Sunday, November 14, 2010

UPSR disekolah..

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. selamat sudah majlis kenduri kesyukuran untuk adik bongsu teman yang beroleh 5A dalam UPSR. ngelat la dia, dapat banyak duit. huhu..
 

ehem,,ehem,,nak cerita masa hari amik result hari tu. teman ikut la inche ibu pergi sekolah adik teman tu, merangkap sekolah rendah kami adik-beradik. 

sampai sekolah, dah ramai jugak parents dok menunggu masa nak diumumkan result tu. teman pulak, datang bukan sebab nak tengok adik. datang tu, sebabnya, yang itu, adik yang bongsu. dah habis sekolah rendah. mestilah lepas2 ni macam susah nak turun sekolah untuk menjenguk cikgu2. kesimpulannya, pergi sebab nak jumpa cikgu2 sekolah dulu. lama kowt, tak jumpa.huhu..

pergi bilik guru, jumpa la mana2 cikgu yang ada, sebab lebih ramai cikgu2 yang dah turun ke dewan. result tu, diumumkan lepas waktu rehat (kot). lepas tu, turun la pergi dewan jugak. masa dah sampai dewan, memang perasan la, semua budak2 ni tengok2 jerk..segan den. tapi, buat tak tau la.

dah umum result, teman pon jumpa la sorang cikgu yang agak meriah sikit orangnya.hehe. dah salam, peluk cium semua, tiba2 dia suruh teman pandang depan--> masa tu, kat depan dewan kowt!! depan semua kanak2 nih!! 

ha murid2, kenal tak kakak siapa ni?

kakak Bazil!! (adikku ketua pengawas sekolah tu)
 
dan beberapa dialog lagi....
alahai cikgu, saja je kowt, nak bagi semangat kat adik-adikku itu untuk belajar. poyo giler bila teman jadi contoh pada mereka itu. huhu. ye la, bila kita dari sekolah yang sama, tak mustahil nak capai kejayaan macam senior2 kita yang terdahulu. budak2 ni, bila cakap belajar kat uni je,,oooOOoooo....( macam teruja giler kowt)

tapi, bukannya tau pon usim tu apa...haila
cdey saya.

balik rumah, bukak fb. dah ada la pulak budak2 ni yang add teman. dengan cikgu2 sekali ada.haha
ramai kowt!!! haila awak2 ni...macam2 daa~

papepon,,tuntutlah ilmu walau dimana jua, betulkan niat dan ikhlas kerana Allah. bukan untuk masa depan saja, tapi untuk agama kita juga. insya Allah.

3 sebut-sebut:

Nurul Athirah said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Athirah said...

yup
kita tuntut ilmu jadi mujahid..
buktikan kat dunia, org Islam pun boleh berjaya..
dan boleh jadi lebih maju dari Barat..


p/s: good is the greatest enemy of great =)

Qurratu Aini said...

yeoh,,
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..