Sunday, June 20, 2010

pendidikan seks

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Asslamualaikum wbt.

hype, erk,tajuknya, betul la tu. tak tipu pon. rasanya, ramai yang dah tau pasal pendidikan ni. dan dah di praktikkan pon. lebih-lebih lagi kat kem2 PLKN la. sebab masa teman kat PLKN dulu pon, dah dilancarkan pon.so, kiranya disini, ingin ku berkongsi serba-sedikit mengenainya.

sebenarnya, pendidikan seks ni, ada jugak mama2 dengan papa2 yang tak bersetuju untuk diperkenalkan pada anak2 mereka di peringkat sekolah. teman, tak tau r nak cakap setuju ke tak. sebabnya,, setiap perkara tu, ada baik dan buruknya. baiknya, maybe budak2 sekarang MACAM takut nak buat hubungan sebelum kahwin. dan buruknya, maybe ada jugak yang makhluk2 nih naik main cuba2 dulu. biasalah tu, budak2...sume nak cube.suruh pikir dulu, belakang kira saja...

k, masa kat PLKN dulu, erm,,tak tahu pon pasal pendidikan seks ni. pernah dengar kat radio yang kumpulan 6 siri 1 la akan jadi kumpulan first didedahkan dengan ilmu2 nih. tapi, ingatkan tak confirm lagi, so, memang tak amik kisah sangat. sampai la 1 ari, KJ( ketua jurulatih) cakap, esok ada ceramah HIV/AIDS. budak2 semua dah merungut sebab masa cuti kami, telah dicuri!! hari sabtu, kalau takde pape aktiviti, memang kita orang free. tapi ada ceramah pulak. kena pakai baju kelas pulak tu.

dan esoknya, pergilah kami secara berjemaah ke dewan untuk mendengar ceramah tersebut.
sampai sana, pegawai tu cerita serba-sedikit pasal HIV dan AIDS berserta pengalaman dia sekali. awal2 tu okey je, tapi, dah sampai satu tahap, pegawai tu pergi tunjuk kat kita orang nih macam mana rupanya kalau kena penyakit kelamin nih. pergh, dewan yang tadinya sunyi dengan budak2 tido, boleh jadi gamat terus.

malu seh nak tengok. budak laki memang dah keluar macam2 bunyi la. nasib baik la mataku nih rabun dan kebetulan pulak masa tu memang takde spec sebab dah patah+pecah<---gara2 dok PLKN. yang mata ni nampak, merah2 je, maybe sebab bengkak kot. tak tau la. tapi, macam bahaya gak la sebab tak asingkan pelatih wira dengan wirawati. tak kisah la nak cakap teman ni kolot ke kampung ke. tapi, memang malu masa tu. kawan teman cakap, gambar tu memang terang tanpa disuluh<---ingat lagi ayat dia. haish,memang la tak yah suluh, dah ada flash.

gambar memang tak cover2 la. dia cakap, memang gambar real punyer, kemaluan lelaki dan perempuan yang kena penyakit kelamin nih. lepas sesi seksa mata tu, sesi soal jawab pulak. bukan kita je tanya pegawai tu, dia pon tanya kita. dapat hadiah tu!! owh, lupa lak, ada sesi pengajaran yang buat teman segan tol. sesi belajar pakai kondom. pegawai tu panggil no badan kita orang, macam id kat kem tu la. tapi, tak semua kem praktikkan sistem ni.macam teman, no badan, B11/12. bacanya begini yerk, B sebelas dua belas. hehe.

erm,,masa tu, cuak jugak kalau kena panggil. mana taknya, dah la kena naik atas pentas, tunjuk kat makhluk2 kat situ.yang kena panggil, 2 wira dan 2 wirawati. Alhamdulillah, hamba bukanlah manusia malang kena naik atas pentas tu. masa sesi tu, lagi bising dewan dengan gelak budak2 nih. dalam sesi ni, sorang kena pegang mikrofon, sorang lagi masukkan benda tu kat mic. masa budak wirawati buat demo, kesian gak la. dah la dua2 sekali budak melayu.

pastu masa dah nak habis ceramah tu, pegawai tu cerita lagi pengalaman dia uruskan jenazah pesakit HIV. sampaikan ada family tak nak tuntut. ada yang kena bakar. kalau nak mandikan pon, ada alat khas. nak kebumikan, orang2 tertentu je yang boleh pergi. family pon tak digalakkan pergi.siap ada pakaian khas lagi nak kebumikan mereka nih. sebabnya, tak nak virus merebak. kesian la, sebab, kat dunia, orang dah pandang serong. ada yang kena jangkitan ni bukan sebab berzina pon. tapi sebab pasangan dia yang berzina dengan pelacur. ada pulak yang baby2 kena sebab mak dia orang ada HIV. tapi, paling ingat ayat pegawai tu-->betapa rendahnya maruah anda sebagai seorang wanita, sampaikan atas motor pon boleh buat projek.

masa tu, rasa macam hina sangat. sebab, yang berzina tu, lelaki dan perempuan. dan kalau namanya berzina, mestilah dengan rela hati, bukan paksaan. dan teman kat situ, tak dapat nak buat apa2 pon. nak nasihatkan kaum sendiri pon rasa macam tak mampu. memang rasa selemah-lemah iman la sebab kalau bukan kita yang masih waras ni, tak menyedarkan mereka yang mabuk cinta, siapa lagi nak sedarkan mereka?


erm,,apa pendapat anda yerk tentang pendidikan seks nih??




9 sebut-sebut:

Anisa said...

erk.pendidikan seks?ok kot..bagi sekolahkan bebudak..so,.tade la kes2 buang anak & tanam anak.

Zierwa Zainal said...

sy rse x ptut ade kn pendidikn seks n kalau nk wt pun mungkin kne asingkan lelaki dan perempuan.. dr segi berzina bkn mrka x thu pasal seks ni..sbb da thu la jd ade perasaan ingin mencuba..kalau semua pelajar yg niatkan hanya untuk tmbhkan ilmu x pe..tp kalau yg sebaliknya..bukan sbbkan dumping baby berkurg malah mkin bertmbh..

AmirSyafiq said...

erk.
petunjukan.azab.seksa.di.dunia.
cmne.plak.kt.akhirat.nnt?
xnk.tunjk.skali?
huu.

mberi.ketakutan.x.mnyelesaikn.mslh.
hukuman.dadah.gantung.sampai.mati.
still.ada.yg.nk.mati.dgn.buat.bende.tuh.
tp.okla.
skurg2ny.ada.jgak.cubaan.mngurgkn.
drpd.ddk.mlepak+mgutuk.org.jek
huu.

ingt.blk.
cmne.kita.dulu.dulu.tahu.mengenai.hubungan.ini?
adakah.melalui...atau...atau...?
jwb.sendiri.
huu.

p/s.x.smua.yg.kene.hiv.tuh.pernah.bzina.ek.
kesian.mreke.yg...atau...atau...

AmirSyafiq said...

erk.
terlupe.
zina.bkn hy.
mmskkn.kemaluan.lelaki.ke.dlm.kmaluan.wanita.jer.ek.

ade.zina.tangan.
ade.zina.mata.
ade.zina.hati.
dll.
lalala.

[17:32]

fitri said...

pendidikan seks ni kena tgk mcm mana silibesnya..kalo tgk tajuk rasanya mcm xsesuai..sebab diorg akan dgn sendirinya terbelajar pasal benda ni bila semakin membesar...

itulah balasan yg Allah nak tunjuk sebenarnya...tp manusia je yg tak mahu berfikir...dah kena kat tmpt tu sok baru nak melolong...

Qurratu Aini said...

>> all

hype,, terima kasih yerk atas pendapat yang diberikan.

erm, macam yang pernah tulis sebelum ni, setiap orang ada buah fikiran masing2 kan. ada jugak yang mencadangkan supaya pendidikan seks ni dijadikan subjek kat sekolah, tapi kena tukar nama sebabnya dia cakap macam 'terbuka' sangat tajuknya. kiranya nak tajuk yang macam lebih 'lembut' sikit la contohnya pendidian zuriat<---first time baca, dah tergelak.huhu.

pastu, ada jugak yang cadangkan supaya melebihkan subjek Pendidikan Agama Islam(PAI) supaya pelajar2 lebih faham tentang agama dan bukannya diajar semata-mata nak lulus ujian. apatah lagi, ramai yang mengatakan guru2 di Malaysia masih belum bersedia untuk mengajar kepada para pelajar pasal ni.

pasal hamil luar nikah ke buang anak ke, tu bukan sekadar dalam agama je yang menegah, bahkan kesedaran kita sendiri. aish, budak2 sekarang bukan ada subjek sivik ke?? tapi, kalau dah terlanjur, jangan la tergamak kebeno nak buang baby tu, bagi je la kat orang2 yang takde anak.
ingat ustaz sanusi cakap--> orang yang hamil luar nikah, senang je nak bersalin, sebab diaorang ni bersalin sendiri dalam toilet!!
tapi, yang dah kawen ni la kena terpekik kat hospital tu. ni sebab yang haram tu, syaitan tolong, sebab tu senang je. kalau Allah tolong, Dia bagi kita kesakitan supaya kita rasa nikmatnya.

apatah lagi, pahala yang ibu2 ni dapat. sebab tu, kalau dah hamil luar nikah, tu dah berdosa, jangan tambah dosa lagi dengan bunuh bayi yang tak berdosa tu. dia pon nak hidup jugak!!

kalau kat Holland, diaorang dah perkenalkan kepada kanak2 lagi, bukan pada zaman remaja yerk. dan hasilnya, jumlah remaja yang melakukan hubungan ni sedikit saja. maybe sebab kesedaran tu dah dari kecik, budak2 ni tanam dalam minda mereka yang nanti kena penyakit kelamin. bila dah besar sikit, dah boleh fikir, baru la tak nak percaya sangat dengan amaran2 yang diberikan sebab diaorang dah tau cara nak elakkannya.

lagipon,masa2 kecik2 ni la mereka dah diterangkan dengan--> jangan bagi orang sentuh kat situ!!walaupun dengan family sendiri.

pasal silibus pulak, macam ramai sangat yang tak tau pasal cara2 penyebaran virus AIDS ni. ada yang cakap dengan gigitan nyamuk pon dah boleh dapat. wargh,,kalau gitu, kita 1 malaysia r ada HIV. hebat r.

papepon, rasanya, ibu bapa adalah contoh terbaik sebab-->
ibu dan bapa adalah ajnabi sebelum mereka berkahwin. tapi, bila dah kahwin, baru hubungan tu halal.

lagipon, ramai yang terlibat dalam
kes2 pelik ni gara2-->kawan disamping majalah2 picisan dan laman sesawang yang aneh2..<--skema giler ayatku

maksudnya, ibu bapa kena lebih 'mendalami' anak2 mereka ni supaya dapat mempengaruhi anak masing2.ke arah kebaikan, bukan sebaliknya...

daa~
trimas yew..

Nurul Athirah said...

panjang gler komen..

bagi aku, x payah arr pendidikan seks ni..

dulu2 pun, org mana belajar..
benda ni kita tau sendiri arr..

makan, minum, nangis n seks ni
pandai sendiri..

ak rasa..
budak zmn skg da terlebey pandai...
heh

AmirSyafiq said...

whoa.
panjangny.
boleh.buat.post.lg.satu.
huu.

Qurratu Aini said...

>>miss serenity

a'ah. bila badan dah besar. otak membesar sikit je. tapi, fikiran kita yang lagi2 membesar.haha..paham x??

boleh fikir sendiri la...

>>amir syafiq

huhu,,dah terlambat..

.....................

tertanya-tanyalah..dalam kursus kawen tu takde silibus ni ke??ke sebab yang nak seronok dunia je lebih. taknak pk tanggungjawab, so tak nak kawen, maknanya, tak g kursus tu la ek??