Wednesday, January 12, 2011

aBang

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. Macam dah lama je tak post pape kat sini. sebab malas, tak tau nak kongsi apa dan yang paling penting sebab macam nak menangis je layan internet di kolej kediaman 1 (KK 1) ni.
 
hari ni, pepagi dah ada kelas akaun. habis kelas, bertanya seorang ukhti kepada saya. Apakah perasaan saya apabila abangku nak kawen??
hehe..perasaan yang macam susah nak describe. macam best kot dapat akak ipar tapi, saya cedey juga. 
haila, ingatkan hamba sorang je yang rasa macam tu bila abg2 ku nak kawen. rupa-rupanya ada jugak makhluk seangkatan dengan saya. maybe sebab kami berdua ni sorang je perempuan dalam adik-beradik. jadinya apabila akan datang perempuan yg lain, jadinya, perasaan tu pon lain macam. eh, ada ke macam tu?? 
apakah??

tak dapat bayangkan la. mesti rasa lainkan. ye la, selama ni, kalau balik rumah masa2 cuti, yg pmpn cuma inche ibu je. tak lama lagi, balik rumah, dah ada pertambahan ahli. hehe. 

sebelum ni, ramai jugak tanya, best tak ada abang?
kujawab--> biasa je. kena buli, kutuk, perli, kena sakat mesti la aku orangnya. 

tapi, kalau adik, memang merekalah mangsa2 hamba. erm, ok je ada abang sebenarnya. macam cerita awan dania, schubert serenade by hlovate, novel 3 campur 1= satu by ana farhana.
ada abang yang boleh kongsi cerita, nak mntak pendapat, nak MINTAK DUIT, nak suruh belanja, jadi driver saya, teman pergi jalan memana walaupun kena paksa dengan ibu dan saya pastinya. 

nasib la adik2 ku bukan kroni2 abang2 ku. kalau dok sakat ni, dari atas ke bawah, dari tua kepada yang muda je. berani adik2 hamba nak buli akak diorang ni!! memang nak sekel kepala tu. tapi, yang memang mereka berempat bersatu hati, berganding bahu dan hamba memang tak amik port ialah masa mereka main game. walawei, agak2 kalau yang pmpn sorang ni join sekaki, kusut la puan norhana. haha.

tapi, tak ble tahan bila masing2 dah keluarkan ayat2 nak mengutuk hamba yang paling pendek+lebar antara mereka. ehem..ehem,,saya wanita ye,, biasa la tu kalau rendang2 ni. tak bagus tinggi2 sangat ni, sakit tulang belakang, sakit kaki tau kalau tak dapat nak lunjurkan kaki. lagipon kalau kurus sangat, nanti susah nak bersalin. saya redha saya begini.<--ayat poyo.

walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan disini, bagilah hamba step by step untuk menerima ahli baru. masuk sorang2 la dulu. ni masuk 2 sekali gus. macam nak bagi kezutan jerk. tapi kalau dapat anak saudara kembar tak pe.hehe. 
wasalam.



4 sebut-sebut:

mar mp 86's said...

wah! 2 skali eh aini? em.. i know sape lg sorg ukhti tu.. hehe..

em. biasa la.. waktu2 mcm ni la family kte akan bertambah.. bersabar la.. ad gembira dan sedihnye..

tp, gembira ape? hehe.

i don't know when is my turn... *i mean, there will be a new family member that will be coming to our family*

" NuR Itu CaHaYa " said...

sabarla.. xlme turn kamu lakk

cahaya petunjuk said...

he2..hamba pown rendang jer..

Qurratu Aini said...

>>mar

haah 2 skali tahun ni. tapi yg 2nd la nikah dlu. insya Allah.
erk..mar..perasaan yang sukar untuk diterjemahkan.

>>abell

sila baca ayat dibawah dengan intonasi yang selalu saya gunakan ya:

ala, nak kawen... tapi xde sapa nak kawen dgn saya. mcam mne??

hehe..xda lah. kak long xkawen lg, xkan ak plak nak main lompt2 ni..

>>hidayah

rendang awak rendang comel inche hidayah..rendang saya, kena kutuk selalu..saya cdey, mcm mna??