Thursday, January 20, 2011

tajuk apa yang sesuai ni??

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt.
ehem...ehem..macam banyak sangat perkara yang terjadi akhir2 ni. kusut jadinya. post kali ni, kalau dapat faham, alhamdulillah, berbangga saya dengan anda. sebab bila xde lappy kat depan mata, macam banyak je idea nak cakap pasal apa. sekarang ni, blank jee..

kat sekolah dulu, ada ustaz cakap, hidup jangan menyusahkan orang. 
minggu lepas, pergi isk, semalam ada tazkirah--> sumbanglah sesuatu untuk agama dan ummah.
sumbangkan walau sedikit.
 
hidup, jangan ibarat masuk dalam satu bekas yang dipenuhi air dan volume air yang tertumpah itu adalah volume kita. ibarat hidup untuk diri kita saja, tanpa memikirkan orang lain. buat hal masing2. buat tak endah. tak kisah, bena tak bena.
************
berdepan dengan manusia yang bertanya:
kenapa hafaz quran?
kenapa pergi usrah?
 
************
bila menulis, bercakap, melakukan sesuatu perbuatan,apa2 pon,diri sendiri yang akan dipertanggungjawabkan.
 
bila diakhirat, anggota2 yang selama ni diam tak berkutik, mula mengeluarkan hujah2, menceritakan apa yang telah dilakukan sewaktu didunia.
 
bila melihat sepasang kekasih berpegangan tangan, teringat, dosa2 kecil yang gugur seandainya jari jemari yang bertaut itu adalah jemari suami isteri.
 
bila memandang kepada seorang sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah swt, kepada ad-din, sungguh, dia sahabat yang baik.

bila lelaki dan perempuan ajnabi  duduk berdepan, diri sendiri pula menjadi malu.

bila melihat sahabat2 solehah meng'like' ucapan2 manja sepasang kekasih, hati terasa sayu.

bila melihat sahabat seolah-olah makin tersasar, diri bertanya, mahu dibiarkan saja? atau kujuga tersasar??

iman manusia naik dan turun. ujian yang diterima berbeza-beza. tapi yang pasti, Dia menguji hambaNya mengikut kemampuan. bukan suka-suka, tetapi kerana sayang. 

maaf ya semua...salam ukhuwah (>_<)

3 sebut-sebut:

little daie said...

yup,
Allah uji kerna sayang...(18:7)
Kita amal kerna faham...

^_^

iammuslimah said...

betapa bezanya antara mereka yang tahu dan mereka yang faham..

azni_1405 said...

>>little daie
kesimpulannya,,kita kena faham..
faham dengan hati..hehe

kalau blaja,,jgn dok menhafal je..

>>iammuslimah

adakah sebab hanya buat2 faham??
faham dan amal..insya Allah..

kita saling mengingatkan yerk...