Saturday, February 19, 2011

:tanGGungjawab:

بسم الله الرحمن الحيم
 
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi untuk meluahkan sesuatu kat blog nih. walaupun selalunya post2 nya entah hapa2 ja.

sekarangkan..musim untuk kita, sebagai pelajar untuk mengundi makhluk2 yang berkelayakan untuk jadi ahli MPP. mungkin ada sesetengah orang yang merasakan bahawa memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi adalah perkara yang boleh dibanggakan. tak kisah la, setiap orang ada pandangan masing2 kan. perspektif orang berbeza-beza. 
bak kata seorang akhi, jadi ahli dalam komuniti ni, tak dapat pape pon. masa untuk belajar makin berkurang, nak rehat pon tak sempat. penat , letih. biasalah tu. kalau dah jadi orang penting nih, macam2 dugaan yang bakal dihadapi,dengan kerenah anak2 buahnya lagi. tapi, insya Allah, kalau ikhlas, ganjarannya tetap ada disisi Allah swt. yakin dengan Dia. Dia sentiasa menolong hamba2 Nya. apatah lagi orang2 yang menolong agama-Nya.

memegang sesuatu jawatan, bukan mudah. seolah-olah menyerah diri untuk dihumbankan ke dalam neraka. lebih2 lagi bila kita yang bertanggungjawab ni, tak memainkan peranan yang sepatutnya. bila orang serahkan sesuatu tugas kepada kita, bermaksud mereka percaya kepada kita. dan sekarang, kita kena menjaga segala kepercayaan yang telah diberikan. 
 
masing2 mempunyai tujuan tersendiri yang ingin dilaksanakan bila diri dah sah memegang jawatan tersebut.
tiba2 teringat akan Sultan Muhammad Al-Fateh. seorang raja yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik. mungkin hadis yang Rasulullah saw pernah lafazkan ini telah terbukti kebenarannya. tapi, mengapa tidak kita cuba menghidupkan suasana seperti ini kembali? Kalau baginda boleh memerintah negara dan merancang strategi peperangan  mengikut acuan Rasulullah saw, mengapa kita dizaman ini tidak cuba untuk mempraktikkannya juga? kita lebih beruntung sebenarnya kerana hanya memegang tampuk pemerintahan dalam saiz yang lebih kecil berbanding Sultan Al-Fateh.

Islam itu indah. islam itu syumul. semuanya dah ada, cuma kita je kadang2 tak mengamalkannya dan kadang2 xperasan pon yang sesuatu perkara tu dah dinyatakan dalam islam.

tanggungjawab, tak semudah yang dibayangkan. amanah, tak seringan yang difikirkan. dan kita, sebagai manusia telah berjanji untuk memikul semua itu.


2 sebut-sebut:

iammuslimah said...

two thumbs up!

azni_1405 said...

owh..1 ckp la..malu saya..