Thursday, June 10, 2010

orang2 di bank X (=__+)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Hype, arini just nak membebel je. So, sapa2 yang macam nak layan, layan je la.kalau tak nak pon tak pe,,,tak kisah,,this is my blog…remember?? Ini lebih kepada luahanku dalam blog ini yerk..bukan nak berkongsi ilmu pon, maybe sekadar pengajaran.

Macam penat sangat sebab dari pagi aku dah tercongok tunggu bank bukak. Dari pagi sampai tengah hari. Sangat letih beb, dari 7.15 sampai 8.30 dok menunggu kat pusat Bandar tu, pastu masuk library, baca paper,,haish,,ex-bini kawen lagi, masjid yang kena bakar. Haih,,makhluk sekarang. Tak agak2 nak buat kerja pelik2 nih.

Habis 1 paper, bangun,,jalan,,pergi bank,,ermm,,,bukan 1 bank jerk ye..3 bank terus sini mari. Yang sederetnya 2 bank je. Yang lagi 1 kat pusat Bandar itu sendiri..huhu..selesai bank pertama dan kedua. Bergerak pula ke bank yang ketiga. Erk,,pergi yang jauh dulu nih..patah balik , baru masuk bank yang ketiga. Rasionalnya, bank 1 dan 2 memang dikawasan bank2. Ala..macam kat kedai2 tu la. Kiranya,,tarak tempat lepak la bila dah habis tu, sebab tu kena pergi sana dulu.huhu.

Masuk bank ketiga, amik la slip apa yang patut. Erm..sebenarnya tak tau nak amik slip yang mana. Pergi tanya pak guard kat situ, dia yang bagi..hehe.amik no giliran. Sekarang 1012. Kat tangan ni 1016. Hah, kejap je lagi. Sampai giliranku, teller tu lelaki, erk,,boleh tahan la. Haha,jahat tak!!! Astagfirullahalazim. Apa nak jadi aku nih zina mata sungguh.

Hehe. Eh, tapi betul la,,sebab dia pakai spec.hah. tak la, sebab pagi2 tadi, sebelum library tu bukak, aku dok kat kerusi yang berdekatan dengan bank tersebut. Maka, apabila mereka iaitu pekerja2 bank tu sampai. Mestilah aku nampak. 2 lelaki, sorang perempuan. 2 orang je teller, lagi sorang tu pak guard la. Tapi, yang bestnya, sebab lelaki tu pakaian dia sangat kemas, ala.,,.pakaian orang kerja office la. Tapi dia pakai beg sandang yang macam beg sekolah tu. Haha,,sangat comel sebab sangat selamba dan bagi aku, nampak cool je. Dan dia yang bukak bank tu, walaupun kunci tu, perempuan tu yang pegang. Sekali imbas tengok macam tak de apa2 yang penting, tapi, tu pon boleh menggambarkan keperibadian jugak tau!!

Okeh ,sambung balik. Masa aku berdiri kat kaunter tu, aku bagi la kat teller tu slip yang aku dah penuhkan butiran2 nya. Huhu.

Belajar lagi?

Emm-->angguk2+senyum.

Kat mana?

Kat USIM.

Owh.

diam...

Erk, ada bawak duit?

Ada.--> hulur duit.

No ic 91050501**** ea?

Emm. Betul la tu--> Angguk2.

Okey, ni baki dia. --> senyum

Okey. Terima kasih. --> angguk+ senyum+tunduk amik salinan ngan duit baki tu.

Angkat je kepala. Zap….

Ish, dia ni, tenung orang semacam je ( dalam ati je la). Pastu ak terus keluar la dari bank tu.

Okeh, pandangan dia, bukan ada gaya nak tackle aku keyh, tapi, gaya tilik orang. Pernah tak jumpa orang yang suka tilik muka orang…erk..tilik tu,bukan maksudnya nak meramal muka orang tapi dok meneliti la lebih kurang.

Dalam fikiran dia----->jeng jeng, nak tau tak dia fikir apa??

Dia kagum dengan aku. Aku bukan nak bangga diri, tapi, dia kagum sebab jarang jumpa orang yang macam nak tutup aurat zaman sekarang ni. Lagi la kat negeri yang macam dah terlebih maju ni.aku ni pon, tak de la baik sangat. Capai mana yang tercapai je la. Kalau kat Nilai tu, lain la, ngan budak2 USIM nya, UIA lagi. Macam dah biasa sangat dengan budaya islamik tu. Tapi, kat sini, aku pergi kedai, cari inner tudung , dia pergi tanya aku balik, inner tudung?? eh ada ke?

Hancus sungguh. Inner tudung tu, kegunaannya untuk dipakai la. Sebab sekarang ni kan fesyen la sangat2, sampaikan pakai tudung pon boleh nampak leher lagi, kira inner tu untuk cover la. Kasi tebal sikit.tu baru betul dah berpakaian, tapi bertelanjang. huhu,,belum tengok lagi bajunya buat dari kain apa. kulit gelap pon boleh nampak biru. hahaha.jahat gila aku hari ni!!

Okeh, stop sampai situ. Tengah hari tu, dah nak pukul 1, tapi belum lagi. aku berdiri kat tangga. Tangga tu pulak, dekat dengan bank tu, keluarkan hp. Ingatkan nak call je inche khairul, tapi masa tu dah macam ada aura suruh toleh belakang.

Toleh je….

Pak guard bank tu dah berjalan kearahku, dengan senyuman dia tu. Hish..

Pak guard tu muda lagi sebenarnya. Tak sampai 30 lagi rasanya umo dia.

Tapi nasib baik, inche khairul roger2 aku time tu, sebab, dalam fikiran inche guard tu, dia memang nak berbual ngan aku.

Huhu,,dari tingkat 3, turun ke bawah sekali, jalan, ada gak aura suruh supaya toleh belakang, tapi, tak yah la.sebab dah tau siapa kat belakang.

Haih,,ini pesanan hamba ye, kepada kaum adam, anda jagalah fikiran anda dari memikirkan yang tidak2 tentang perempuan. Ingat ye, perempuan boleh mendatangkan fitnah!!

Dan kepada kaum sejenisku, berhati-hatilah anda dengan kaum adam. Kalaulah anda tahu apa yang sentiasa dalam fikiran merekasangat menakutkan dan menjengkelkan.

Hamba percaya dan sangat yakin anda sememangnya tahu, tapi pura2 tidak tahu kerana anda sendiri yang menginginkan dan merelakannya.

p/s: maybe ni just ceritaku. Tapi, diriku percaya, ada pengajaran disebaliknya.

Wasalam.

3 sebut-sebut:

Zierwa Zainal said...

kt kelntn senang je nk cri inner tudung.,,hehe

kalau sudi komen la entry saya..
<a href= "http://rentetanperjalananhidup.blogspot.com/2010/06/hari-ni-betul2-menguji-saya.html>hari ni betul2 menguji saya</a>

AmirSyafiq said...

unik2

owh, nk kne pg kelantan ah lps nih (sinis)

-.-"

Qurratu Aini said...

>>zierwa zainal

tx.aha,,dah g dah pon.

>>amirShafiq

erm,,ni kena baca dgn nada perli ke tak?? (?__?)

pape la, anyway,,tx gak.