Thursday, July 22, 2010

cuma seorang..

dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt.

haish, macam tak tahu nak tulis apa2 yang macam berilmiah disini. ketandusan idea, kekusutan fikiran dan bla..bla..

tapi just nak kongsi pasal kasih sayang ibu bapa pada anak..

2-3 hari lepas, call ayah, cakap nak balik..biasalah, bila ada gangguan emosi, teman jadi homesick pulak. kalau sebelum2 ni, just tahun2 exam besar je yang macam homesick, sekarang tak. tak de papepon, boleh homesick. huhu, cdey saya..

yah, nanti, minggu ni ain balik tau.

kenapa nak balik?

saja je.

naik apa?

 naik bas la.

dengan sapa?

sorang je.

takde kawan ke nak balik jugak?

entah, takde kot.

tak payah balik la. tunggu la, kalau ada kawan nanti, baru balik.

ala, kalau tunggu kawan, tak tau bila boleh balik. nanti,dia busy, ain free. kalau dia free, ain pulak yang busy.
malas la.

ni, ibu nak cakap.
..............................

akak nak balik sorang?

ha'ah.

tak payah la balik, sekarang bukan macam dulu. dulu angah ada, boleh balik sekali. ni. dah tinggal sorang, tak payah la balik.

ala ibu...

ni kalau balik nak buat apa?

ada nak amik barang............
....................

lah, tak payah balik la, biar ibu ayah je yang pergi sana.

ala ibu,,,saya nak balik la...

tak payah balik...cuba dengar cakap ibu ni. awak tu perempuan, sorang je anak ibu. penat tau bawa 9 bulan, tu pon tak nak keluar jugak. nak suruh keluar pon susah, sampai nak kena operate2. 
biar ibu ayah accident, mati tengah jalan,asalkan awak tak diapa-apakan orang.
diam..nak nangis..
hah, tak payah balik. biar ibu ayah je pergi sana.
erm, tak payah la. pos je pon boleh.
hah, dah, nanti bagitau barang apa lagi nak amik.
erm...ye lah. 
..................................................................................
adeyh,,setiap kali ingat, mesti rasa cdey je. ye la, sampai macam tu sekali, mau tak menangis. balik, memang nak balik, walaupun jadual macam dah penuh. haish. udah besar2 ni la baru nak homesick, masa kecik2 dulu tak pulak. hampeh sungguh.
tapi, sampai sekarang, tak bagitau pon, barang2 yg nak amik tu, sebab tak nak mereka2 itu datang. bukan tak nak jumpa, tapi takut tak kuat.

~kasih sayang tak boleh dijual beli.
~hargai kasih sayang mereka yang sudi memberinya kepada kita.
~belum tentu kita boleh dapat kasih sayang yang lebih baik seperti itu, dari manusia.
~hargai masa yang kita ada bersama mereka..



3 sebut-sebut:

AmirSyafiq said...

...
(nk.blk.jgak)

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

ko perempuan la
sbb tu mak ko risau..

jgn asik buat mak risau tau
nati ble ko jd mak
baru kau tau perasaan tu kay..

take care
:)

azni_1405 said...

>>amir syafiq
tau xpe..

>>miss serenity

huhu,,mak aku cakap kat bakal kak ngah aku, aku merajuk...

haish,,,susah den macam ni..