutup sahaja dengan kain yang BERKUALITI dari segi agama.



tak bermakna anda berbaju kurung dan bertudung bermakna anda sudah menutupi aurat. Sudah ke arah itu, tetapi masih belum sempurna. mungkin tudung yang dipakai berkain nipis atau jarang sehingga menampakkan leher. mungkin juga stokin yang dipakai nipis hingga menampakkan tapak kaki. atau, mungkin juga pergelangan tangan anda terdedah. renungkan kembali. sudah sempurnakah pemakaian anda? atau seeloknya sebelum bersolat, tanya dahulu kepada sesiapa yang arif tentang agama, tentang solat. mereka ada untuk memberi teguran kepada kita.






pelik sebenarnya bila orang cakap, bila nak solat kena pakai telekung. haila~ mazhab mana ajar.
nak solat, kena tutup aurat. nak keluar rumah pon kena tutup aurat. habis tu, kalau nak solat, wajib pakai telekung, kalau keluar rumah pon kena pakai telekung la, sebab nak tutup aurat.

Masa.

ada segelintir manusia yang suka melambat-lambatkan solat, termasuklah saya. saya tak nafikan. tapi, itu dulu la, sebelum PLKN. lepas PLKN, alhamdulillah, saya solat diawal waktu. insya Allah, berterusan la sehingga kini. kenapa PLKN? sebab masa kat sana la baru sedar, siapa lagi nak pertahankan ad-din ini kalau bukan orang Islam sendiri. ada ke orang Kristian back up agama Islam??maybe ada kot, tak tau la. lagipon, masa PLKN la, jumpa makhluk2 yang meninggalkan solat itu sewenang-wenangnya. dah la baru habis sekolah, nasib je tak kena culture shock. kalau tak, tak wujudnya entri ni kat blog ini.

bab menunaikan solat pada awal waktu, kita tak boleh nak jangka. sebab, kadang2 kita ada tugasan yang perlu diselesaikan. contohnya ada kelas dari pukul 12 tgh sampai pukul 2. jadi, kena la solat lepas habis kelas.

tapi, kalau hamba, pantang  betul kalau dah kejut orang tido, xreti-reti nak bangun. lagi2 waktu subuh. kalau malam sebelum tu tido lambat sebab syadid belajaq takpa, boleh consider lagi. tapi, kalau jd burung hantu menghadap fb, novel  ke movie ke. wargh, memang dalam hati ni, membara  je. hamba pon pernah jugak menghadap novel sampai 3-4 pg. tapi, tengok masa, tengok keadaan la. kalau esok keje ke ada kelas ke, memang nak penampar namanya. kalau cuti + 'cuti ' , lantak la nak bangun pukul berapa pon, tak nak bangun terus pon takpa. memang hamba tak marah. setiap orang ada tahap kesabaran masing naa~

bab melambat-lambatkan solat, mesti ada sesetengahnya dah tau pasal tol2 kat langit tu. boleh baca kat sini.

okey la. penat kowt. dok depan lappy ni lelama.sakit mata.
hopefully, ada la walau sedikit yang terkesan dihati. lagi2 bab pakaian ngan masa tu.
sama2 kita saling mengingatkan dan menegur. insya Allah.

semoga solat2 kita diterima Allah swt.
wasalam.














3 sebut-sebut:

mumumeow said...

tiba2 teringat satu peristiwa kt surau tmpat mumu....

ade sorang akk senior brsolat pkai jubah...ade sorang hambaAllah tanya..
" boleh ke sembahyang begitu?"

adoiyai...masyarakat dh mindset..asal solat ..mesti pkai telekung solat...

Qurratu Aini said...

>>mumu

yup susah bila dah set kan dlm otak tu-->sembahyang=telekung.

nanti kang ckp kita ni mazhab mane la, tak pon ckp suke2 ati je nak solat cmne..

~islam itu mudah dan memudahkan~

Unknown said...

hayya 'alal falahh.