Friday, December 16, 2011

*__*

بسم الله الرحمن الرحيم

Dekat tak semestinya rapat
Jauh tak bermakna lerai
hilang belum tentu  terputus
wujud mungkin sekadar luaran...

Thursday, September 8, 2011

BAPA (angkat vs kandung)

بسم الله الرحمن الرحيم
 
"... Allah tidak menjadikan anak angkatmu sebagai anak kandungmu.
Yang demikian hanyalah perkataan dimulutmu saja..."
 
"Panggillah mereka (anak angkat) dengan memakai nama bapa-bapa mereka.itulah yang
adil disisi Allah swt..."
(Al-Ahzab, 4-5)

 Assalamualaikum wbt.

Perkara ni, dah lama saya perhatikan dan dengarkan saja. Tapi baru sekarang ni terdetik nak tulis berkenaan hal ni. Mungkin sebab ianya berkenaan dengan hukum-hakam Islam yang semakin dipandang enteng saja.

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk bercakap tentang hukum sebab saya manusia biasa yang masih belajar. Tapi, disebabkan saya ada seciput ilmu yang berkaitan dengannya, teringin la jugak nak berkongsi. Sebagai pengajaran, ilmu dan peringatan bersama.

Ada apa dengan ayat  4 dan 5 surah Al-Ahzab kat atas ni??
 
Ayat ni diturunkan apabila Zaid bin Harithah, anak angkat Nabi Muhammad saw dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad. Hinggalah diturunkan ayat ini yang menyuruh supaya anak2 angkat dibin atau dibintikan dengan bapa kandung mereka. (selebihnya boleh cari sendiri ye)

Cuba bayangkan kalau anak2 angkat kat dunia ni dinamakan dengan nama bapa angkat mereka...
Serabut tak susur galur keturunan family tu?? Bila fikir pon dah kusut, nak bayangkan, lagilah keliru.

Tapikan, sekarang ni, makin ramai pulak yang dok letak nama bapa angkat berbanding nama bapa sendiri.
Kenapa ye??
Sebab nak menghargai jasa dia yang menjaga dan membesarkan kita?
Yup, memang kita kena hargai+balas jasa dia, tapi bukanlah sampai mengabaikan hukum agama. Banyak lagi cara untuk membalasnya kan...

p/s: take note ye ('-')Y


 
 


Friday, August 19, 2011

Dugaan sungguh la...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam readers.
Acewah, macam ramai sangat la yang baca yerk..nak citer2 ni..

First sekali, sebelum mula cuti lagi, pekerjaan yang sesangat nak buat ialah..cleaner. Jangan tanya kenapa ye, sebab hamba pon tak tau kenapa teringin sangat nak kerja tu. Tapi, inche ibu pulak tak bagi dan inche ayah pulak carikan kerja kerani. Oleh sebab macam banyak sangat hal yang berlaku, akhirnya, hamba pon bekerja sebagai operator perngeluaran saja. Secara kontrak ye,sebab senang sikit bila nak resign nanti dan gajinya pon lebih tinggi berbanding jadi pekerja company.
 
Ni macam jadualnya ye..
kerja 12jam. 8pg-8mlm
 
 
 
10-10.10pg--> break
12.30-1--> lunch
3-3.10--> break
okeh. hamba bagi waktu rehat2 je la. selain dari waktu tu, semuanya waktu bekerja. Company tu, ownernya adalah orang Jepun. Jadinya, xda la disediakan waktu solat yang khusus. Tapi, alhamdulillah, ada la disediakan surau (rasanya ada orang yg request kot). Setiap kali waktu rehat je, mesti ada loceng. Kalau sesiapa yg biasa tengok cerita2 Jepun, bunyi bell dia, macam tu la. mana2 cerita jepun la, sama ja.
 
Solat
Kilang tu, sangat besar dan kalau nak pergi suraunya, sangat la jauh. Lagi besar dari bangunan fakultiku. Adoyai, bayangkan setiap kali break, memang terkejar-kejar nak ke surau dan memang pecah rekod la sebab solat express. Sedih la bila solat macam tu. Rasanya berjalan nak pergi ja dah 2minit sebab jauh + naik tangga untuk 2tingkat punya. 

Kesimpulannya, bila dah ambil masa untuk jalan saja, mestilah lambat sampai kat area tempat kerja yang hamba ditempatkan tu. Pernah sekali tu, 2-3 org lambat, termasuklah hamba ye. Sampai2 je kena sembur dengan leader kteorg. lambat 3minit ye masa tu. Sebab memang dah disetkan masa, jadinya, lambat berapa minit pon boleh tau.

"Saya bukan tak nak bagi kamu sembahyang, tapi bila dah waktu kerja tu, kerja la. jangan lambat2"
 
Kami pon diam saja. Aku pandang kau. kau pandang aku. 
Kalau datang surau, dah cam muka2 nya. balik2 muka ni ja. Muka lain kalau nak jumpa, kat cafe je la. Bak kata kawanku, orang melayu gila duit. Mana taknya, bukan senang nak jumpa orang yg solat. Yang tua ke, muda ke, sama saja. enggak solat sih.
 
Tu, belum dikira lagi bila kami TIDAK dibenarkan solat asar. Sampaikan ada seorang sahabat tu, solat asar pada pukul 7.05 malam ye.Iaitu ketika waktu rehat kami, untuk bulan Ramadan ni. (T_T)

Kekeliruan gender

Ehem...macam best tak tajuk yang ni??
Hamba mengalami masalah nak mengenali gender seseorang dengan begitu serius sekali ye.
 
Pertama. Ketika sedang berjalan ye... nampak seseorang dan terdetik dalam hati, pergh, lelaki jambu. Kulit dia sangat bersih+licin. Bibir pon pink. Tengok lama2 sebab nak kenal pasti betul ke lelaki dia nih? ke perempuan?? tapi, macam segan pulak. buatnya dia lelaki, tak ke malu je tengok dia lelama??
Akhirnya...kawanku panggil dia..Kak A!! yeah..itu dia. Perempuan. Kawanku cerita, dia tu perempuan, suara pon lembut je. Kalau tak dengar suara @ tau nama dia, mesti ingat dia lelaki, sebab dia merokok. saya cakap, dia tak macam orang yang merokok pon sebab bibir dia tak macam orang yg merokok. huhu...

Kedua, budak baru masuk. Macam sangat pelik la kalau lelaki yang jadi operator. Sebab operator semuanya pmpn. Yg lelaki, kalau ada pon, yang kena susun+angkat kotak ja. Bila leader hamba panggil dia. Masya Allah, namanya sedap saja. Kawan saya cakap, kat tangan dia, dia ada ukir sesuatu. Mak cik sebelah saya cakap, dia punya halkum macam lelaki. 
Disana, tomboy dan pengkid agak ramai la jugak. Belum kira yang lesbian pulak...

Ketiga, dari kejauhan...wah, sangat cantik la akak tu. Bila sampai depan mata, mestilah kita nak tengokkan, biasalah, benda cantik, tengok sekali pon tak puas. Gaya macam nak menilik muka orang tu ja. Mula ja dia bergurau senda dengan leader hamba. Adoyai...mengapa begitu pula suaranya....
Dan fikirku, tak mustahil kalau dia ada buat pembedahan...

Dan ramai lagi...

Puasa
Bila waktu nak berbuka, sangat ramai...penuh cafe. Bila nak solat, sangat lengang. Sampai lambat kat area tmpt kerja..kena marah lagi.. cdey saya...
tengah2 buat kerja, ada orang diri kat sebelah, Perempuan. Islam. bau rokok.
Hamba pon diam saja. Orang barukan...Tapi, rasa selemah-lemah iman masa tu...

Dugaan sungguh berada diluar nih. 

Doakan saya. Doakan kita. Doakan mereka juga 8->

Moga2 kita semua diberi hidayahNya, dan kita pon berusaha untuk memperolehinya..Amin...








Wednesday, July 13, 2011

lain website, lain mazhab..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam semua...
fuh, macam sangat lama ya x mengupdate blog ni..xpa2..janji macam ada yang sudi nak membacanya dan ada jugak rupanya yang tertunggu-tunggu hamba meluahkan sesuatu disini..hehe...malu saya...

Alhamdulillah, dah hampir seminggu dok rumah. dah penat dok rumah, jadi maid kejap. esok mula kerja..kerja apa?? jangan tanya,,janji halal yep..

owh, berkenaan post kali ni, nak membicarakan tentang sesuatu yang berkaitan dengan subjek kami masa short sem iaitu fiqh ibadah dan munakat. Kedua pulak aqidah islamiah.

Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ni kelihatan biasa, tapi, tetap nak ingatkan jugak. untuk pengetahuan bersama gitu.

oleh sebab subjek2 ni kami belajar sepenuhnya dalam bahasa arab, mestilah ada kalimah2 yang macam tak tau kan..apatah lagi bagi org2 yg memang slow macam hamba ni. huhu..cedey saya..

jadi, alkisahnya, bila rasa malas dah menjelma, mestilah nak translate guna miss goOgle saja disamping websites yg mcm boleh dipercayai.

berkisar tentang website ni, ada la sahabat2 yg cakap, ada website yang isi kandungannya sama sesangat macam dalam buku. Dan hamba dengan segera menggOoglenya...

Bila dah jumpa, memang la sama. kesimpulannya, macam senang sikit nak faham la sebab dalam BM je. tapi, dalam exam, tetap dalam BA, maksudnya, kena lah baca dua2 utk faham+tau maksudnya itu...

tapi, yang jadi isunya, bila dah banyak sangat bukak laman web ini, makin lama makin pening..sebabnya, hamba tengok mazhab lain punya fahaman...teeeeeettttttt...
oohhh...yeesssss...memang la namanya pon belajarkan. keluar segala mazhab yang ada..dah la mula2 tu macam tak perasan sangat tu berkenaan mazhab lain yang akhirnya membuatkan hamba keliru dengan segala hukum yang ada.. tapi, alhamdulillah, akhirnya mendapat hidayah..okey,,tutup dulu yang itu, cari yang lain, yang berkaitan ye..sebabnya belajar last minit..itulah padahnya belajar masa2 kecemasan.

kesimpulannya disini, jangan terlalu bergantung pada websites untuk cari maklumat. apatah lagi yang berkenaan dengan hukum hakam agama.

Sunday, May 15, 2011

suatu kepastian...

بسم الله الرحمن الرحيم



 Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, selamat sudah final exam. esok dah start short sem dan sekarang ada mood+idea untuk update blog ni.

sabtu,
 Rehlah !! yeay..fuh agak semangat walaupun tak tau ke mana arah tuju Wara'(nama kereta Myvi seorang sahabat). Tiba di destinasi--> Bagan Lalang. Owh, tiba di pantai sudah...
Aktivitinya, taaruf dengan mencari persamaan antara sahabat2 yang hadir, dibahagikan kumpulan untuk memasak dan group hamba perlu membuat coleslow saja.

dah siap, kena tolong group lain bakar-membakar pulak. dan hamba kena dok jaga api+arang...haila, pengalaman membakar keli+ayam di rumah Limah takkan kulupakan. Banyak pengajarannya.
santapan tengah hari kami berlaukkan (ayam+ikan+kerang) bakar. 

Petang, dok main explorace. meng'explore' sejarah islam.
Lepas asar, bertolak ke Senawang untuk aktiviti seterusnya. Tiba disana-->Maghrib. 
Selesai mandi, tengok hp, 3missed call, 1message.

Oh, apakah?

Dikhabarkan pakcikku meninggal dunia petang tadi, di Sepang.
Akhirnya, selepas program pengisian oleh Kak Nida, ku dihantar pulang ke rumah sewa. 
Sampai rumah, confirm la gelap-gelita, dah pukul 12 pon. Tak tau la berapa kali lagi hamba akan berpeluang untuk jadi cinderella lagi.hehe..rasanya ini kali ketiga..

ahad,
Bergerak ke rumah arwah di Sepang. Bersama familyku. 10minit duduk, van jenazah tiba untuk bawa jenazah ke masjid terdekat.

Semalamku bergembira, hari ini ku bersedih. Putaran hidup. Yang hidup pasti akan mati.

Tiba dimasjid, macam2 yang kufikirkan. Melihat gelagat manusia.

Bercerita itu dan ini. Seolah-olah tidak mengambil iktibar dari sebuah kematian. 

Tiba-tiba, 
"Ain, kalau isteri nak cium jenazah suami boleh tak?"

Terpinga-pinga sebentar. Erm, sebenarnya, dah lama soalan ni bermain difikiran, tetapi hamba sangatlah pemalas untuk bertanya, dan akhirnya hamba pula yang ditanya. Kusut jadinya..

"Erk,,tak pastilah pulak. Kenapa?"padahal dalam hatiku berkata-->boleh.
tapi ni soal hukum. takkan nak main redah je jawab.

"Tadi ada ustazah tu cakap, isteri tak boleh cium suami. Nanti batal wudhu'."

Memang la batal. Dah nama pon laki bini...
last2, ibuku berkata, " Cuba telefon ustazah awak, tanya dia."

Aduh, ni lagi satu. Rasanya sejak masuk usim ni, lagi ramai ustaz yang mengajar aku dari ustazah. Kalau ustazah ajar pon, mana la hamba amik no hp mereka2 tu.

Dan akhirnya yang menjadi pilihanku adalah akak usrahku sendiri. 
jawabnya, " Rasanya tak batal sebab arwah dah meninggal, dia dah tak de tanggungjawab lagi. Tapi, orang yang cium dia tu, batal la wudu'. "

Aku pula, berdasarkan pembacaanku tidak berapa lama dahulu, wudu' jenazah tak batal, sebab bukan dia yang angkat wudu' tu sendiri. tetapi orang lain. tetapi, wudu' kita yang masih hidup ni, batal la. 

Seorang sahabatku berkata, kalau orang sakit, kadang2, kita yang angkatkan wudu' untuk dia, kalau bersentuh, batal jugak. sama la kot macam jenazah.
pendapatku pula, itu mungkin sebab dia masih bernyawa, masih punya tanggungjawab. kalau dah meninggal, dah xde tanggungjawab lagi, terputus amalan suda...

Dan akhirnya, jawapanku adalah--> tidak batal. tetapi, masih ada keraguan dalam hati ini. Apakah jawapannya??

ketika sesi memberi penghormatan terakhir, kulihat sepupuku. Dia kucup wajah tua bapanya sepuas hati. Seolah-olah ingin melepaskan rindu yang terpendam. Seumur hidupku, tak pernah kulihat keadaan sebegitu. Bila kulihat keadaan sebegitu, barulah mataku terasa memberat. Sebak melihat dia. Apatah lagi hanya tinggal dia seorang. Sebagai seorang anak lelaki untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga Menjaga ibu, kakak dan adik-adik perempuannya.  Dia sebayaku. cuma muda beberapa jam saja dariku. Ku lahir pukul 10.24malam, dan dia pukul 12.21malam.

Ibuku mengambil giliran untuk memberi penghormatan dan aku selepasnya. Berdebar, seram sejuk, mengigil tubuhku walaupun ini bukanlah kali pertama aku mengucup sekujur mayat. Tapi...entahlah. Selepas mengucup dahinya, kusegera berlalu. Tak mahu ditegur lagi oleh makcik ku seperti dahulu ketika aku merenung lama wajah jenazah nenek saudaraku tanpa kusedari.

Selepas semuanya selesai. Sepupuku memeluk lagi tubuh kaku itu dan dikucupnya lagi. Dan pak cik yang lain segera memujuknya kerana jenazah ingin disolatkan. Ibunya turut memujuknya supaya mengambil wudu' kembali. dan akhirnya yang terucap adalah, "Mak, abah..dia sorang. Takkan angah nak tinggalkan dia."

"Abah dah takde Syafiq. Ingat Allah nak."

Dan dia ditarik menjauhi jenazah ayahnya. Sebak, dan aku hanya menangis dalam diam. Seingatku, dialah yang menguruskan jenazah ayahnya dari awal. Malah dia turut turun ke dalam liang lahad walaupunku tahu dia tidak pernah melakukan semua itu lantaran tingkahnya yang agak kekok. Tetapi, dia berusaha juga. mungkin dia berasa itu tanggungjawabnya. Hanya dia waris lelaki.

kemudian, dengar pula suara--> owh, dia tutup semua, kalau kat arwah A dulu, dia bukak muka je. yang ini, memang selubung semua.

Ku lihat. memang orang yang menguruskan jenazah tu menutup semua. tak terbukak langsung. Tak tahulah. Mungkin caranya berbeza mengikut tempat atau telah berubah seiring perjalanan waktu. owh,,kena pergi kursus uruskan jenazah lagi kowt...

Ketika kuingin keluar dari bilik tersebut ketika jenazah ingin disolatkan, terdengar pula, "kalau nak cium, masa tengah hidup. Orang tu bernyawa lagi. Dah mati baru nak cium, buat apa..."
Tersentak seketika. Manusia. Kuhanya mendiamkan diri.

Ketika ingin mengebumikan jenazah pula, selepas tanah ditimbus separuh liang, kupandang lagi sepupuku. Dia hanya duduk termenung selepas diarahkan naik oleh pakcikku. Termenung. Bermain dengan rumput. 

Selesai semua sekali, ketika ingin pulang, kumenyalami makcik ku.
"Ain dah nak balik dah?" Kuhanya tersenyum dan mengangguk.

"Aduhai, tinggallah Cik Pie sorang." keluhnya. 

"Banyakkan bersabar ea." kupeluk tubuhnya erat. Memberi sedikit kekuatan. Dia kulihat seboleh-bolehnya mengawal air matanya agar tidak menitis.

Tiba di pintu pagar kawasan perkuburan, kulihat pakcikku sedang membersihkan diri kerana telah bertungkus-lumus menguruskan jenazah. Sepupuku turut berada disitu bersama sahabatnya.
Sahabatnya memberi kata2 semangat. Ibuku terus mendapatkan sepupuku dan berkata sesuatu. Kuhanya mendengar sambil memerhatikannya. 

Muka blur. Dia menggosok jari-jemarinya. Seolah-olah ingin menghilangkan resah. Kutahu itu. aku pon punya sedikit ilmu berkenaan psikologi. Tabiat seseorang untuk menghilangkan resah tanpa sedar.
Aku berjalan beriringan dengan ibuku. Ibuku pula berbual dengan mak ngahku.

"ada mintak sabun masa mandikan arwah?" soal ibuku.

"dah mintak, tapi diorang cakap, tak guna sabun. tapi guna losyen."

Kutertanya-tnya. Apakah kaitannya.  "Petua orang tua2. supaya dia dah tak ingat sangat nanti. nak pulihkan semangat. "

Kuhanya mengangguk. Sememangnya kulihat dia seperti hilang semangat dan kuharap dia terus tabah. 

"Jangan tinggalkan dia sorang2 tu. takut lagi teruk pulak." ibuku berpesan pada makcikku.

Akhirnya, aku pulang dengan perasaan yang bercampur- baur. 

Risau, bagaimana inginku hadapi saat kehilangan orang tersayang??
Bagaimana akan kuuruskan nanti??
Pada siapa ingin ku mengadu??
Dapatkah aku melaluinya dengan tabah??

muhasabah diriku,
apa yg menjadi bekalku disana?
jika aku yang terbaring itu,,,

dan, aku yang masih bernafas ini, melihat  perlakuan saudara seislamku yang lain ketika berlakunya sebuah kematian.

Peringatan buat diriku dan sahabat...