Wednesday, June 16, 2010

lepas geram

Dengan nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

Assalamualaikum wbt.

Erm, setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masingkan. Tapi, kita kena ingat, takde seorang pon manusia yang Allah swt ciptakan sempurna. Maksudnya, setiap manusia tak lari dari melakukan kesalahan. Sememangnya Rasulullah saw seorang yang maksum, tapi, Baginda juga pernah melakukan kesalahan dan Allah swt menegur perbuatan Baginda dengan menurunkan ayat Al-Quran. Dan Baginda terus bertaubat.

Allah swt takkan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Macam yang teman cakap tadi, setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya. Allah juga menciptakan sesuatu berpasang-pasangan. Kelemahan kita, akan di’cover’ oleh pasangan kita. Baru lengkap.

Tapi, kadang2 kelemahan kita pon boleh menjadi kelebihan pada kita. Contoh ni, kawan teman yang bagi masa kita orang berbual-bual dulu.

Kalau seseorang perempuan tu merasakan dirinya gemuk, mesti dia nak sembunyikan kegemukkan dia tu( tapi tak semua eh) Kenapa? Sebab dia tak nak orang tau la kan. Then , masa tu, dia mesti pakai pakaian yang besar2, longgar, supaya orang tak nampak yang dia tu gemuk, tapi sebab baju dia je yang besar.huhu. tapi, bila dia dah kurus, erm,, agak2 dia pakai lagi tak macam tu? Uish,, fikir sendiri. Nak tengok contoh? Tengok je kat majalah2 ngan surat khabar, yang testimony makhluk2 tu. Nak tunjuk perbezaannya la kononnya. Masa tengah debab<-- ayat jahatku hari ni, pakai baju kurung, siap pakai tudung lagi. Lepas dah kurus, terus pakai jeans ngan selendang je. Huhu,,agak2 memang selama ni dia nak pakai baju macam tu kot, Cuma tak berkesempatan.

Lagi satu, kalau ada makcik muda yang lawa2, orang selalu cakap, perempuan macam ni, susah nak kawen sebab dia mesti nak cari yang sepadan dengan dia. Tapi, tak semua la perempuan yang lawa2 ni memilih. Tengok2,,,,pemikiran orang sekarang, lawa sangat salah, kalau tak lawa pon kena kutuk pulak. Haish, bukannya dia mintak supaya dilahirkan gila2 punya lawa atau hodoh. Dah Allah nak ciptakan dia macam tu, takkan kita nak salahkan Allah pulak. wah,,hebat sangat ke??

Tu belum tengok lagi makhluk2 yang mengutuk makhluk seumpama dia jugak, hanya disebabkan orang tu anak luar nikah atau ada HIV.

Ish, kita ni agama apa yerk?

Bukan ke dalam Islam, semua bayi yang dilahirkan adalah bersih dan suci. Lagi bersih dari kita yang dah keluar dulu nih. Kenapa nak salahkan dia pulak??dia tak mintak pon nak lahir dalam keadaan macam tu. Teman berani cakap sebab teman dah jumpa orang macam ni. Ish, sangat geram dan sedih tau jumpa makhluk begini. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Kita, sebagai manusia adalah sebaik-baik kejadian yang Dia ciptakan. Tapi, kenapa kita tak guna kelebihan kita untuk membantu orang lain?

Kita bukannya dalam agama Kristian yang ada dosa warisan. Kalau ibu bapa yang berzina, kenapa bayi yang tak berdosa itu perlu menanggung malu dan dipinggirkan. Serius teman tanya, hina sangat ke mereka nih? Jahat sangat ke?

Kenapa nak samakan perangai ibu bapa dengan perangai anak2 tu nanti?

Adakah hanya disebabkan ada peribahasa bapak borek, anak rintik? Tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Eh, ada je kuah tumpah atas meja,kalau tak, takkan la kain2 kat kedai makan tu kotor dek kuah yang tumpah tu.huhu

Anak tu, kita yang akan didik dia jadi jadi macam mana. Kita yang akan membentuk dia. Tak semua anak luar nikah teruk, jahat. kalau mak dia kena rogol, tu pon nak salahkan mak dia jugak ke?

Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunyalah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)

Kenapa tiba2 nak tulis pasal ni??

Sebab orang2 sekarang macam tak tau nak berfikir dari perspektif orang yang mengalaminya, hanya fikirkan pendapat sendiri. Pentingkan diri sendiri, tak nak fikirkan perasaan orang lain.

Huhu,,fikir-fikirkan la. Kita bukannya Tuhan nak menghukum mereka yang berdosa, sedangkan Allah swt pon dah tetapkan hukuman pada sesetengah kesalahan tapi kita sebagai khalifah-Nya tak menjalankannya. Adakah kita dah terlepas dari dosa tu?? Kita dah laksanakan tugas kita sebagai hamba Dia?walaupun sedikit? Allah takkan menilai kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi, tapi Allah menilai usaha kita.

Wasalam.


6 sebut-sebut:

ZiErWa zAiNaL said...

betul2...biasa la tu...ujian dr Allah..


kalau sudi komen la entry saya..
semuanya diizinkan oleh Allah

fitri said...

perspektif pemikiran manusia mmg berbeza-beza...

tp penghinaan kpd yg tak berdosa walaupun die anak luar nikah mmg x patut..tak patut kesalahan ibu bapanya diletakkan di bahunya...bkn die mintak pun nak jd anak luar nikah..

tu lah org melayu...nak yg lawa je..kang tak lawa start la mulut tu nak mengutuk..biarlah rupa biasa2 tp baik akhlaknya drpd rupa je lawa tp perangai mcm org xde agama...huhu

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

sebab tu ada doa melihat cermin..

ya Allah, perelokkanlah akhlakku sebagaimana engkau perelokkan wajahku.. ameen

=)

AmirSyafiq said...

yang membezakan manusia di sisi Allah hanyalah Taqwa, lalala

~gemuk.bukan.satu.kesalahan~

AmirSyafiq said...
This comment has been removed by the author.
azni_1405 said...

okeh macam lambat pulak nak reply balik nih..

>>zierwa zainal

yup, tu memang ujian Allah pada mereka. tapi, kita yang dah boleh berfikir ni, hopefully boleh mengurangkan beban mereka dan bukan sebaliknya.

>>fitri

betul2.nak kata orang melayu ni kolot, bab lain macam dah terlebih maju pulak.macam2 laa..

erm,,bab lawa ke tak..selalu kalau anak nak kawen, nanti mak tanya. lawa tak orangnya??haish, bukannya nak tanya, solat tak orangnya??hehe

>>miss serenity wa amir syafiq

hype, sama2 lah kita mengamalkannya yerk!! yup, Allah tak ukur luaran, tapi dalaman kita.
tapi, biarlah luar dan dalam cantik.

kalau gemuk memang tak salah. kalau ada orang merajuk sebab ada yg cakap dia gemuk, cakap je, best peluk orang gemuk nih<--ayat pujuk makku.

haha(~0~)