Wednesday, February 9, 2011

nilai hantaran nak tinggi2...boleh???

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt. sihatkah?? makan sudah?? Alhamdulillah,,baru lepas mengeyangkan perut. rezeki dari Dia.

Okeh, ingin saya perkatakan disini tentang hal2 hantaran...kiranya,,ada kaitan sikit la pasal kawen.huhu..maybe sebab my bro dah nak kawen, jadinya, tetiba je terfikir pasal nih.

bab2 hantaran ni, bagi hamba, sangatlah merumitkan. lagi la kalau pihak lelaki. sebab ada certain2 pihak perempuan ni akan tentukan nilai hantaran yang mereka2 inginkan. macam my 1st bro, meminta akan orang sana RM 15k. manakala my 2nd bro plak kena RM 10k. 

walaupun hamba merupakan seorang perempuan, tapi kekadang, macam kesian pulak kat kaum adam nih. memang la kalau kita nak sesuatu tu, kita kena berusaha. tapi, kot ya pun, agak2 la. dulu ada sorang member ni cakap, kadang2 org2 ni tentukan hantaran ikut sang gadisnya belajar sampai tahap mana. tahap dip ke, dgree ke, phd ke. bak kata hipotesis, semakin tinggi peringkat pelajaran seseorang, semakin tinggi nilai hantaran yang bakal dikenakan.

belum tengok lagi barang2 yang orang sekarang mintak. semua nak serba satu. aceh. ni semua nak jadi mami jarum ke hapa?? musykilah kabirah...jangan la ikut2 orang atau semata-mata nak menunjuk2. baik mintak barang yang memang nak dipakai lepas kawen nanti. orang sekarang minta benda2 tu, orang dulu ada tak yang mintak sang lelaki bacakan ayat Al-Quran sebagai maharnya??

meletakkan nilai hantaran tinggi2 ni, gaya macam nak jual anak pulak. kang ada jugak yang tak kawen sebab orang tak mampu nak bayar hantaran. belum cerita pasal hutang2 lepas kawen.haila~ orang sekarang, lebih memikirkan kata2 orang daripada kesan yang akan ditanggung kemudian hari.

bagi teman, lebih baik buat majlis pun simple2 je, senang. bukan nak menunjuk2, nak dapatkan pujian dari orang sekeliling. mulut orang, tak boleh nak tutup. biarlah terbuka je, masuk lalat pon xpe. hantaran pon, tak perlulah tinggi2, cukuplah sekadar yang mampu. bukan memaksa orang untuk memampukan diri mereka. simpan duit untuk kehidupan lepas kawen lagi baik. takde la hutang sana sini. 

Rasulullah saw pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mempunyai paras rupa dan rendah maharnya.

bukan ke lagi bagus kalau perkahwinan tu dipercepatkan?? ni nak tunggu lama sebab apa? sebab nak tunggu duit cukup dulu, baru nak kawen. kalau hantaran tak terlalu tinggi, insya Allah, cepatlah orang2 kita ni kawen.

apa yang penting??? keberkatan tu lagi penting dari nak dok menunjuk-nunjuk kat orang lain daa~

owh, hidup lagi ye makhluk yang tengok darjat, pangkat wa harta nih...ingatkan dah pupus.huhu

wasalam..selamat ya semua..

5 sebut-sebut:

zikrulmaut said...

apa yg boleh dikata,
meninggikan mahar seolah2 menjual maruah wanita itu sndiri.


selalunya,
hanya mereka yg benar2 faham tuntutan agma shj akn merendahkan maharnya..

iammuslimah said...

he2..kawen2..
semenjak duamenjak ni..asek citer psal kwen jer eh..
(^^,)v

azni_1405 said...

>>zikrulmaut

benar itu..memahami agama dengan hati..

>>iammuslimah

huhu..tuan pegu..

Anonymous said...

isu ni sangat2 menarik bagi umi yg bace,,,hehe,,,sebab sem 4 umi blajar fiqh munkahat,,haa,,,ader la kaitan ngan link yg quratu wat tu,,,dlm tajuk,,,mahar yg melampu,,,(berlebih-lbihan),,,sebenarnyer mahar itu wajib ke atas suami untuk pasangannya,,,kerana itu telah ditetapkan,,tapi hantaran tu cume adat kiter melayu,,,bynk sangat kesan kalo nak cakap pasal bende ni,,,terutama pader masyrakat kiter yg kotemporari skunk,,,iaitu menghalang perkahwinan dari cepat kdp lambat,,,membuatkan bakal pengantin tertekan sesame sendiri,,,kalo kesan untuk perempuan pulak,,,nanti jadi andartu yg banyk,,sebab tak der orang nak kalo mintak hantaran yg tingi2,,,pastu bile dah mcm tu lagi kesannya jiwa akan bergelora bagi wanita,,,akan merindui suasana rumah tangge,,n mcm2 lagi,,,sayer stuju dengan ape yg quratu posy ni,,,mahar atau hantaran perempuan bukan diukur melalui kitinggian pangkatnyer,,tapi dari segi solehahnya perempuan itu,,,bagi umi yg blajar bande ni,,masyrakat sekarang lebih mengutamkan adat berbanding ibadat,,,ibadat tu mungkin mereka faham sebagai akad sahaj,,yg lain2 tu hanye bergantung adat,,,tak gitu ker???belajar la ilmu fiqh munakahat dgn maner2 tempat,,,pasti kemanisan berumah tangge itu akan terase,,,bagi yg bakal melangsungkan perkahwinan,,,umi mendokan kalian bahagia hingga akhir hayat,,bagi yg masih mencari,,teruskan berdoa,,agar 1 hari Allah akan pertemukan jodoh kita,,Amin,,,

azni_1405 said...

>>umi

hehe..trimas ye lantaran komen yang membina..huhu..malu saya..
hurm,,macam tu la org skrg, kalau suruh blajo ilmu dunia, laju ja. kalau xda ilmu dunia ni, semua nak kena pndg rndah. tp, kalau xblajo pasal ilmu agama, semua tak kisah..

owh,saya blajo tajuk tu ye tok short sem ni!! hehe