Dengan nama Allah yang maha melihat lagi maha mengetahui
Assalamualaikum semua,,juz nak berkongsi mengenai emOsi.
Emosi aka emo..dan yang sewaktu dengannya.
Semua orang telah dikurniakan emosi oleh Pencipta kita. Mungkin sesetengah orang fikir emosi ni lebih kepada kaum hawa sebab kalau touching sikit pon dah meleleh air mata..
Hehe,,memang la. Bukan ke Allah kurniakan wanita itu lembut hatinya??
Tapi,,kaum adam pon ada jugak emosi atau perasaan nih,,sebab setiap manusia ada hati dan perasaan.
Cuma,mereka nih,susah sikit nak mempamerkan emosi mereka,,tapi berhati-hati ya..takut ada yang masuk hospital, gara2 berperang dengan emosi sendiri.
Kalau difikirkan semula,emosi seseorang sebenarnya amat berkait rapat dengan kewarasan fikiran.
Nak tau kenapa??
Okey, cuba kita renungkan…
kita andaikan diri kita sebagai seorang wartawan.
Pada suatu hari, kita mendapat arahan untuk bertemu dengan seorang gadis yang terselamat dari percubaan dia untuk membunuh diri. Kita bertemu dengan dia dihospital yerk.hehe..
Kita berbual-bual dengan dia. Kita bertanya dan dia bercerita sebagai jawapan kepada soalan kita.
Si gadis mempunyai seorang kekasih sejak sekolah. Berkasih sayang, menganyam buih-buih cinta. Segala-galanya indah sehinggalah tamat zaman persekolahan. Bila si dia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan si gadis masih di situ. Menanti kekasih hati menamatkan pengajian, ketika ini, si gadis bercerita dengan penuh senyuman, mungkin mengenangkan saat-saat bahagia bersama si dia.
Di awal perpisahan, tiada apa yang berubah. Setiap hari si dia telefon, rindu katanya. Tetapi, setelah sekian lama, bila kerinduan itu pudar, si gadis mula sedar dan mencari penyebabnya. Owh, si dia sudah ada pengganti. Si gadis kecewa dan ingin menghilangkan kepedihan yang ditanggung lantaran merasakan dirinya tidak mampu untuk meneruskan hidup tanpa si dia. Si gadis mula menangis teresak-esak.
Ketika ini, apa yang terdetik dalam hati kita?? Ramai lagi lelaki lain yang boleh mengubati kelukaan dihati dia, buat apa nak bunuh diri. Membazir je. Dan macam2 lagi dalam fikiran kita.
That’s it!!
Kita bercakap menggunakan akal fikiran yang waras dan rasional. Tapi si gadis membuat keputusan ketika dirinya diamuk perasaan dan emosi yang tidak stabil. Ketika dia hilang pertimbangan untuk menilai sesuatu keputusan.
Sebab itu la,, bila emosi kita tak stabil, baik jangan cakap apa2, takut lain pulak jadinya. Lebih-lebih lagi masa tengah marah. Syaitan sangat mudah menguasai diri kita semasa kita tengah marah!!
Contohnya, kalau suami isteri bergaduh, kalau si suami tak pandai nak kawal keadaan, tak mustahil ada yang kena cerai kat situ. Sebab tu jugak la talak di tangan suami, sebab lelaki tak dikuasai emosi sangat macam perempuan. Lagi pun, akal lelaki ada 9, lebih kepada berfikiran rasional.
Nak sejukkan hati yang tengah panas berasap pon ada caranya. Antaranya berwuduk, kalau tengah berdiri, kita kena duduk, kalau tengah duduk, kita kena baring. Macam tu ler.
Keyh,,tu saja la,,semoga kita sama2 dapat mengawal emosi kita sendiri.
Wasalam.
2 sebut-sebut:
menganyam buih-buih cinta?
pekhh, ayat ko x bley blaa
saje nak cakap
pompuan lebih emo
lelaki lebih ego
kalau dua2 bergabung egomo..
hahahaha
walawei,,
mesti r,,kate dak sastera,,huhu
k r tu,,egomo,,
law x jd gomo jaa..
haha
Post a Comment