.بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ni, lepas terawih, pergi makan ais krim!!!
hoho,,macam dah lama plak tak makan ais krim. walaupun hujan, itu bukanlah penghalang.
ceh,,ayat....xble blah...skemas..
owh,,sekejap je kita dah masuk dalam fasa terakhir dalam bulan Ramadhan ni. lagi berapa hari je nak masuk Syawal. dan itu bermakna, bulan penuh kemuliaan ni akan meninggalkan kita. tak tau dapat hadapi lagi ke tak Ramadhan akan datang. bak kata Muna, tempoh untuk bulan promosi pahala ni dah nak tamat. kalau kita tak rebut peluang, sungguh la kita rugi.
hari ni, 30 ogos. lagi berapa jam je nak 31 ogos. mesti semua dah sinonimkan tu tarikh apa..
national day dalam bulan yang mulia. tu pon satu kelebihan jugak. tapi kita la yang kena pandai2 tentukan macam mana kita nak hadapi kedua-duanya. dengan cara macam mana, kita yang tentukan. sama ada nak g sambut dengan member2 kat mana2 kelab dok teguk benda yg pelik2 atau mana2 masjid@ surau, wat doa selamat.
contohnya, ada satu hari, pergi mega lanes kat Endah Parade,hehe,,main boling setiap rabu. koko la katakan.
ehem,ehem,,ada 'kenduri' nyanyi lagu bertemakan cinta.
haish,,macam2 la sekarang ni. tapi tempat tu, majoritinya Chinese, maka, agak pelik la bila dianjurkan begitu.
erm,,tu la namanya strategi perniagaan, nak dapat duit lebih, kena la anjurkan begitu. maybe sebab mereka2 itu tau yang x semua orang Islam ni akan berterawih. maka, begitulah perancangannya.
~begitu mudah anak melayu dipengaruhi dengan hiburan yang melalaikan--> owh, terasa,,mp3 selalu ditelingaku.
erm,, dari segi fizikal, insya Allah, kita dah merdeka. tapi, dari segi mentalitinya, kita masih dijajah. tak tau bila
kita akan 'merdeka'.
bila masa semakin hampir kepada detik 12 malam, makin risau jadinya. boleh tak kalau esok2 ni tak nak tengok cerita2 pasal makhluk2 yang hilang kegadisannya di malam merdeka? atau anak haram di malam merdeka? atau apa2 je yang seumpama dengannya.
dah penat nak tengok, nak baca. macam takde cerita lain. nyawa manusia sekarang dah macam nyawa nyamuk, boleh sesuka hati je nak 'tepuk' pastu mati macam tu je. nyamuk tu pon kira okey lagi la sebab sempat nak larikan diri lagi, ni, yang manusia ni, tak sempat nak jadi 'nyamuk' , baru je tahap larva, dah kena bunuh.
~kucuba jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas, insya Allah~
marilah kita berusaha bersama-sama. walaupun dah nak habis, sekurang-kurangnya kita cuba.
wasalam.
2 sebut-sebut:
weh.. aku sakit perut
kali ni merdeka x meriah sgt katanya..sbb hormati bulan ramadhan..abes kalau bkn bln ramadhan cne pulak tu..haish..
Post a Comment