Monday, June 7, 2010

keLupaAn

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Erm, semalam adalah hari yang memenatkan. Buat apa?? Entahlah, pergi memenuhi jemputan orang2 yang kahwin2 nih. Makan pon penat ek. Kat rumah kak yana (bakal tuning abangku), ada buat kenduri khatam Quran dengan khatan. Habis pukul 5 ptg, tapi kami, (ibu,ayah,angah,teman dan haziq) sampai sana dalam pukul 4.45 ptg. Sampai2 sana je dah kena aim heh dengan kaum kerabat dia. Pergh, teman ingat, angah je kena aim,ngan teman2 sekali kena. Nak amik makanan pon macam seram je. Haish…gilaks tol. Agak2 kawen nanti camne ar.

Okeh, sangat panjang ye mukadimahnya.

Post kali ni nak cakap pasal….LuPA.

Agak2, lupa atau tak ingat tu, perlu atau tak perlu dalam kehidupan kita???

Ye lah, mesti susah kalau orang jenis pelupa (bukan nyanyuk keyh) asyik lupa dia letak kunci kat mana. Lagi la kalau simpan fail2 penting, lagi la susah kalau lupa letak mana.

Mungkin ada sesetengah orang cakap lupa ni menyusahkan.

Tapi, kita kena ingat, siapa yang menciptakan kita.

Allah swt yang menciptakan kita. Dan setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia-sia je. Sebab Dia nak kita sentiasa merenung dan berfikir.

Dan sebenarnya, lupa itu sangat penting dalam hidup kita. Sebab, kalau Allah tak kurniakan kelupaan pada manusia, tak mustahil manusia akan binasa.

Kenapa??

Sebab, kalau seseorang yang rapat dengan kita pergi meninggalkan kita, kita akan rasa apa?

Mesti rasa sedih dan kehilangan. Yup,perasaan tu tak boleh nak dielakkan. Maybe pada saat tu, kalau kita bercerita pasal orang yang meninggalkan kita, kita akan berasa sedih sangat then menangis.

Tapi,lepas 5 tahun, kita bukak balik cerita pasal orang meninggalkan kita tu atau kita teringat kat dia. Kita boleh bercerita pasal dia, maybe still lagi ada rasa sedih, tapi rasa sedih tu, takkan sama dengan rasa sedih yang kita rasai 5tahun yang lepas. Sedih, tapi kita tak menangis lagi.

Kenapa tak nangis lagi??

Sebab kita dah lupa!!!

kenapa kalau takde 'lupa' boleh membinasakan??

uish,,,kalau kia asyik ingat jerk,,ada gak yang jadi majnun (gila). tak pon ada yang terjun bangunan.huhu

Allah mengurniakan kita kelupaan supaya kita dapat melupakan kelukaan atau kepahitan yang pernah kita rasai.

Nampak tak??? Betapa sayangnya Allah pada kita sebab Dia tak nak kita ingat sangat pada perkara yang dah lepas. Lagipon, yang dah lepas, kita tak boleh nak patah balik walau hanya untuk 1minit sekalipun.

" Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini, sekarang lebih baik dari yang telah lalu, dan yang akan datang lebih baik dari yang sekarang, mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi " sumber.

…………………………………………………………….

Okeh, cakap pasal lupa,,teman paling lemah kalau teman lupa teman letak spec kat mana, walaupun baru bukak sebab nak amik wuduk (memang selalu sangat2 terjadi nih!)

Dan yang kedua ialah…lupa bawak tuala bila nak mandi. Haish,,hampeh sungguh..

k. wasalam.



2 sebut-sebut:

kakchik said...

assalamualaikum azni.
menarik cerita pasal lupa ni. kakchik pun sejak umur dah 30an ni, mudah sangat lupa. selalunya kalau benda-benda remeh yang melibatkan orang lain. tak best tapi nak buat macamana, sel2 otak semakin perlahan. harap2 daya ingatan kakchik kembali kuat dgn pemakan sunnah.

azni_1405 said...

>>kakchik

waalaikumussalam. hehe,,biasa la tu. nama pon manusiakan. kalau asyik lupa je,,kena makan kismis banyak2 nih.

erm,,ada orang kata, kalau tak nak nyanyuk, baca Quran setiap hari.