Monday, September 13, 2010

petunjuk

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah selamat berpuasa, selamat beraya selamat juga pulang ke rumah.

beberapa jam sebelum menyambut 1 syawal, seorang sahabat plkn menghantar mesej pada teman. biasalah, dah nak raya, keluar segala ucapan yg nak diucapkan.

tiba2 je dia tanya, kalau cakap pasal kebaikan orang, tu pon dah dikira mengumpat, kalau cakap pasal keburukkan orang?
 mana lagi baik, pakai tudung pendek sebab Allah atau pakai tudung labuh sebab organisasi?

walawei, bagiku soalan tepu time2 gitu, lemah den.

masa tu terdetik jugak, tiba2 je tanya, sebelum2 ni takde pulak. ada problem ape minah sowang nih.
then, jawab la, kalau ckp yang baik2 mengumpat, yg buruk2 bukan setakat mengumpat, tu siap dengan kutuk2 lagi ada la.

last2, aku juge kena marah. sempat lagi nak main2 kan org.

tapi, soalan kedua, kucuma jawab bergantung pada diri sendiri. ada je ayat Quran yg maksudnya, apa2 yg kita buat, depends pada niat kita. kalau niat kita kerana Allah, insya Allah, dapat pahala, kerja yg kita buat tu pon dikira sebagai ibadah. kalau kita buat sebab nak dapat duit ke, sebab orang lain ke, harta ke, kita dapat jugak apa yg kita nak, insya Allah. tapi kerja tu tak termasuk dalam ibadah la. cuma rutin harian biasa je.

tapi, kalau pakai tudung biasa, okey je, selagi menutup aurat. ada je yg pakai tudung labuh sebab nak nampak baik atau mana2 sebab yg berkaitan la.

orang selalu cakap, kalau bab tudung, nak tunggu dapat seru dulu. hampeh sungguh. seruan suruh pakai pakaian yg menutup aurat tu dah lama dah. cuma dapat hidayah atau tak je.
tapi, hidayah tu, bukannya tak boleh dicari, kita yg kena berusaha cari hidayah, dapat atau tak, tu hak Dia, nak bagi tau tak.

macam aku dulu, start pakai tudung masa darjah 5. budak2 semua cakap, lambatnya, aku pakai tudung. diaorg semua dari darjah 1 lagi dah pakai tudung. masa darjah 5 tu pon, aku pakai sebab ikut2 orang je, sebab makcik aku pakai tudung. tapi, alhamdulillah, Allah bagi hidayah padaku untuk terus tutup apa yg perlu ditutup. mungkin, masa kita cuma nak ikut2 orang tu, just nak cuba2 sekalipon, kalau Allah nak bagi kita petunjuk, nak bagi kita cahaya, boleh je sebenarnya. sebab tu semua hak Dia. kita bukannya siapa2 yg nak persoalkan bila kita nak dapat hidayah tu.

pendek atau labuhnya tudung bukan ukuran pada iman dan takwa kita. kadang2 persekitaran yang mempengaruhi pemakaian kita.

bab fesyen2,, buat apa yang hang pa nak buat, asalkan tutup aurat. kalau dah teringin kebeno nak pakai selendang tu, carilah yg tebal+panjang+lebar. aku tengok, ada je orang arab pakai yang tak nampak bayang pon, sweet je tengok. sejuk mataku ni. kat malaysia, rasa macam nak lap tingkap je. berpakaian, tapi bertelanjang. terlalu mudah ikut budaya barat.

pastu, mungkin, disebabkan member ku nih belajarnya di terengganu, yang majoritinya kelantan+terengganu, so, mereka2 tak ble terima bila memberku ni pakai tudung biasa je. lagi pon, dia ni jenis selamba, jadinya ikhtilat itu pon selamba je. kalau macam kat usim tu, ada yg jaga, ada yg tak. maksudnya, pandai2 la jaga diri, pilih kawan, yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

kesimpulannya, keputusan ada ditangan anda. tepuk dada, tanya iman.

wasalam.

5 sebut-sebut:

fitrijohari007 said...

pd saya pasal pendek dan labuh tu, elok pakai yg labuh...sebab kan ada firman Allah yg suruh kita melabuhkan tudung dan menutup dada...

memang bergantung atas niat..tapi kewajipan utk menutupnya yg diutamakan terlebih dulu..sebab ianya dah jadi satu kewajipan@perintah..ikhlas atau x jatuh no 2...

same jugak utk yg nak tunggu hidayah dulu baru nak pakai...kalo dah wajib pakai.maknanya mmg wajib la..ikhlas ke x itu cite no 2...

AmirSyafiq said...

yg.mbezakn.kita.bukan.permulaan.eh.
pengakhiran.tuh.yg.penting.

jgn.terlalu.yakin+pasti.dgn.apa.yg.kita.ada.sekarang.

negerist.huh.
(apa.bezanya.dgn.racist?)

azni_1405 said...

~amirS

yup. setuju, yg membezakan adalah pengakhiran.bukan awalnya.
huhu..yakin+pasti kena ada, cuma tak ble terlalu. sebab kalau over, lain pulak jadinya.lagipon, semuanya Dia yg tentukan.

negerist??-->yg ditulis kelantan+terengganu??

sebabnya mereka lebih islamik kalau nak dibandingkan dgn negeri2 lain. lebih terjaga. member hamba ni macam xble nak terima coz dia agak bebas sikit orangnya.mesti la kena pandang badi je dengan org2 sana.

~fitrijohari007

pakai tudung labuh, memang baik. tapi, untuk siapa2 yg baru2 nak mencuba pakai tudung, kena mula sikit2 dulu. bila dah selesa, dah biasa, bagus jugak kalau tukar kepada yg lebih baik.

nak berdakwah tidak mudah dan tidak susah.

kita kena tunjukkan keindahan islam tu dan mudahnya ia.

fitri said...

erm...btol juga tu..melabuhkan tudung x semestinya tudung labuh mcm yg kita selalu jumpa...asalkan sudah tertutup sudah memadai...

apapun dah tutup aurat pun dah cukup bagus..mulakan sikit2 drpd xpakai langsung...thkz 4 sharing~

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

i have asked one ukhti

masa tu..
time ragu-ragu lagi
nak pakai tudung labuh ke tanak..
ye lah..
nanti expectation org tinggi melampai..

tapi ukhti tu cakap
enti buat semua tu sebab sapa?
kita fikir balik
kita renung balik
kalau betul niat kita kerana Allah
tiada alasan lain yang boleh kita berikan

dan berkaitan niat..
soal hati
dan dalam hati
hanya empunya badan dan Tuhan saja yang tau..

moga istiqamah :)

hamba-Nya yang Jahil