Saturday, July 31, 2010

apa yang teguh??

بسم الله الرمن الرحيم


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus menghirup udara dibumi ciptaan-Nya. 
Akhir-akhir ni, semakin ramai pula sahabat2 teman yang demam dan ada juga yang suspek denggi Semoga mereka semua cepat sembuh. insya Allah. Dan salah seorang dari mereka ialah Asma binti othman jalaluddin aka aboj. Insya Allah, esok, kalau takde aral melintang, teman dan beberapa orang sahabat yang lain akan melawat dia di hospital pusrawi, KL.

owh, yang penting, Mardiah yg lead jalan. sebab semuanya bukan orang KL. haish, mereka2 yang dok dekat2 semuanya dah selamat berada dirumah masing2.
***********************************************
 
tak sangka pulak, pejam celik, pejam celik, dah hampir sebulan teman bergelar pelajar degree. kalau dulu, cuma berada dilaman universiti, kini teman akan meneruskan langkah untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi dengan menaiki tangga. harap2 teman tak tergelincir ditengah jalan. insya Allah.

tergelincir dipertengahan jalan. risau pulak bila memikirkannya. mungkin, kalau kita tak nak tergelincir, kita perlu berpaut pada sesuatu yang kukuh, yang dapat menyokong kita. walaupun sesuatu itu nampak kecil atau kelihatan goyah, tak mustahil, sesuatu itu yang mampu menampung kita, membantu kita.

begitu juga kehidupan kita. mungkin satu masa nanti, kita boleh 'tergelincir'. tapi tak bermakna kita akan terus terjatuh, terduduk tanpa sempat menyelamatkan diri kita. Lazimnya, tindakan spontan, refleks akan terjadi. contohnya, kita cepat2 sambar tangan orang yang terdekat dengan kita bila kita tergelincir sebab terpijak kulit pisang. kalau kat tangga, kita boleh berpaut pada pemegang tangga. 

dan akhirnya, kita terselamat dari terjatuh. 

tapi, kalau kita 'berpaut' pada sesuatu yang lemah, tak mustahil, bukan setakat terjatuh, malah sesuatu itu pon akan terjatuh bersama-sama kita.mungkin juga ia akan menimpa kita. bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. mesti lagi sakitkan...
sesuatu yang sangat teguh untuk kita berpaut padanya ialah ISLAM

dengannya, insya Allah, kita sentiasa kuat, sentiasa terpandu arah hidup.
tanpanya, kita boleh hilang pedoman dan melakukan sesuatu yang melampaui batas.

~amalkan cara hidup Islam sedikit demi sedikit dengan keikhlasan dihati. bukan Islam hanya pada nama. 

wasalam~




0 sebut-sebut: